Jumaat, 8 November 2013

Anugerah Perkhidmatan ke-25 Tahun

7/11/2013 (Khamis)
Majlis Anugerah Perkhidmatan dan Hari Invoasi akan diadakan pada 7/11/2013 di Dewan Bankuet, Aras 1, Podium DBP.  Malam itu Irfan tiba-tiba mengadu gigi taringnya goyang dan ia berasa amat sakit.  Aku memberitahu anakku, bolehkah ia bertahan sehingga ke petang, kerana aku ingin menghadiri majlis tersebut kerana aku salah seorang yang akan menerima Anugerah Perkhidmatan 25 Tahun.  Bermakna aku telah berkhidmat dengan Dewan Bahasa dan Pustaka selama 25 tahun sehingga tahun 2012.  Sebenarnya aku sudah berkhidmat 29 tahun, tetapi perkhidmatan sebagai staf sambilan selama 3 tahun lebih tidak diambil dikira perkhidmatannya.  Sebab itu, pada tahun lepas apabila ada kawan-kawanku yang menerima anugerah 25 tahun perkhidmatan, mereka semua itu adalah junior aku.  Tapi aku terpaksa redha keputusan itu kerana itu adalah peratauran dari JPA sendiri.  Itulah yang dinamakan rezeki, jodoh dan maut telah ditentukan oleh Allah s.w.t.

Aku dimaklumkan majlis itu ditunda kepada sebelah petang.  Aku berhasrat untuk membawa anakku Irfan ke klinik gigi pada sebelah pagi, dan bolehlah aku hadir majlis itu di sebelah petang.  Selepas aku bersarapan di kedai mamak di pekan Balakong, aku terus pergi ke Klinik Pergigian Suhaiza, betul-betul depan dengan NSK Balakong.  Sampai di sana, aku terus bertanyakan kepada jururawat di situ, bolehkah anakku membuat rawatan cabutan gigi  di situ.  Jururawat itu memaklumkan doktor gigi akan datang jam 10.00 pagi, dah pada waktu itu pula ada pelanggan telah membuat temujanji dengan doktor.  Ini bermakna anak aku terpaksa menunggu selepas pelanggan itu membuat rawatan dengan doktor gigi tersebut.  Lantas aku terus pergi ke Cheras Perdana, kerana aku pernah terlihat ada satu klinik gigi di situ iaitu Klinik Perggigian Azizah.  Dalam aku duduk tunggu dari jam 8.45 pagi hingga 9.10 pagi, petugas mahupun doktor gigi tidak menampakkan wajah.  Aku semakin risau dan rimas jika ini berlarutan sehingga jam 10.00 pagi.  Terus aku pergi ke Suakasih, di Bandar Tun Hussein Onn, Klinik Pergigian Anis yang betul-betul bersebelahan dengan Restoran Ummi.  Aku menunggu sehingga jam 9.30 pagi dengan mengharapkan sekurang-kurangnya ada petugasnya membuka pintu klinik tersebut.  Dalam jam 9.45 pagi aku lihat ada seorang wanita sedang membuka pintu klinik tersebut, dan hatiku berasa amat lega.
Kemudian aku lihat ada seorang lagi seorang wanita muda masuk ke dalam klinik tersebut, lantas aku pun memaklumkan kepadanya yang aku ingin masuk ke dalam untuk membuat rawatan.  Memandangkan anakku tidak pernah pergi ke klinik tersebut, aku diarahkan untuk mengisi satu kad untuk mengisi maklumat anakku  ke dalam kad tersebut.  Setelah itu, petugas itu mengarahkan aku duduk kearna doktor akan datang sebentar lagi.  Dalam diam tak diam, aku sudah menunggu sehingga 10.30 pagi, tetapi doktor gigi tersebut tidak juga muncul.  Aku  semakin tidak selesa dan bertanya kepada petugas itu buat kali kedua, sama ada doktor itu datang ataupun tidak.  Petugas itu memberiritahuku bahawa doktor sudah maklum dan akan datang tidak lama lagi.   Aku menunggu dengan penuh sabar dan sekali lagi aku rasa kesabaranku tercabar dan aku terus bangun dan mengatakan kepada petugas itu, aku ingin membatalkan temujanji dengan doktor kerana terlalu lambat dan membuang masa aku menunggu begitu lama, sedangkan tiada pelanggan pun selepas aku ketika itu.  Aku mula berfikir apakah doktor tersebut tidak merasakan kelewatan yang sebegitu rupa akan menjejaskan nama baik kliniknya,  dan aku mula memikirkan mungkin kehidupan doktor itu sudah terlalu mewah dan hanya mengisi masa lapang untuk membuat klinik terusebut sebagai hobinya.
Ketika aku turun tanggan dan keluar dari bangunan tersebut, aku lihat seorang wanita sedanng menuju ke klinik tersebut, lantas aku bertanya sama ada ia doktor kepada klinik tersebut. Ia terus mengiayakan, dan aku berpatah balik masuk ke klinik tersebut dan memaklumkan aku sudah lama menunggunya.  Ia memaklumkan kepadaku ia asyik mengemas rumah dan petugasnya tidak memaklumkan kepadanya ada pelanggan sedang menunggu.  Rasa marah ada tapi aku tertap bersabar dan mengharapkan agar anakku dapat dibuat rawatan giginya.  Al;hamdulillah jam 11.00 pagi, akhirnya gigi anakku berjaya dicabut.  Aku memohon time slip untukku dan sijil cuti sakit untuk anakku.

Aku memandu dengan agak laju untuk sampai ke pejabat dan tepat jam 11.30 pagi aku sampai ke pejabat.  Aku membuat sedikit sebanyak kerja  yang sedia ada di atas meja.  Aku mahu cepat-cepat kerjaku beres kerana aku misti berada di majlis tersebut jam 2.00 petang.  Hari itu aku sembahyang zohor agak awal kerana aku ingin bersiap-siap..maklumkan perempuan kan...mistilah hendak berbedak mahupun bergincu.

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Pendidikan II iaitu Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh,  Alhamdulillah sempena anugerah itu, aku diberi sekeping sijil dan Sijil Primium sebanyak RM500.00.   Terima kasih Ya Allah, kerana engkau telah mengurniakanku kesihatan yang baik sehingga kini, semoga aku dapat mencapai perkhdmatan yang ke-30 bagi tempoh 5 tahun lagi dan ganjarannya sehingga kini Sijil Primium sebanyak RM750.00  Bagi penerima Anugerah Perkhidmatan yang mencapai 37 tahun akan diberi Pakej Umrah bernilai RM5,000.00, tapi aku tidak akan dapat mencapai kepada 35 tahun apatah lagi 37 tahun....Apapun aku reda, itu adalah ketentuan Allah s.w.t....Amiin...



Sijil Anugearh Perkhidmatan ke-25 Tahun


Tiada ulasan: