Khamis, 13 Februari 2014

Setiap Satu Ada Hikmahnya....

Hari ini Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengadakan Majlis Maulidur Rasul walaupun  Rabiulawal telahpun kebelakangan dan Rabiulakhir telah menjelma.  Walau bagaimanapun, itu bukan persoalannya kerana sebagai umat Islam bukan pada bulan Rabiulawal saja kita perlu mengingati jasa Rasullullah s.a.w tetapi setiap masa kerana terlalu banyak pengorbanannya dan jasanya dalam menegak dan menyebarkan ugama Islam kepada semua umat manusia.  
Di awal majlis kami dihidangkan bacaan selawat ke atas Nabi Junjungan oleh Kumpulan __________,  Kumpulan ini terdiri daripada .... orang... . Selepas itu seorang penceramah yang telah diundang bernama Ustaz Habib Naqjamudin bin Syed..... telah memberi ceramah yang bertajuk __________________ kepada kami.  Beliau telah memberikan kami tips, untuk menyangi Nabi Muhammad S.A.W hendaklah kita mengenal dahulu Nabi Muhammada S.A.W.   Terharu juga aku mendengar ceramahnya bagaimana Rasullullah sanggup bersusah payah  dan tidak jemu-jemu menyebarkan agama Islam agar ajarannya dapat sampai kepada semua manusia walaupun yang belum lagi dilahirkan sekiarnya baginda telah wafat tetap dapat menerima ajarannya.
Yang menarik sekali ialah ceritanya yang bertajuk Setiap Satu Ada Hikmahnya.  Ia menceritakan seorang raja yang suka berburu di hutan.   Setiap kali baginda pegi berburu,  baginda akan membawa pembesarnya.  Yang melucukan sekali, setiap kali baginda menceritakan permsalahannya, pembesarnya pula sering berkata "Oh, ada hikmahnya".
Suatu hari semasa hari buruan, baginda telah menembak seekor burung.   Baginda pun hendak menyembelih burung yang hampir mati itu.   Memandangkankan dalam keadaan terburu-buru, baginda telah terpotong ibu jarinya sendiri.  Baginda telah menunjukkan jarinya yang terputus itu kepada pembesarnya.  Pembesarnya hanya berkata "Oh, ada hikmahnya, Tuanku"  Mendengar kata-kata pembesarnya, baginda terlalu marah kepada pembesarnya dan balik sahaja dari perburuan, baginda telah mengarahkan supaya pembesarnya dipenjara kerana tidak membantunya.
Setelah sekian lama tidak berburu, terasa keinginan baginda untuk pergi berburu lagi.  Kebetulan pula, baginda telah pergi berburu di hutan yang dihuni oleh orang asli.  Baginda tidak sedar sehingga telah memasuki kawasan orang Asli di hutan itu.   Kumpulan baginda telah diserang hendap o dan baginda telah ditangkap oleh puak orang Asli itu.   Tangan dan kaki banginda telah diikat di sebatang kayu.   Kelihatan beberapa orang Asli sibuk mengumpulkan kayu api.   Rupanya mereka hendak membakar baginda untuk dijadikan korban dan makanan besar di hari pemujaan mereka.  Sebelum baginda dibakar, seorang ketua dari puak orang Asli itu memeriksa badan baginda.   Tiba-tiba ia menempik dengan kuatnya kepada puak orang Asli itu.   Rupanya baginda tidak boleh dibuat korban kerana tangannya yang cacat.  Baginda terpaksa dilepaskan oleh puak orang Asli itu.   Dengam rasa syukur kepada Allah dan gembira baginda  terus berlari hingga sampai ke istana.

Catat Ulasan