Rabu, 18 Disember 2013

Misi Kemanusiaan di Sekolah Tahfiz Muhammadi, Sungai Isap, Kuantan.

Cuti sekolah akhir tahun ini aku bercadang untuk membawa anak-anakku ke Pulau Pinang.  Setelah  berbincang dengan suamiku, ia mencadangkan agar kami bercuti  ke Negeri Terengganu.  Setelah dibuat kata sepakat, aku bersetuju untuk bercuti di sana.  Akupun memohon cuti  pada hari Isnin 16/12/2013.
Pada 10 Disember 2013, suamiku  memaklumkan ia dan beberapa orang pegawai DBP akan pergi ke Kuantan untuk membuat tinjauan, kerana  Kumpulan Kembara Bahasa DBP bercadang untuk memberi bantuan  kemanusiaan kerana ketika ini beberapa negeri di sebelah Timur telah ditimpa musibah banjir besar.  Banyak tempat yang  telah ditenggelami air sehingga paras bumbung. 
Balik sahaja dari sana, suamiku memaklumkan misi kemanusiaan dari DBP akan bertolak dengan menggunakan bas korporat DBP  pada hari Ahad bertarikh  15/12/2013.  Lokasi yang telah dipilih iaitu Sekolah Agama Tahfiz Muhammadi di Sungai Isap, Kuantan.  Suamiku mengajakku pergi ke Kuantan pada hari Sabtu dan bolehlah ia berjumpa dengan Pengetua Sekolah tersebut untuk memaklumkan rombongan dari DBP akan sampai pada pagi Ahad.
Pagi Sabtu, aku bangun lebih awal daripada biasa.  Aku memasak nasi dan dan beberapa jenis lauk pada hari itu.  Jika tiidak habis, bolehlah aku bawa makanan tersebut ke sana.  Alhamdulillah, nasib baik aku masak banyak  kerana kebetulan pula adikku akan datang ke rumah pada hari itu..  Adikku telah membeli ikan Siakap Tiga Rasa di  Restoran Tupai-Tupai untuk kami makan bersama.  Syukur Alhamdulillah....

.
Sambal Tumis Ikan Bilis Petai
Tom Yam Campur
Ikan Tongkol Goreng

Ikan Siakap 3 Rasa dari Restoran Tupai-Tupai

Tujuan kedatangan adikku datang ke rumahku pada petang itu adalah kerana ia telah berjanji akan memberi hadiah kepada anakku Idzham yang telah mendapat 3A dalam UPSR dan membawa minyak hitam yang aku kirim melaluinya.  Adikku seorang pegawai di PETRONAS, maka dapatlah harga staf untuk minyak hitam tersebut.  Sebelum itu adikku telah berjanji kepada anakku,jika anakku mendapat satu A dalam peperiksaan UPSR ia akan beri RM30.00.  Tapi adikku memberi kepada anakku RM100.00.  Bukan main suka lagi anakku Idzham semasa terima hadiah tersebut.

Idzham terima hadiah dari adikku yang dikenali dengan Pak Tam

Setelah adikku pulang, aku cepat-cepat mengambil baju kami sekluarga dan memasukkan ke dalam beg besar.  Semasa hendak keluar rumah, ketika itu hujan sudah pun turut dengan lebatnya.  Ketika iatu jam sudah pun menunjukkan pukul 3.30 petang.  Semasa dalam perjalanan tersebut hujan turun dengan lebatnya dan kadang kala tidak hujang langsung.  Kami sampai di tol menuju ke pekan Kuantan jam 10.30 malam.  Perutnya terasa lapar kerana kami tidak berhenti untuk makan sejak dari tadi.  

Rabu, 11 Disember 2013

Akukah Yang Bersalah?

Tiba-tiba aku teringat tentang kisah Hang Tuah iaitu seorang pahlawan Melayu yang tersohor di negeri Melaka. Hang Tuah telah hidup semasa zaman pemerintahan Sultan Mansor Shah dalam abad yang ke 15.  Beliau seorang yang berani dan begitu taat setia terhadap rajanya sehinggakan beliau sanggup membunuh kawan baiknya sedari kecil iaitu Hang Jebat disebabkan Hang Jebat telah derhaka kepada Sultan. Hang Jebat  menderhaka kepada sultan adalah kerana membantah tindakan sultan yang telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hang Tuah tanpa usul periksa atas alasan telah membuat hubungan sulit dengan gundik raja, walhal gundik itu adalah kekasih hatinya yang telah ditangkap oleh Pembesar-pembesar Raja yang tidak senang dan cemburu terhadap Hang Tuah kerana amat disayangi raja. Pembesar telah menggunakan tipu helah dan muslihat untuk menjerat kekasih Hang Tuah dan telah menyerahkannya kepada sultan untuk dijadikan gundik raja. 

Satu lagi pengorbanan besar Hang Tuah dan kesetian tidak berbelah terhadap Sultan dapat dilihat ketika Hang Tuah sanggup menyerahkan Tun Teja, seorang puteri raja negeri Pahang yang jelita kepada Sultan Melaka.  Hang Tuah telah melarikan Tun Teja dari istana negeri Pahang.  Apabila aku melihat kembali filem Hang Tuah yang dibintangi oleh P. Ramlee, menitik juga air mataku kerana Hang Tuah telah mengorbankan cintanya demi sultannya dan lagu yang didendangkan itu bertajuk Berkorban Apa Saja yang begitu syahdu dan menyentuh perasaan.  Adakah anda sanggup mengorbankan cinta anda seperti Hang Tuah?  Satu dialog akhir yang membuatkan aku begitu terharu ialah Hang Tuah telah berkata kepada dirinya sendiri yang sekali lagi menyebabkan air mataku jatuh berderai iaitu "Akukah yang bersalah atau Hang Jebat kah yang benar?" semasa orang kampung berarak membawa mayat Hang Jebat keliling kampung.....






Slim Gold Detox

11/12/2013 (Rabu)

Sejak sebulan dua ini, tapak kakiku rasa sakit apabila aku bangun pagi.  Takut juga jika aku menghidapi sakit gaut.  Makanan laut memang jadi kegemaranku terutama ketam, sotong, udang, lala dsbnya..Ataiupun mungkin banyak toksik di dalam badanku kerana kurang senaman.
Suatu hari, aku membuka facebook, dan terlihat adik iparku yang sentiasa dan rajin menjual pelbagai produk kesihatan yang dikenali dengan nama Junn Outlet.  Aku terus bertanyakan samada ia ada menjual lapik kaki yang boleh membuang toksik.  Ia memberitahuku, ia menjual lapik kaki tersebut dengan nama Slim Gold Detox.  Sebelum ini aku pernah juga memakai lapik kaki tersebut yang aku pun tidak ingat apakah produknya.  Setelah bertanya lebih kurang tentang harga, aku pun mengambil keputusan untuk membelinya.
Memandangkan aku memindahkan wang pada hari Ahad, adik iparku memaklumkan ia akan poskan barangan tersebut pada hari Isnin.   Ketika ini oula musim tengkujuh, aku juga memikirkan bolehkah ia menguruskan penghantaran barangan tersebut pada hari Isnin.  Mungkin rumahnya tidak dinaiki air seperti yang kulihat di media dan juga di televisyen.
Hari ini aku menaerima bungkusan pos laju dari seorang rakan sepejabat yang mengambilnya di  Bahagian Pentadbiran Am, Tingkat 14.  Aku terus membukanya dan melihat barangan yang aku terima itu.  Rupanya banyak kelebihan menggunakan produk tersebut. Terima kasih Jun, Kak Lang sudah terima barangan tersebut, dan bolehlah menggunakannya selepas ini.

Bungkusan Pos Laju

Slim Gold Detox




Isnin, 9 Disember 2013

Suamiku Si Tukang Kayu..

8/12/2013 (Ahad)

Pagi itu aku cuma buat jemput pisang dengan goreng keropok saja untuk sarapan pagi.  Memandangkan tengah hari nanti, ada majlis perkahwinan anak Ketua Editor Buku Bahasa, Hj. Arshad Rawian di Club Mewah, Kajang, aku tidak perlu untuk ke pasar.  Selepas habis bersarapan, aku mengemas rumah, menjemur kain dan melipat kain yang telah kering.  
Tepat jam 12.00 tengah hari, kami pun bertolak menuju ke bandar Kajang.  Mudah sahaja kami mencarinya, kerana kami tinggal di Balakong, dan aku juga sering ke bandar Kajang untuk mebeli belah dan kadang kala jalan-jalan cari makan di situ.
Sampai sahaja di sana, mataku terpandang deretan rumah yang seakan-akan mini istana.  Rumah yang besar dan tersergam indah.  Terdetik di dalam hatiku, siapakah pemilik rumah-rumah tersebut, Dato Menteri kah,  Ahli Perniagaan kah sehingga mampu untuk memiliki rumah yang sebesar itu.  Itulah yang dinamakan rezeki dan maut di tangan tuhan.  Tuhan telah menganugerahkan rezeki yang melimpah ruah kepada pemilik rumah tersebut.   Semua itu,  kita kena akur dengan takdir dan suratan dari Allah s.w.t...
Sampai di dalam dewan, keluarga pengantin memakai baju dengan warna tema kuning  pinang masak.  Berseri-seri wajah Tn. Hj. Arshad Rawian dengan pakaian baju melayu warna kuning pinang masak.  Melihat warna nasi minyak yang menarik, membuat perutnya lapar dan tak sabar untuk menikmatinya.  Hmmmm memang sedap sungguh nasi minyaknya  yang lembut dan masakan dagingnya yang enak juga lembut.  Malu pula hendak tambah lauknya, kerana aku ini memang pemalu orangnya...hehehehhe...
Sebelum balik sempat juga anakku mengambil gambar pelamin warna putih yang sangat indah untuk tatapan kawan-kawan yang sedang mencari idea untuk membuat pelamin...



Pelamin Pengantin

Sebelum keluar dewan, sempat juga anak-anakku bergambar di lukisan dinding yang berbentuk tiga dimensi...Cuba lihat, seolah-olah ada lorong di belakang gambar tersebut..sungguh unik..


Irfan membuat posing ke belakang ..(Irfan buat posing ke belakang seolah-olah dia sedang menuju ke hadapan)

Semasa pulang sebelum keluar jalan besar, suami mengajakku ke satu kedai landskap, katanya untuk mencari idea di kedai tersebut.  Pelbagai barangan ada di kedai tersebut.  Sempat juga aku melihat air pancur yang kecil boleh diletakkan di balconi rumahku.  Suamiku telah membuat lantai papan di balconi rumahku dan ia membuat satu ruang untuk dibuat air pancur.


Sebelum

Lantai telah siap dibarnis



Pelbagai air pancur sedia ada di situ..cantik juga jika diletakkan di sudut balkoniku nanti...Aku mula  membayangkan suasana di balconiku yang tak berapa luas itu  jika ada air pancur itu nanti...Anggaran kosnya lebih kuranga RM350.00 hingga RM400.00







Dalam aku dok membayangkan suasana di balconiku dengan air pancur, rupanya suamiku bercadang untuk membuat air pancur sendiri..iaitu air mengalir dari dinding ...tak apelah..ikut sajalah seleranya dahulu..jika dah muak..bolehlah tukar macam ni pulak...Dia telahpun membeli 6 keping simen bercorak tempat air mengalir di atasnya...

Sempat juga aku mengambil gambar barang-barang di kedai tersebut.  Jika ada duit semua boleh jadi..tapi apa kan daya..Aku hanya  mampu menengok sajalah..

Kerusi dan meja marmar yang sesuai diletakkan di ruang luar rumah  untuk bersantai



Buaian kayu
Setelah selesai semuanya kami pun bergerak pulang.  Tapi sebelum sampai ke rumah, suamiku menunjukkan kepadaku yang ia sedang membuat tangga kayu.  Aku sempat mengambil gambar tangga tersebut, tapi malangnya tangga itu masih lagi belum siap sepenuhnya..

Pandangan dari depan


Pandangan dari belakang







Jika berkesempatan, aku akan memaparkan tangga tersebut jika siap sepenuhnya. Insyaallah..

Khamis, 5 Disember 2013

Random Giveaway RM50 Tunai oleh HASRULHASSAN.COM

5/11/2013 (Khamis)

Hari ini dok lawat blog kawan-kawan, tiba-tiba terjumpa satu blog yang mengatakan jika hendak  RM50.00 kena buat satu tugasan.  Saya belum pernah lagi sertai sebarang pertandingan macam ni, sebab ilmu IT pun tak tinggi...memandangkan caranya agak senang dan mudah difahami saya pun hendak cuba juga..Manalah tahu dapat duit RM50.00 tu...boleh gak tunjuk pada kawan-kawan, gunanya berkawan di blogger ni...Nak ttunggu duit  8share Malaysia lambat lagi,  kerana baru capai setengah untuk cash out.  Jika anda berminat untuk menyertainya, sila klik banner di bawah untuk info selanjutnya...Selamat mencuba..
http://www.hasrulhassan.com/2013/12/random-giveaway-rm50-tunai.html
Random Giveaway RM50 Tunai