Ahad, 3 September 2017

Nyamuk

Cuti sekolah telah pun  bermula pada 26 Ogos 2017.  Walau bagaimanapun Idzham yang bersekolah di Kolej Vokasional telah diberi cuti seminggu lebih awal.  Memandangkan cuti Hari Kemerdekaan jatuh pada 31 Ogos 2017 (Khamis) dan diikuti cuti Hari Raya Aidil Adha pada hari Jumaat iaitu 1 September 2017 dan aku pula akan ditukarkan ke bahagian lain selepas 4 September 2017, terasa di hati untuk membawa anak-anakku untuk pergi bercuti sebelum  sekolah dibuka semula pada minggu hadapan.  Lantas aku pun memberitahu suamiku tentang rancanganku itu.

Suamiku pula terus mencari lokasi yang sesuai untuk kami bercuti di Google.  Apabila ia telah dapat mencari lokasi yang menarik, ia terus memberitahuku lokasi tersebut.  Tersentak juga aku pada mulanya, apabila melihat lokasi yang dipilih iaitu sebuah perkampungan nelayan di Kampung Belukar Durian, Kuala Sedili di Kota Tinggi, Johor.  Pada mulanya aku hanya ingin bercuti di kawasan yang berdekatan sahaja, tetapi silapku jua kerana tidak memberi bayangan lokasi  yang ingin ku tujui.

Aku dimaklumkan perjalanan yang mengambil masa hampir 5 jam, menyebabkan aku mula berasa bimbang tentang kondisi kenderaanku yang sering terhentak di sebelah hadapan bila aku melalui jalan yang mempunyai bonggol.  Aku memberitahu suamiku kenderaan kami perlu dihantar ke bengkel kereta terlebih dahulu untuk dibuat pemeriksaan memandangkan perjalanannya yang jauh dan kawasan yang dituju adalah kawasan perkampungan.

Pada hari Selasa 29 Ogos 2017, aku sudah pesan kepada anak-anakku supaya bersiap sedia pakaian yang sepatutnya dibawa dan sebelah petang suamiku menghantar kereta  du bengkel kereta yang berdekatan dengan rumahku.   Setelah dibuat pemeriksaan didapati kereta aku perlu ditukar ____.   Selepas dibaik pulih, aku dikenakan bayaran sebanyak RM485.00 bagi kedua-dua alat ganti tersebut termasuk bayaran upah termasuk 6% GST.   Adoiii belum bercuti dah terbang RM sebanyak itu.   Mood cuti yang pada mulanya setinggi 100% dah jadi 60% sahaja.

Setelah selesai membuat pembayaran, aku pun pulang ke rumah. Kelihatan anak-anakku masih leka dengan gadjet masing-masing.   Mulalah aku membebel kerana semua persiapan perlu dibuat segera aku mahu perjalanan tersebut dilakukan pada petang itu juga, supaya dapat menjimatkan masa.

Dalam keadaan aku yang kepenatan dan keadaan yang tergesa-gesa, akhirnya aku mulakan perjalanan ke destinasi tersebut selepas waktu maghrib.    Cuaca sejuk kerana hujan turun sepanjang perjalanan kami dari rumah hingga ke Melaka.  Kebetulan pula malam itu, ada perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Thailand peringkat akhir Sukan Sea untuk merebut pingat emas di Stadium Selangor.  Kami hanya mendengar melalui radio sahaja kerana suamiku juga peminat sukan  bola sepak.  Pertandingan bo la sepak merupakan ibu sukan yang menjadi rebutan semua negara yang terlibat.   Malangnya Malaysia gagal pada malam itu dengan jaringan gol 1 - 0.   Walau bagaimana besar harapan semua, kita semua perlu redha dengan ketentuan yang ditakdirkan oleh Allah SWT.


Kami sampai di Kuala Sedili jam 2.00 pagi.   Memandangkan waktu masih awal, kami terpaksa mencari tempat merehatkan badan dan tidur sebentar sementara menunggu hari siang.   Nasib baik aku mempunyai khemah yang tersimpan di bonet kereta.  Khemah tersebut pula boleh diisi seramai 4 orang.   Aku juga  membawa lampu yang  terang cahayanya dan mudahkan kami untuk memasang khemah tersebut.   Setelah khemah siap dipasang,  aku mula meminta anakku mengambil kipas yang menggunakan bateri supaya tidak dapat dalam khemah tersebut.   Semua peralatan yang aku beli dari kedai DIY, sangatlah berguna lebih-lebih lagi dalam keadaan seperti ini.





Baru bangun tidur


Perut sudah terasa lapar, tetapi suasana di situ masih sunyi dan tidak kelihatan orang  berkunjung di situ.   Suami menyuruh kami berkemas untuk mencari kedai makan yang boleh membangkitkan selera.   Setelah siap, kami menuju ke Jeti Kuala Sedeli.  Beberapa kedai masih tutup dan kami menuju kedai makan yang agak ramai.  Biasalah jika ramai orang tentu masakannya sedap.   Tetapi jangkaan kami meleset, tetapi daripada tiada baiklah ada supaya perut dapat diisi.

Selepas makan kami pun bergambar di sekitar jeti tersebut.   Jika dilihat suasananya, tempatnya agak sesuai untuk memancing ikan.   Tidak pula nampak riaksi suamiku untuk memancing di situ. Selepas bergambar bersama anak-anak, kami pun beredar untuk mencari tempat penginapan yang telah ditempah oleh suamiku.   Sebelum pergi ke tempat penginapan, kami membeli udang dan sotong untuk dibuat umpan memancing.   Rupanya di situ juga tempat ikan baharu dijual di situ.  Aku juga membeli ikan sardin untuk dibuat ikan goreng supaya dapat dibuat ratahan bersama anak-anak nanti kerana aku membawa periuk elektrik memasak nasi dan juga keperluan lain untuk memasak.

































Kami menggunakan waze yang ku anggap sahabat sejati untuk mencari chalet di Kampung Belukar Durian, Kuala Sedeli.  Akhirnya berjaya juga kami sampai ke sana.   Tetapi tempatnya seolah-olah hanya kami sekeluarga sahaja di situ.  Untuk menyedapkan perasaan mungkin kami sampai awal dan mungkin ramai yang akan datang pada sebelah petang.   Setelah mendapat kunci, kami pun masuk untuk melihat tempat untuk merehatkan badanku yang agak letih.




Pemandangan di Chalet Kampung Belukar Durian, Kuala Sedili Kota Tinggi, Johor








Tiada ulasan: