Rabu, 18 Disember 2013

Misi Kemanusiaan di Sekolah Tahfiz Muhammadi, Sungai Isap, Kuantan.

Cuti sekolah akhir tahun ini aku bercadang untuk membawa anak-anakku ke Pulau Pinang.  Setelah  berbincang dengan suamiku, ia mencadangkan agar kami bercuti  ke Negeri Terengganu.  Setelah dibuat kata sepakat, aku bersetuju untuk bercuti di sana.  Akupun memohon cuti  pada hari Isnin 16/12/2013.
Pada 10 Disember 2013, suamiku  memaklumkan ia dan beberapa orang pegawai DBP akan pergi ke Kuantan untuk membuat tinjauan, kerana  Kumpulan Kembara Bahasa DBP bercadang untuk memberi bantuan  kemanusiaan kerana ketika ini beberapa negeri di sebelah Timur telah ditimpa musibah banjir besar.  Banyak tempat yang  telah ditenggelami air sehingga paras bumbung. 
Balik sahaja dari sana, suamiku memaklumkan misi kemanusiaan dari DBP akan bertolak dengan menggunakan bas korporat DBP  pada hari Ahad bertarikh  15/12/2013.  Lokasi yang telah dipilih iaitu Sekolah Agama Tahfiz Muhammadi di Sungai Isap, Kuantan.  Suamiku mengajakku pergi ke Kuantan pada hari Sabtu dan bolehlah ia berjumpa dengan Pengetua Sekolah tersebut untuk memaklumkan rombongan dari DBP akan sampai pada pagi Ahad.
Pagi Sabtu, aku bangun lebih awal daripada biasa.  Aku memasak nasi dan dan beberapa jenis lauk pada hari itu.  Jika tiidak habis, bolehlah aku bawa makanan tersebut ke sana.  Alhamdulillah, nasib baik aku masak banyak  kerana kebetulan pula adikku akan datang ke rumah pada hari itu..  Adikku telah membeli ikan Siakap Tiga Rasa di  Restoran Tupai-Tupai untuk kami makan bersama.  Syukur Alhamdulillah....

.
Sambal Tumis Ikan Bilis Petai
Tom Yam Campur
Ikan Tongkol Goreng

Ikan Siakap 3 Rasa dari Restoran Tupai-Tupai

Tujuan kedatangan adikku datang ke rumahku pada petang itu adalah kerana ia telah berjanji akan memberi hadiah kepada anakku Idzham yang telah mendapat 3A dalam UPSR dan membawa minyak hitam yang aku kirim melaluinya.  Adikku seorang pegawai di PETRONAS, maka dapatlah harga staf untuk minyak hitam tersebut.  Sebelum itu adikku telah berjanji kepada anakku,jika anakku mendapat satu A dalam peperiksaan UPSR ia akan beri RM30.00.  Tapi adikku memberi kepada anakku RM100.00.  Bukan main suka lagi anakku Idzham semasa terima hadiah tersebut.

Idzham terima hadiah dari adikku yang dikenali dengan Pak Tam

Setelah adikku pulang, aku cepat-cepat mengambil baju kami sekluarga dan memasukkan ke dalam beg besar.  Semasa hendak keluar rumah, ketika itu hujan sudah pun turut dengan lebatnya.  Ketika iatu jam sudah pun menunjukkan pukul 3.30 petang.  Semasa dalam perjalanan tersebut hujan turun dengan lebatnya dan kadang kala tidak hujang langsung.  Kami sampai di tol menuju ke pekan Kuantan jam 10.30 malam.  Perutnya terasa lapar kerana kami tidak berhenti untuk makan sejak dari tadi.  

Tiada ulasan: