11/4/2014 (Jumaat)
Badan Kebajikan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengadakan majlis bacaan Surah Yassin pada 11/4/214. Disamping itu diadakan sekali untuk ahli-ahli yang menyambut hari ulang tahun bagi bulan Januari - Mac. Kebetulan pula ada pula seorang pelajar yang sedang menjalani praktikal di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia akan berakhir praktikalnya pada hari yang sama. Namanya agak unik iaitu Norlili Manja. Sebelum ini ia dipanggil Manja. Memandangkan panggilan tersebut tidak sesuai dan akan mengundang perkara yang tidak disenangi, Tn. Hj. Abd. Halim bin Harun, ketua kami mencadangkan agar diberi nama Lili sahaja. Dengan perwatakan yang cantik dan tingkah laku yang baik, ia amat disenangi oleh kami semua. Selepas dua bulan ia menjalani praktikal di bahagian kami, kami terharu kerana ia telah memakai tudung. Mungkin setelah ia melihat kami semua memakai tudung, terbuka hatinya untuk memakai tudung. Alhamdulillah...
Memandangkan aku baharu sahaja ditukarkan ke Bahagian Pengurusan Personel, banyak data yang perlu aku kumpul untuk rujukanku. Aku mula membuat sistem rekod untuk diriku sendiri. Banyak sistem rekod yang aku buat untuk diriku sendiri seperti Sistem Rekod Pekeliling/Surat Pekelling yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengelola, Sistem Rekod Pelupusan Fail, Sistem Rekod Fail Aktif, Sistem Rekod Senarai Pembantu Operasi (untuk Mesyuarat Pembantu Operasi dengan Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusa yang diadakan 4 kali setahun), Sistem Rekod Senarai Pentadbir Jabatan/Bahagian (untuk Mesyuarat Pentadbir Jabatan/Bahagian dengan Pengarah Khidmat Pengurusan yang diadakan 4 kali setahun), Sistem Rekod Pegawai Pengelas Dokumen, Sistem Rekod Staf yang pernah menjawab borang soal selidik Audit Nilai dari KPM dsbnya.
Aku juga membantu kawan-kawanku yang lain dengan membina sistem rekod pegawai yang membuat pinjaman bank, pegawai ke luar negara, pengesahan diripPegawai dll. Aku suka membuat sistem rekod ini sekurang-kurangnya dapat membantu kawan-kawanku yang lain untuk dapat mengeluarkan laporan yang tepat dan cepat disamping mengasah bakatku dalam membina sistem perekodan.
Memandangkan banyak sistem rekod yang telah aku bina, banyak data yang perlu aku masukkan dalam sistem tersebut. Dengan adanya Lily di sini, banyak perkara dapat membantuku. Ia pula amat peka dan rajin dalam menjalankan tugasan yang kuberikan. Semua sistem yang aku gunakan Mirosoft Office Access 2007. Tugas Lily hanya memasukkan data yang aku berikan untuk dimasukkan ke dalam sistem tersebut. Rupanya dalam dia memasukkan data tersebut, dia juga belajar bagaimana aku membuat sistem tersebut. Dulu aku pernah cuba juga buat sistem rekod tanpa guru, tapi akhirnya gagal. Tahniah Lily kerana tanpa tunjuk ajarku, dia dapat bina sistem rekod bil perubatan untuk unit lain....Alhamdulillah.
Sebelum ia berakhir praktikalnya di bahagianku, semua tugasanku telah selesai dibuat oleh Lily. Terima kasih adikku Lily kerana banyak pertolonganku terhadapku...Hanya Allah jua yang akan membalas jasa baikmu. Diharap dengan berakhirnya anda disini, tetapi diharapkan silaturrahim antara kami denganmu tidak berakhir....Amin.