Jumaat, 25 Julai 2014

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan, DBP di Kelantan (3)

Jam 5.30 pagi aku sudah bangun untuk mengemas pakaian kerana malam tadi aku terlalu letih selepas balik dari Rantau Panjanag.  Jam 7.30 pagi kami semua pergi ke dewan makan untuk mengambil sarapan pagi. Selepas sarapan kami semua berkumpul dan memasukkan beg ke dalam perut bas.  Bas tidak dapat bertolak awal kerana terdapat dua peserta dari kami bangun lambat.  Geram juga dihati ini sebab aku dan anak-anakku boleh bangun awal.  Hampir jam 9.30 pagi baru bas dapat bergerak pulang.  Sampai di satu bandar, bas terpaksa berpatah balik kerana jambatan roboh.  Kami meneruskan perjalanan pulang ke arah jalan yang lain dan berhenti di Seberang Takeh untuk menikmati masakan celup tepung.  Memandangkan hari itu hari Jumaat, kedai yang kami sering kunjungi tutup pula. Nasib baik ada kedai yang lain buka dapatlah kami menikmati masakan celup tepung yang telah menjadi kegemaranku.  Kami meneruskan perjalanan menuju ke Pasar Payang, Kuala Terengganu.  Di Pasar Payang aku cuma membeli serunding daging, buah salak dan key chain sebagai cenderahati buat kawan-kawan di pejabatku nanti.
Jam 4.00 petang kami meneruskan perjalanan dan berhenti di satu tempat untuk membeli satar.  Ada di antara kami yang belum pernah merasainya.  Kami meneruskan perjalanan lagi dan sekali lagi kami berhenti di Kuala Kemaman untuk membeli keropok lekor. Jam sudah menunjukkan 7.30 malam.  Kami meneruskan perjalanan dan bercadang untuk berhenti di Cherating, Pahang untuk makan malam.  Sebelum sampai di Cherating
Selepas makan malam di Cherating, Pahang, kami meneruskan perjalanan dan berhenti di hentian rehat untuk menunaikan solat.  Badanku semakin letih, tetapi aku tahan juga mataku untuk berjaga kerana bas yang dipandu agak laju.  Akhirnya aku tertidur juga dan apabila aku tersedar bas sudah sampai di perkarangan Dewan Bahasa dan Pustaka.  Apabila aku melihat jam sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi.  Sampai di rumah jam sudah menunjukkan jam2.30 pagi.  Alhamdulillah selamat juga kami sampai semula di Kuala Lumpur.  Terima kasih Ya Allah.

Tiada ulasan: