Jumaat, 17 Februari 2017

Kemasukan ke Asrama Kolej Vokasional

Keputusan peperiksaan PT3 anakku Muhammad Idzham tidak memberansangkan.  Tahun 2017 Idzham belajar di tingkatan 4 dan masih bersekolah di Sekolah Menengah Cheras Jaya, Balakong, Selangor iaitu sekolah yang sama semasa di tingkatan 1 hingga tingkatan 3.  Walaupun mendapat keputusan peperiksaan PT3 yang tidak memberansangkan, Idzham  dan adiknya Irfan  semakin leka dengan permainan gadjetnya.  Kadang kala sehingga jam 12.00 malam jarinya masih lagi rancak bergerak-gerak dan  leka dengan permainan tersebut tanpa ada sebarang perasaan kehampaan atau kekesalan. Hatiku semakin membara kerana walaupun sudah diberi nasihat dan teguran tetapi tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Adikku Zaini memberitahuku,  dia ada memohon kolej vokasional untuk anaknya di Sepang.  Terdetik di hatiku untuk menghantar anakku Idzham ke sana.  Permohonan dibuat secara dalam talian.  Anakku menggunakan telefon bimbitku untuk mengisi maklumat tentang dirinya dan keputusan peperiksaan PT3 ke dalam permohonan kemasukan secara dalam talian.
Laman sesawang untuk memohon kemasukan kolej vokasional tahun 2007 di permohonan kolej vokasional

Aku menyarankan supaya dia mengambil bidang Pengkalan Data dan Aplikasi Komputer atau bidang Automotif kerana aku berpandangan kedua-dua bidang itu mudah untuk mencari pekerjaan di masa hadapan.  Setelah seminggu, aku mencari maklumat di laman web kemasukan kolej vokasional dan aku terbaca sekiranya  tidak menerima sebarang panggilan untuk kemasukan ke kolej berkenaan, pemohon boleh datang sendiri ke sekolah berkenaan untuk rayuan.

Pada 24 Januari 2017 aku mengambil cuti rehat dan mengajak suami serta anakku Idzham ke Kolej Vokasional, Sepang.   Sampai di sana, kelihatan ramai ibubapa dan murid-murid sekolah yang telah berjaya diterima sedang mendaftarkan diri.   Lantas kami terus ke pejabat sekolah danapabila  sampai di sana kerani sekolah memaklumkan supaya kami mengisi borang rayuan dan disertakan salinan keputusan peperiksaan PT3.  Hampir seminggu aku menunggu keputusan tetapi masih tiada sebarang jawapan diterima.

Akhir sekali aku meminta pertolongan rakannya yang mempunyai kenalan di Kementerian Pendidikan Malaysia yang boleh membantu melihat kekosongan yang ada.   Setelah berhubung bagai, dengannya melalui wasssp, aku dimaklumkan ada kekosongan di Kolej Vokasional, Port Dickson bidang Automotif.  Setelah berbincang dengan suami, akhirnya aku bersetuju walaupun rasa agak sedih kerana akan berjauhan dengan anakku Idzham.

Surat tawaran diterima melalui e-mel anakku dan meminta supaya melapur diri pada 6 Febaruari 2017.   Aku meminta supaya surat tawaran dan senarai keperluan sekolah/asrama dihantar kepada e-melku supaya aku dapat melihat  keperluan yang perlu disediakan.


Apabila aku melihat segala keperluan dan bayaran yang perlu dibayar, banyak juga wang ringgit yang perlu dikeluarkan.  Tetapi aku terpaksa juga usahakan supaya segala keperluannya dipenuhi.  Perkara pertama yang perlu aku lakukan ialah  pergi ke sekolahnya untuk mendapatkan sijil berhenti sekolah , buku kurikulum, buku rekod kesihatan dsbnya.

Sedang meneliti dokumen


Bergambar di hadapan sekolah




Dalam tempoh itu, aku mencari keperluannya seperti baju T berkolar warna putih 2 helai, seluar track  hitam 2 helai, seluar slack 2 helai, kain pelikat 2 helai, dan keperluan peribadi tinggal di asrama seperti timba, sabun mandi/basuh kain, berus gigi/ubat gigi dan sebagainya.   



Bergambar bersama ayahnya sebelum kami pulang





Tiada ulasan: