Jumaat, 30 Januari 2015

Kari Kepala Ikan Kampung Atap

30/1/2015 (Jumaat)

Alhamdulillah berjaya juga aku menjual produk baranganku secara online, walaupun tidak seberapa.  Aku belajar melalui pemerhatianku di facebook.  Asyik aku je membeli, kalau boleh aku menjual pulak.  Baru ada give and take.  
Cuma aku belum lagi terima pm dan like sehingga berpuluh atau beratus seperti mereka.  Jika nak diikut, cara bukan online lagi banyak yang telah dapat aku jual baranganku, tapi aku ingin melakukan secara online.  Seronok tengok orang bank in duit ke dalam akaunku.  
Bila pertama kali aku hendak membuat pos laju, aku telah pergi ke City Link.  Sampai di sana, terkejut beruk aku, rupanya kosnya berlipat kali ganda.  Setahu aku, kos penghantaran cuma RM6.00 sahaja.  Barulah aku tahu, jika hendak dapat kurangkan kos penghantaran pos laju, gunakan pos laju di Pejabat Pos Malaysia.  Satu lagi ilmu yang baru aku ketahui.


Foundation Naked Urban Decay


Aku mengajak suamiku ke Pejabat Besar Pos di Bangunan Daya Bumi.  Di kaunter pos laju,  aku dimaklumkan boleh membeli plastik bungkusan dan slip penghantaran dengan kuantiti yang banyak dengan bayaran RM6.00 sahaja.  Apabila ada pesanan dari pelanggan secara dalam talian, aku hanya mengisi baranganku ke dalam plastik tersebut dan mengisi maklumat pelnggan ke dalam slip tersebut dan bawa sahaja ke pejabat pos.  Mudahnya! Bolehlah aku meningkatkan jualan baranganku secara dalam talian.

Balik sahaja dari Pejabat Pos, aku mengajak suamiku makan tengahari.  Pagi tadi aku cuma makan bubur nasi semangkuk kecil sahaja, dan pukul 10.00 aku tidak pergi ke kantin. 
Kami pergi ke Restsoran Nasi Kandar di Kampung Atap.  Pada mulanya aku cuma ingin makan nasi dan ayam goreng sahaja.  Tiba-tiba terpacul suara suamiku mengajakku makan Kari Kepala Ikan.  

"Besar kepala ikan tu, nanti tak habis pulak makan berdua" kataku.
"Kita mintak yang kecil je, boleh tu" jawab suamiku.
"Oklah..." aku terus menjawab kerana sudah lama juga aku tidak makan kari kepala ikan.  Terbayang di fikiranku kari kepala ikan yang dipenuhi dengan tahu lembut, buah  tomato, bende dll yang membangkitkan selera.

Mamak terus menyuruh kami duduk kerana ia akan menghantar nasi dan kepala ikan tu.  Aku terus pergi membasuh tangan dan sampai sahaja di meja sudah terhidang kari kepala ikan.  Amboi cepatnya mamak ni.  Itulah yang bagusnya jika ke kedai mamak.  Perkhidmatannya amat cepat dan tidak boleh ditandingi di kedai makan orang melayu.  Patutnya sikap itu yang patut dicontohi oleh kita semua.





Semasa balik ke pejabat, azan solat Jumaat berkumandang di radio.  Sempat suamiku pergi solat  Jumaat di pejabat kami di Masjid Al-Hukama, Dewan Bahasa dan Pustaka.  Alhamdulillah...terima kasih Allah kerana kau Maha Besar dan Maha Kaya. Kau permudahkan segala urusanku.

Tiada ulasan: