Khamis, 5 September 2013

Khasiat Sabun Beras

Kecantikan merupakan satu aspek penting bagi semua wanita.  Setiap wanita tidak akan lari untuk membincangkan isu kecantikan dan penjagaan kulit yang boleh menampakkan kesan yang baik dan sempurna. 

Anak gadis zaman dahulu mencuci wajah mereka dengan air beras.  Air basuhan beras yang pertama dibuang, dan air basuhan beras yang kedua dan ketiga disimpan untuk dibuat sebagai pembasuh muka.   Air basuhan beras ini amat baik bagi kulit muka terutama kulit muka yang berminyak.   Tidak hairan kerana  masih ada lagi mengamalkan bedak sejuk yang dibuat daripada beras dipakai diwaktu malam untuk menghilangkan jerawat dan memulihkan kulit muka. 
 
Memandangkan khasiat beras ini amat banyak untuk kulit dan wajah, negara Thailand telah membuat sabun yang mengandungi beras untuk menjadikan kulit dan wajah anda sentiasa bersih dan sihat.  Sabun ini juga selamat digunakan kerana tiada bahan kimia yang boleh memudaratkan kulit dan wajah anda.

 
 
 
Manfaat sabun beras Thailand bagi perawatan tubuh dan wajah
Kandungan sabun beras ini mempunyai nutrisi dan vitamin yang terdapat di dalamnya amat baik sekali untuk perawatan tubuh disamping itu untuk perawatan wajah yang memberikan hasil yang amat ketara sekali.
 
Multifungsi manfaat dari Sabun Beras Thailand bagi tubuh kita
Khasiat  yang paling utama,  sabun  beras Thailand ini amat  baik untuk  menghilangkan bintik/flek hitam pada kulit.  Sabun beras Thailanda ini  juga  boleh mencerahkan dan melembutkan kulit.  Sabun beras Thailand ini juga boleh memberikan keseimbangan kelembapan kulit anda.  Ini adalah disebabkan kandungan sabun beras Thailand tersebut yang  kandungannya mempunyai khasiat yang amat baik sekali.
 
Fungsi untuk kulit wajah:

• Khasiat sabun beras boleh membuatkan kulit muka anda lebih cerah dan lembut.  Ia juga boleh menegangkan kulit wajah yang amat sesuai digunakan oleh wanita yang sudah berusia bagi mengekalkan ketegangan kulit dan wajah anda.

• Menghilangkan semua kotoran, minyak, dan sel kulit mati.   Sabun ini boleh merawat sel kulit yang mati dan menanggalkan kekotoran dan minyak pada kulit dan wajah anda.  Sabun beras ini amat baik dan sesuai bagi pengguna yang mempunyai wajah yang berminyak.

• Membantu menghilangkan parut dan jerawat, jeragat & kulit berminyak.  Sabun beras ini boleh menghilangkan kesan jerawat serta jeragat dan menghalang pembentukan jerawat pada wajah.

• Boleh digunakan sebagai pencuci muka untuk membersihkan make up pada kulit wajah.  Sabun ini amat sesuai digunakan sebagai bahan pencuci dan mampu menghilangkan kesan solekan di wajah.  Dengan menggunakan sabun beras ini, anda telah menjimatkan perbelanjaan kerana harganya yang amat murah.

Fungsi untuk kulit tubuh:

• Menghilangkan bekas hitam di ketiak, siku dan dicelah-celah kelangkang, dll.

• Memberi kesegaran sepanjang hari

• Menghilangkan bau badan

Bagaimana Cara penggunaan sabun beras Thailand yang betul ?
Cara penggunaan Sabun Beras Thailand amat mudah,  cukup dipakai seperti sabun-sabun mandi yang lain seperti biasa ketika mandi. Biarkan buih sabun beras Thailand ini selama 3 minit di kulit anda, kemudian disapu dan digosok secara perlahan-lahan lalu dibilas.  Setelah itu anda akan merasakan sensasi kulit akan menjadi bersih, halus, lembut dan segar.

Anda akan merasakan lebih segar sekiranya anda menggunakannya Sabun Beras Thailand ini setelah anda beriadah di luar rumah atapun selepas bersukan.  Sabun beras Thailand ini juga sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.
 
 
 
Catat Ulasan