Isnin, 6 Jun 2016

Surat Pekeliling Perkhidmatan Billangan 1 Tahun 2016

Malam Jumaat aku mendapat wassup dari Pn. Rossilawaty Sheriff yang mengatakan kerajaan mengeluarkan pekeliling untuk balik awal di bulan ramadan.  Sememangnya tugas aku untuk menguruskan kelulusan pekeliling kerajaan untuk digunapakai pekeliling tersebut di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Keesokan harinya aku pun membuka laman web JPA untuk mencari pekeliling tersebut.  Sudah hampir setengah jam, tetapi gagal.  Mungkin disebabkan ramai yang ingin mendapatkan pekeliling tersebut.  Entah bagaiaman, aku cuba mencari melalui google dengan menggunakan perkataan "balik awal di bulan Ramadan".  Alhamdulillah dapat juga akhirnya pekeliling tersebut dimuat turun melalui blog seseorang.

Selepas aku membaca pekeliling tersebut, terus aku menyediakan memo kepada Ketua Pengarah untuk mendapatkan kelulusan secara pentadbiran, iaitu kelulusan awal untuk memaklumkan kepada semua staf dengan kadar yang segera kerana hari Isnin orang islam sudah berpuasa.  Malangnya Ketua Bahagianku menghadiri majlis yang diadakan di Dewan Bankuet termasuk juga Ketua Pengarah.  Terpaksalah aku menunggu sehingga majlis selesai.

Hari ini aku cuba lagi untuk memuat turun pekeliling tersebut di laman web JPA..  Tetapi pekeliling tersebut masih lagi tidak boleh dimuat turun melalui laman web tersebut.  Bagi memudahkan kawan-kawan yang lain untuk mencari surat pekeling tersebut, aku lampirkan di dalam blogku ini bagi membantu kepada yang memerlukan kelak.









Setiap bulan Ramadan, maka bermulalah pasar ramadan yang menjadi tumpuan orang ramai termasuklah aku sendiri.  Sehinggakan untuk masuk ke taman ke rumahku menjadi semakin sukar kerana satu lane menjadi kepada tiga lane.

Bersyukur  aku kepada Allah S.W.T. kerana digerakkan hati pihak keajaaan untuk mengeluarkan pekeliling ini, kerana setiap kali bulan ramadan aku dan keluarga tidak dapat berbuka di rumah kecuali hari cuti.

Jumaat, 3 Jun 2016

Menara Condong di Teluk Intan

Pada 28 Mei 2016 yang lalu, aku dan keluarga telah pergi ke Seberang Perak, Changkat Lada.  Kami bermalam di rumah ibu saudara sebelah ibuku yang aku panggil Acik Jam.  Tujuan kami di sana sambil untuk mengubati penyakit suamiku.  Suamiku telah membuat angioram di IJN dan selepas dibuat prosedur tersebut didapati 3 saluran darah di jantungnya  mempunyai sumbatan dan kemungkinan perlu dibuat bypass.  Sebelum dibuat bypass suami telah diarahkan cuti rehat dan menunggu surat dari IJN untuk tindakan selanjutnya.   Selang 2 minggu selepas cuti sakit, suamiku telah mendapat surat dari IJN untuk membuat MRI pada 23 Jun 2016.  Sebelum dibuat bypass atau MRI, kami mencuba dahulu cara perubatan islam.  Pada pandanganku adalah lebih baik berikhtiar daripada hanya menunggu sahaja. 

Keesokan harinya kami pergi ke lokasi tempat perubatan tersebut pada awal pagi.   Pintu rumah tersebut masih tertutup kerana Hajah Anis yang membuat perawatan tersebut tidak datang lagi.   Rumah tersebut merupakan  rumahnya yang kedua kerana ia tinggal di rumah lama. iAlhamdulillah tiada seorang pun yang datang lagi, maka kami dapatlah giliran yang pertama.  Cara rawatannya agak  ringkas hanya memerlukan nama pesakit, nama ibu pesakit dan tarikh lahir pesakit  Bahan ubatannya adalah air minum sahaja.  Air tersebut diminum dan dimulai dengan zikir kepada Allah dan selawat Nabi S.A.W.  Disamping itu, sebahagian air dibuat untuk merendam kaki selama setengah jam dan pesakit hendaklah berzikir dalam tempoh tersebut.  Bagus juga cara sedemikian, kerana pesakit boleh mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Memandangkan keesokan harinya kami bekerja, terpaksalah kami pulang pada hari itu juga.  Sebelum pulang, suamiku membawa kami ke Menara Condong di Teluk Intan.  Walaupun aku dilahirkan di Bagan Datuk, Perak, inilah kali pertama aku melawat ke bangunan tersebut.


Menara Condong, Teluk Intan, Perak


Ruangan di tengah Menara Condong

Tangga naik ke tingkat atas




Tingkat atas di tepi keliling menara condong

Sejarah Menara Condong Teluk Intan

Gambar yang terdapat di dalam Menara Condong