Khamis, 28 Julai 2016

Persiapan Majlis Hari Raya Aidil Fitri Tahun 2016

28/7/2016 (Khamis)

Tahun ini Badan Kebajikan Staf Aras 17 yang dikenali dengan BAKEB17 akan mengadakan Majlis Hari Raya Aidil Fitri 2016.  Memandangkan aku salah seorang AJK, maka kami bermesyuarat beberapa kali untuk menjadikan Majlis Hari Raya Aidil Fitri 2016 dapat diadakan.  Setelah bermesyuarat dan bermuafakat akhirnya tarikh yang dipilih pada 29 Julai 2016 (Jumaat).  Waktu untuk jemputan dibuka jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang. Antara menu yang telah dipersetujui seperti Nasi Beriyani, Rendang Daging, Ayam Masak Merah, Laksa Penang, Mee Sup, Rojak Sotong, Nasi Impit, Kuah Kacang, Lemang  yang menggunakan peruntukan tabung BAKEB17.  Manakala menu yang lain seperti Kek Marble Moist, Kek Brownies, Martabak Raja, Spaggeti, Sandwich, Yong Tau Foo pula disumbangkan oleh ahli yang bermurah hati.

Beberapa ahli yang lain ditugaskan untuk persiapan seperti menyediakan bahan mentah untuk memasak nasi beriyani, sup tulang, jelatah, rojak sotong dan keperluan pinggan mangkuk.  Sememangnya setiap tahun BAKEB17, nasi beriyani selalu dimasak sendiri dan ia merupakan menu utama.   Bagi lauk lain seperti rendang daging, ayam masak merah, kari daging, kuah kacang, laksa kami menempah di kantin sahaja kerana masing-masing mempunyai masalah tersendiri.  

Tahun ini aku tidak membuat sebarang menu kerana kelas  anakku juga mempunyai majlis hari raya dan aku akan memasakkan makaroni goreng untuknya pagi itu pada tarikh yang sama.  Cukuplah sekadar aku dan suami menaja lemang 5 batang pada hari tersebut.

Sepanjang minggu di bahagian yang lain yang membuat Majlis Hari Raya, kulihat mereka membuat photobooth.  Sehubungan itu, Ketua Bahagian kami juga meminta diadakan photobooth juga dalam majlis kami nanti.  Nasib baik rakanku Puan Rosilawati Yusof memang minat perkara yang sedemikian, ditambah pula rakan kami Encik Alias Hazelah mempunyai perniagaan pakaian pengantin maka dapatlah kami menyediakannya dengan lebih cantik seolah-olah seperti pelamin pula jadinya.





Alias Hazelah - tokey biz pengantin


Teman pun nak juga bergaya..nanti orang ada segan pulak...
Sementara ahli yang lain membeli bahan mentah yang diketuai oleh Puan Kalthom Yaacob, Puan Syila and the gang menyiapkan pula ruang tamu untuk tempat menu yang akan disajikan nanti.  Setelah mereka membuat perhiasan dan sebagainya, sekali lagi ruang tamu kami bagaikan di ruang hotel.   Kreatif betul kawan-kawan ku ini.






Apabila melihat ruang tamu yang cantik, kami semua yang sememangnya pantang disuruh bergaya semuanya hendak bergambar...bila lagi, orang pun tak ada...bergaya sakanlah kami...hihihihi.




Encik Azhar Dora pun sporting 

Aku dan suami pun tidak ketinggalan...

Alias yang segak bergaya
Syila pun teringin nak ambil gambar bersama Alias..Mentang-mentanglah Alias masih solo tiada siapa nak marah...
Puan Faizah pun bukan main lagi...

Sementara menunggu ketibaan Puan Kalthom, sempat jugalah aku bereskan apa jua tugas yang lebih mendesak agar tidak menimbulkan persoalan kelak.
Catat Ulasan