Isnin, 9 Disember 2013

Suamiku Si Tukang Kayu..

8/12/2013 (Ahad)

Pagi itu aku cuma buat jemput pisang dengan goreng keropok saja untuk sarapan pagi.  Memandangkan tengah hari nanti, ada majlis perkahwinan anak Ketua Editor Buku Bahasa, Hj. Arshad Rawian di Club Mewah, Kajang, aku tidak perlu untuk ke pasar.  Selepas habis bersarapan, aku mengemas rumah, menjemur kain dan melipat kain yang telah kering.  
Tepat jam 12.00 tengah hari, kami pun bertolak menuju ke bandar Kajang.  Mudah sahaja kami mencarinya, kerana kami tinggal di Balakong, dan aku juga sering ke bandar Kajang untuk mebeli belah dan kadang kala jalan-jalan cari makan di situ.
Sampai sahaja di sana, mataku terpandang deretan rumah yang seakan-akan mini istana.  Rumah yang besar dan tersergam indah.  Terdetik di dalam hatiku, siapakah pemilik rumah-rumah tersebut, Dato Menteri kah,  Ahli Perniagaan kah sehingga mampu untuk memiliki rumah yang sebesar itu.  Itulah yang dinamakan rezeki dan maut di tangan tuhan.  Tuhan telah menganugerahkan rezeki yang melimpah ruah kepada pemilik rumah tersebut.   Semua itu,  kita kena akur dengan takdir dan suratan dari Allah s.w.t...
Sampai di dalam dewan, keluarga pengantin memakai baju dengan warna tema kuning  pinang masak.  Berseri-seri wajah Tn. Hj. Arshad Rawian dengan pakaian baju melayu warna kuning pinang masak.  Melihat warna nasi minyak yang menarik, membuat perutnya lapar dan tak sabar untuk menikmatinya.  Hmmmm memang sedap sungguh nasi minyaknya  yang lembut dan masakan dagingnya yang enak juga lembut.  Malu pula hendak tambah lauknya, kerana aku ini memang pemalu orangnya...hehehehhe...
Sebelum balik sempat juga anakku mengambil gambar pelamin warna putih yang sangat indah untuk tatapan kawan-kawan yang sedang mencari idea untuk membuat pelamin...



Pelamin Pengantin

Sebelum keluar dewan, sempat juga anak-anakku bergambar di lukisan dinding yang berbentuk tiga dimensi...Cuba lihat, seolah-olah ada lorong di belakang gambar tersebut..sungguh unik..


Irfan membuat posing ke belakang ..(Irfan buat posing ke belakang seolah-olah dia sedang menuju ke hadapan)

Semasa pulang sebelum keluar jalan besar, suami mengajakku ke satu kedai landskap, katanya untuk mencari idea di kedai tersebut.  Pelbagai barangan ada di kedai tersebut.  Sempat juga aku melihat air pancur yang kecil boleh diletakkan di balconi rumahku.  Suamiku telah membuat lantai papan di balconi rumahku dan ia membuat satu ruang untuk dibuat air pancur.


Sebelum

Lantai telah siap dibarnis



Pelbagai air pancur sedia ada di situ..cantik juga jika diletakkan di sudut balkoniku nanti...Aku mula  membayangkan suasana di balconiku yang tak berapa luas itu  jika ada air pancur itu nanti...Anggaran kosnya lebih kuranga RM350.00 hingga RM400.00







Dalam aku dok membayangkan suasana di balconiku dengan air pancur, rupanya suamiku bercadang untuk membuat air pancur sendiri..iaitu air mengalir dari dinding ...tak apelah..ikut sajalah seleranya dahulu..jika dah muak..bolehlah tukar macam ni pulak...Dia telahpun membeli 6 keping simen bercorak tempat air mengalir di atasnya...

Sempat juga aku mengambil gambar barang-barang di kedai tersebut.  Jika ada duit semua boleh jadi..tapi apa kan daya..Aku hanya  mampu menengok sajalah..

Kerusi dan meja marmar yang sesuai diletakkan di ruang luar rumah  untuk bersantai



Buaian kayu
Setelah selesai semuanya kami pun bergerak pulang.  Tapi sebelum sampai ke rumah, suamiku menunjukkan kepadaku yang ia sedang membuat tangga kayu.  Aku sempat mengambil gambar tangga tersebut, tapi malangnya tangga itu masih lagi belum siap sepenuhnya..

Pandangan dari depan


Pandangan dari belakang







Jika berkesempatan, aku akan memaparkan tangga tersebut jika siap sepenuhnya. Insyaallah..
Catat Ulasan