Isnin, 4 November 2013

Doa Akhir Tahun Islam dan Awal Tahun Islam

Hari ini terasa  sunyi sahaja.  Cuaca di luar juga tidak panas dan  sejuk.  Maklumlah hari ini  ramai yang sambung cuti kerana esok cuti Hari Muharram.  Ini bermakna hari ini merupakan hari akhir tahun bulan Islam bagi 1434H dan akan melangkau kepada tahun 1435H.  Dalam pada itu, ramai rakan-rakan saling ingat mengingatkan supaya maembaca doa akhir tahun.

Doa Akhir Tahun ini dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.  Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat perlindungan daripada Allah S.W.T. dari fitnah dan tipu daya Syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.

Doa Akhir Tahun

Maksudnya:

Allah S.W.T berselawat ke atas penghulu kami Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan Wahai Yang Maha Mulia agar engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan menguraniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib.
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.
Doa Awal Tahun
Maksudnya:
Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad S.A.W ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkau yang kekal abadi, yang qadim, yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.   Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dan syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diari yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Tiada ulasan: