Rabu, 26 Ogos 2015

Kempen Hari Kesihatan DBP

26/8/2015 (Rabu)

Hari ini Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, DBP menganjurkan kempen Hari Kesihatan. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti pemeriksaan kanser payu dara, pemeriksaan darah, pemeriksaan rahim dsbnya.

Pada sebelah pagi diadakan senamrobik (zumba).  Setiap staf yang ingin turut serta disyaratkan  supaya memakai pakaian yang sesuai disamping tidak menjolok mata.  Teruja pula aku ingin turut serta kerana sudah lama aku tidak turut serta dalam acara sedemikian.  Kalau dulu memang aku tidak pernah ketinggalan, lebih-lebih lagi dulu aku aktif dalam bidang kebudayaan seperti tarian tradisional melayu.

Seperti biasa, pagi-pagi lagi aku sudah kalut dengan mana nak bersiap urus diri sendiri, mana nak siap kemas dapur yang tak abiss2 pinggan mangkuk yang haendak dicuci dan juga anak-anak yang sudah mandi tapi masih nak tidur balik.  Selesai semuanya untuk menghanatar anakku ke sekolah tibalah pulak rasa malasku untuk .menyertai aktiviti senamrobik (zumba).  

Sampai sahaja di pejabat, aku terus ke kantin.  Kelihatan sebahagian kawan-kawanku memakai pakaian sukan.  Walaupun ada sedikit kekesalan tapi aku gembira sekurang-kurangnya aku boleh menghabiskan kerja pejabat yang tak abis-abis.  Sedang aku membuat kerja, kawan-kawanku mengajakku ke Dewan Seminar untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma.  Mereka mengatakan satu kerugian jika aku tidak membuatnya. Lantas aku pun setuju untuk membuat pemeriksaan kesihatan tersebut.

Sampai sahaja di sana, tekanan darah dan kandungan gula dibuat ke atas kami.  Alhamdulillah kandungan gulaku cuma 8 sahaja, itupun kerana aku sudah mengambil bubur nasi sebagai sarapan.  Tekanan darahku juga normal.  Kemudian di dalam bilik tetamu VIP sebelah dewan seminar, diadakan pemeriksaan rahim.  Yang bagusnya pesakit boleh melihat sendiri dalam rahim masing-masing jika ada sebarang permasalahan.  Sekali lagi alhamdulillah, aku juga bersih dari sebarang penyakit.  Terima kasih Allah di atas kurniamu memberikan aku kesihatan yang baik.

Di Dewan Seminar telah bermula seminar kesihatan yang disampaikan oleh Dr. Syid Ayob bertajuk _________________. Rupanya penceramah kesihatan itu ada mengeluarkan produk kesihatan jenama Eskayvie.  Dengan pengalamannya yang banyak, ceramahnya menarik perhatian kami semua.  Secara bersahaja dan lucu penyampaiannya.  Banyak maklumat yang aku peroleh tentang kesan gangguan hormon jika umur semakin meningkat.  Pelbagai keburukan akan berlaku jika kita tidak cuba untuk mengambil suplement yang sepatutnya.  Yang aku ketahui dan berlaku kepada diriku sendiri ialah badanku sentiasa dalam keadaan panas dan berpeluh walaupun berada dalam ber bilik yang berhawa dingin.

Setelah selesai ceramah kesihatan tersebut, aku terus keluar dan dapati produk yang disampaikan dalam ceramah ada dijual.  Setelah aku mencongak dan menilai apa keperluan yang sesuai dengan diriku, lantas aku memilih untuk membeli Reverse yang sesuai untuk pelanggan yang bermasalah tentang gangguan hormon. Aku dimaklumkan bahawa terdapat huru T yang membawa maksud ormulasinya  dibuat kandungannnya adalah bahan traditional.

Aku berharap dengan Reverse ini, dapat memberikan aku keselesaan dan tidak lagi menghadapi kepanasan yang datangnya tidak menentu waktunya.  Amin.


Reverse


Tiada ulasan: