Jumaat, 29 Januari 2016

Serangan Jantung

29/1/2016 (Jumaat)

Sejak akhir-akhir ini suamiku sering mengadu mengah dan kepenatan seolah-olah melakukan seperti mengangkat benda berat.   Memandangkan semakin hari semakin susah untuk bergerak aktif  kerana sering kepenatan dan sukar untuk tidur, aku menyuruhnya membuat pemeriksaan di Hospital Kajang.  Setibanya di sana, suamiku diberi gas kerana dadanya berbunyi seperti orang lelah.  Setelah dibuat pemeriksaan paru-paru, beliau dimaklumkan menghidap penyakit COPD yang membawa maksud chronic obstructive pulmonary (PULL-mun-ary) disease.  Kemudian suamiku disuruh buat pemeriksaan jantung.  Sekali lagi dia dimaklumkan jantungnya tidak stabil.  Suamiku disuruh hadir sekali lagi pada bulan Mac 2016 dan juga buat susulan di Klinik Kesihatan di Tang Ling kerana berdekatan dengan pejabat bagi pemeriksaan paru-paru kerana mempunyai penyakit COPD yang disebabkan beliau seorang perokok yang tegar.

"Penyakit kronik pulmonari obstruktif (COPD), juga dikenali sebagai penyakit kronik obstruktif paru-paru (SEJUK) dan penyakit saluran pernafasan obstruktif kronik (COAD), antara lain, adalah sejenis penyakit paru-paru obstruktif ciri-ciri aliran udara kronik miskin. Ia biasanya menjadi lebih teruk dari masa ke masa. Tanda-tanda utama termasuk sesak nafas, batuk dan berkahak. Kebanyakan orang dengan bronkitis kronik mempunyai COPD. 
Merokok adalah punca yang paling biasa COPD, dengan beberapa faktor lain seperti pencemaran udara dan genetik memainkan peranan yang lebih kecil. [3] Dalam dunia membangun,salah satu sumber yang sama pencemaran udara adalah kurang dibolong memasak dan kebakaran pemanas.  Pendedahan jangka panjang kepada perengsa ini menyebabkan tindak balas keradangan dalam paru-paru menyebabkan penyempitan saluran udara kecil dan pecahan tisu paru-paru, yang dikenali sebagai emphysema. [4] diagnosis ini adalah berdasarkan kepada aliran udara yang lemah seperti yang diukur oleh ujian fungsi paru-paru. [5 ] Berbeza dengan asma, pengurangan aliran udara tidak bertambah baik dengan ketara dengan pentadbiran sesuatu bronkodilator.
COPD boleh dicegah dengan mengurangkan pendedahan kepada faktor-faktor risiko yang diketahui alam sekitar. Ini termasuk mengurangkan kadar merokok dan meningkatkan kualiti udara dalaman dan luaran. Rawatan COPD termasuk berhenti merokok, vaksin, pemulihan, dan bronkodilator kerap dihidu dan steroid. Sesetengah orang boleh mendapat manfaat daripada terapi oksigen jangka panjang atau pemindahan paru-paru. [4] Pada mereka yang mempunyai tempoh akut semakin teruk, peningkatan penggunaan ubat-ubatan dan rawatan di hospital mungkin diperlukan."(sumber Wilkkedia)

Selepas itu, suamiku membuat pemeriksaan susulan di Klinik Kesihatan di Tang Ling berdekatan dengan Taman Bunga, Kuala Lumpur.  Sekali lagi disahkan beliau mempunyai COPD dan diberi ubat dan disuruh buat rawatan susulan.
Pada 17/1/2016 yang lalu, suamiku telah pergi memancing dengan bujangnya di Sungai Tekala, Ulu Langat.  Masing-masing membawa motor cross ke tempat yang dituju.  Setibanya di sana, suamiku berpatah balik kerana jalan mati.  Terpaksalah dia menolak motor dari belakang dan tempat pemegang dibawa oleh anak bujangnya itu;  Tiba-tiba terasa dadanya sakit dan ia meminta anaknya tunggu sebentar kerana ia ingin berehat dahulu.  Sepuluh minit kemudian, apabila terasa lega sedikit, mereka menolak motor tersebut sekali lagi  (biasalah jalannya berbukit-bukit).  Tidak semena-mena ia terasa tidak boleh untuk meneruskan kerja tersebut kerana sesak nafas dan terasa  sakit di bahagian dada.  Ia terus merangkak naik dan baring kerana pandangannya berpinar dan semakin kelam.
Lantas anaknya mengurut dada ayahnya dan memanggil orang-orang disekeliling yang sedang memancing di kawasan tersebut.  Setelah ayahnya sedar, anak bujangnya itu berlari ke kawasan lapang untuk membuat panggilan kecemasan supaya ayahnya dapat dihantar ke hospital dengan ambulan.  Sememangnya di kawasan situ telefon bimbit tidak dapat digunakan kerana tidak mempunyai line.  Dalam masa lebih kurang 45 minit, barulah ambulan dapat sampai ke lokasi suamiku yang sedang terbaring.  Semasa kejadian itu, anggaran waktu lebih kurang 11.00 pagi.
Sedang aku  melipat kain baju dan berura-ura untuk keluar makan,   tiba-tiba aku mendapat berita melalui wassup yang mengatakan suamiku berada di Wad kecemasan di Hospital Ampang.  Jam menunjukkan pukul 2.00 petang.   Badanku menggigil ditambah pula aku cuma bersarapan kuih jemput-jemput sahaja pagi itu.  Aku menyuruh anak-anakku bersiap-siap, sementara aku menunaikan solat dzohor.  Sempat juga dalam doaku kepada Allah, agar suamiku diberi kesihatan yang baik.  Aku berdoa dengan sepenuh hati kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Aku menyuurh anakku membuka waze untuk menunjukkan arah ke Hospital Ampang.  Sememangnya aku tidak pernah ke Hospital Ampang sendirian dan jalan ke situ pun aku tidak berapa mahir.  Tetapi Allah Maha Penyayang, dengan mudah aku diberi petunjuk dan aku terus menuju ke Bahagian Kecemasan.   Aku masuk ke dalam dan melihat suamiku terbaring di atas katil.  Seluruh badannya berselirat kabel dan mukanya memakai penutup hidung untuk dibekalkan oksigen.  Aku tahan air mataku agar tidak dilihat oleh suamiku.  Aku perlu menunjukkan kepadanya yang aku kuat.    Aku nasihat kepada suamiku berzikir kepada Allah di dalam hati.  Suamiku tidak boleh berkata apa-apa kerana ia terlalu lemah dan bacaan meternya menunjukkan jantungnya tidak stabil.  Sebelum jam 7.00 petang, suamiku dimasukkan di Wad CCU.

Di wad CCU, kami tidak dibenarkan masuk, kerana jantungnya masih lagi tidak stabil.   Jururawat memanggilku masuk ke dalam dan meminta maklumatku supaya senang dihubungi.  Sempatlah aku melihat suamiku yang masih lagi laju pernafasannya dengan bacaan meter yang menunjukkan jantungnya masih lagi tidak stabil.  Aku tidak dibenarkan masuk ke dalam untuk menunggu suamiku, tetapi dibenarkan tunggu di luar.  Pengawal menasihatkan aku supaya pulang berehat kerana jika di Wad CCU seorang pasakit dijaga rapi oleh seorang jururawat.  Apabila mendengar penjelasan itu, dapat mengurangkan kebimbanganku.  Aku membawa anakku pulang ke rumah yang masing-masing dalam keletihan.

Malam itu, aku solat hajat untuk suamiku.  Aku bermohon agar Allah makbulkan doaku ini.  Keesokan harinya aku mengambil cuti tidak dirancang (cuti kecemasan) untuk menjaga suamiku.  Ramai kawan-kawan sepejabat datang untuk melawat, tetapi hanya dua orang sahaja dibenarkan untuk memasuki bilik CCU dan yang lain menunggu giliran setelah dua orang tadi keluar.

Sebelum pulang, aku masuk ke bilik CCU untuk melihat keadaan suamiku.  Doktor memaklumkan jantung suamiku terlalu lemah, dan itu yang menyebabkan ia sukar untuk bernafas. Memandangkan keadaannya yang masih lemah, hatiku terasa kecut dan berdoa  agar Allah memberiku peluang  untuk hidup bersama.dengan suamiku lagi memandangkan aku masih memerlukannya dan anak-anakku pun masih bersekolah.  Aku membisikkan kata-kata kepada suamiku agar senttiasa berzikir dan buat solat menggunakan mata kerana badannya penuh dengan dawai dan hidungnya pula ada plastik yang membekalkan oksigen.  Sebelum senja aku pulang dengan hati yang suram.  Sebelah malam aku buat solat hajat  memohon kepada Allah agar suamiku kembali sihat seperti biasa.  Air mataku tumpah tanpa diminta....

Catat Ulasan