Hari ini aku bercadang untuk membuat kerja lebih masa di pejabat bagi menguruskan fail tutup yang perlu disbuat senarai seteruskan membuat senarai pelupusan fail bagi fail-fail yang telah ditutup lebih dari 5 tahun ke atas. Malam tadi aku telahpun membasuh kain dan cuma untuk menyidainya sahaja. Pagi itu aku sempat membuat nasi lemak untuk anak-anakku dan boleh juga dibawa ke pejabat untuk makan tengah hari. Kadang kala bila dah buat kerja malas nak keluar makan.
Aku menyuruh anak-anakku bangun awal. Tapi biasalah bila hari cuti, liat sungguh nak bangun. Dari pukul 8.00 pagi hingga 8.30 pagi tak tentu bangun lagi...angin satu badan aku dibuatnya. Sementara menungguh anak-anakku bangun, aku buat apa yang patut untuk membuat nasi lemak. Tepat jam 9.15 pagi, siap masakan nasi lemakku. Aku memasukkan kesemuanya ke dalam bekas tupperware agar mudah untuk dibawa ke pejabat.
|
Set nasi lemak |
|
Sambal Tumis Ikan Bilis |
|
Sambal Sadin |
|
Telur rebus dan timun |
|
Nasi Lemak |
Anak-anakku juga telah mandi dan aku menyuruh mereka membasuh kasut sekolah sekali kerana sekarang ini hujan turun tidak menentu. Sementara anak-anakku bersarapan, aku menyidai kain yang telah dibasuh malam tadi. Semasa mereka bersarapan, mata mereka asyik-asyik menjeling ke arah TV yang menyiarkan cerita
Ghost Buster. Sekali lagi naik angin satu badan aku dibuatnya, kerana mereka tidak fokus untuk bersarapan. Selepas bersarapan pula mereka tidak mengemas meja dan menutup makanan. Apa lagi pagi-pagi lagi mulutku asyik membebel sahaja kepada mereka. Sakit dada kerana asyik batuk dari minggu lepas pun belum baik lagi, terasa sakit kembali....
Aku cuba memberi motivasi kepada anak-anakku bagaimana untuk menjadi anak yang soleh. Tapi biasalah kan....lagi banyak kita bercakap, lagi sakit dada dibuatnya, kerana mata dan telinga mereka sekarang lebih fokus ke arah TV tentang cerita Ghost Buster itu...jam sudah menunjukkan pukul 11.00 pagi, tapi anak-anakku masih lagi tidak bergerak dari TV. Terus aku ambil penyangkut baju, baru cepat-cepat mereka bangun. Aduhh...anak..anak...
Selepas membuat kerja, lebih kurang jam 2.00 petang kami pun makan tengah hari..Bila suruh makan lagi sekali macam kena paksa saje...Sempat juga offer kawan-kawan yang ada di pejabat untuk merasai nasi lemakku, bila habis mudah untuk aku membasuh tupperware itu nanti...Alhamdulillah habis semua bekalanku itu...Amin..
|
Anak-anakku makan macam kena paksa je |
|
Add caption |
|
Makan Tengahaari |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan