Jumaat, 28 Oktober 2016

Merdeka Beach Resort

Malam itu kami bermalam di bandar Butterworth.  Memandangkan sudah hampir jam 9.00 malam, akhirnya kami menginap di sebuah hotel ________ dengan bayaran sewa RM180.00 semalam.   Bilik tersebut agak luas juga dan mempunyai 2 katil single dan katil queen size di satu bilik lagi.  Alhamdulillah lega rasanya, bolehlah kami melunjur kaki kerana kepenatan.  Selepas kami semua mandi kami keluar mencari makan malam kerana petang tadi cuma makan char kuew tiau sahaja.  Bila sahaja selesai makan, kami pun pulang kerana badan terasa amat letih.

Pagi esok kami menuju ke Pantai Merdeka.  Meurut suamiku tempat itu boleh dijadikan tempat riadah untuk Badan Kebajikan Bahagian Pengurusan Manusia cuma jaraknya agak jauh. Pantainya yang luas dan sesuai diadakan sukan rakyat.  

Irfan bergaya dengan cermin mata yang baru dibeli

Tempat menunggu di Kaunter Pendaftaran
Rumah kerabat diraja Negeri Kedah untuk beristirehat
Teman pun nak juga bergaye...


Pantai Merdeka




suamiku pergi ke bandar Ceruk Tok Kun kerana kawannya mengadakan majlis pernikahan anaknya.  Aku tidak keluar pun dari kereta kerana tidak membawa baju kurung walaupun suamiku menyuruh ikutnya sekali, segan pula rasanya kerana kebanyakan yang hadir semua berbaju kurung.

Jam menunjukkan pukul 3.00 petang. Perutku berbunyi menandakan perlu diisi kerana pagi tadi aku hanya memakan roti canai sahaja.  Suamiku dan anak-anakku masuk kereta setelah makan nasi kenduri.  Aku meminta suamiku singgah ke gerai yang menjual Mee rebus Ketam kerana perutku terasa lapar.  Rasanya tidaklah sehebat yang aku bayangkan cukuplah sekadar untuk mengisi perutku ini.
Jam menunjukkan pukul 5.00 petang.  Perasaanku risau jika kami meneruskan perjalanan boleh menyebabkan suamiku mengantuk.  Lantas aku mencadangkan untuk bermalam di mana hotel atau chalet yang sesuai.   Suamiku telah menghubungi Chalet Santuary resort Kuala Gula berdekatan dengan Taiping.  Kami munggunakan waze untuk dijadikan panduan dan tidak tersesat. Alhamdulillah akhirnya sampai jua kami di sana jam 6.30 petang.

Chalet tersebut sesuai untuk penginap yang suka memancing ikan.  Kebetulan pula suamiku membawa 3 batang joran yang sememangnya di bawa ke mana sahaja,  sebagai persediaan sekiranya menginap di tempat yang ada tempat memancing.
Catat Ulasan