Jumaat, 30 Januari 2015

Kari Kepala Ikan Kampung Atap

30/1/2015 (Jumaat)

Alhamdulillah berjaya juga aku menjual produk baranganku secara online, walaupun tidak seberapa.  Aku belajar melalui pemerhatianku di facebook.  Asyik aku je membeli, kalau boleh aku menjual pulak.  Baru ada give and take.  
Cuma aku belum lagi terima pm dan like sehingga berpuluh atau beratus seperti mereka.  Jika nak diikut, cara bukan online lagi banyak yang telah dapat aku jual baranganku, tapi aku ingin melakukan secara online.  Seronok tengok orang bank in duit ke dalam akaunku.  
Bila pertama kali aku hendak membuat pos laju, aku telah pergi ke City Link.  Sampai di sana, terkejut beruk aku, rupanya kosnya berlipat kali ganda.  Setahu aku, kos penghantaran cuma RM6.00 sahaja.  Barulah aku tahu, jika hendak dapat kurangkan kos penghantaran pos laju, gunakan pos laju di Pejabat Pos Malaysia.  Satu lagi ilmu yang baru aku ketahui.


Foundation Naked Urban Decay


Aku mengajak suamiku ke Pejabat Besar Pos di Bangunan Daya Bumi.  Di kaunter pos laju,  aku dimaklumkan boleh membeli plastik bungkusan dan slip penghantaran dengan kuantiti yang banyak dengan bayaran RM6.00 sahaja.  Apabila ada pesanan dari pelanggan secara dalam talian, aku hanya mengisi baranganku ke dalam plastik tersebut dan mengisi maklumat pelnggan ke dalam slip tersebut dan bawa sahaja ke pejabat pos.  Mudahnya! Bolehlah aku meningkatkan jualan baranganku secara dalam talian.

Balik sahaja dari Pejabat Pos, aku mengajak suamiku makan tengahari.  Pagi tadi aku cuma makan bubur nasi semangkuk kecil sahaja, dan pukul 10.00 aku tidak pergi ke kantin. 
Kami pergi ke Restsoran Nasi Kandar di Kampung Atap.  Pada mulanya aku cuma ingin makan nasi dan ayam goreng sahaja.  Tiba-tiba terpacul suara suamiku mengajakku makan Kari Kepala Ikan.  

"Besar kepala ikan tu, nanti tak habis pulak makan berdua" kataku.
"Kita mintak yang kecil je, boleh tu" jawab suamiku.
"Oklah..." aku terus menjawab kerana sudah lama juga aku tidak makan kari kepala ikan.  Terbayang di fikiranku kari kepala ikan yang dipenuhi dengan tahu lembut, buah  tomato, bende dll yang membangkitkan selera.

Mamak terus menyuruh kami duduk kerana ia akan menghantar nasi dan kepala ikan tu.  Aku terus pergi membasuh tangan dan sampai sahaja di meja sudah terhidang kari kepala ikan.  Amboi cepatnya mamak ni.  Itulah yang bagusnya jika ke kedai mamak.  Perkhidmatannya amat cepat dan tidak boleh ditandingi di kedai makan orang melayu.  Patutnya sikap itu yang patut dicontohi oleh kita semua.





Semasa balik ke pejabat, azan solat Jumaat berkumandang di radio.  Sempat suamiku pergi solat  Jumaat di pejabat kami di Masjid Al-Hukama, Dewan Bahasa dan Pustaka.  Alhamdulillah...terima kasih Allah kerana kau Maha Besar dan Maha Kaya. Kau permudahkan segala urusanku.

Jumaat, 23 Januari 2015

Tazkirah Untuk Ahli Bhg. Pengurusan Sumber Manusia

23/1/2014 (Jumat)

Pagi ini ada mesyuarat bahagian untuk staf Bhg. Pengurusan Sumber Manusia.  Ketua Bahagian merancang sebelum mesyuarat dimulakan, elok diadakan tazkirah selama 30 minit untuk semua staf.  Rancangan untuk membuat tazkirah akhirnya terlaksana apabila Ustaz Salahuddin bin Dato Mohamed hadir untuk memberi tazkirah kepada kami.
Dalam tazkirahnya yang diberi masa 30 minit seperti 10 minit rasanya.  Walau bagaimana pun amat bagus untuk kami memahami dan menghayatinya.

Antaranya yang dapat ku fahami apa yang disampaikan oleh Ustaz Salahuddin seperti berikut:

Nabi Muhammad dikenali sebagai pengembala kambing ketika kanak-kanak lagi.  Tugasnya sebagai pengembala kambing itu sebenarnya telah membentuknya dirinya sebagai seorang pemimpin. Begitulah perumpaan peranan kami sebagai pelaksana yang diarahkan  untuk memberi arahan dan peraturan kepada staf/pegawai agar mematuhi peraturan yang dikeluarkan oleh JPA, Perbendaharaan ataupun Agensi sendiri.  Secara tidak langsung, tugas sebagai pengembala kambing dapat  melatih diri dalam mengawal, memantau, menjaga keselamatan, menempatkan dan mencari  lokasi yang sesuai untuk staf dsbnya.

Dalam melaksanakan tugas, staf dikehendaki menjalankan tugas dengan baik dengan tidak melupakan tanggungjawab terhadap diri sendiri iaitu menurut perintah Allah dan meninggal segala yang dilarang Allah.

Disamping itu, setiap insan mempunyai 99 buah buku  rekod amalan, iaitu buku rekod amalan  yang telah dilakukan ketika hidup.  Setiap buku pula tebalnya dilihat seperti sayupnya saujana mata memandang jauhnya.  Bayangkan jika kita mempunyai 99 buah buku.   Sebab itulah, di Padang Masyar, semua manusia akan dibiarkan selama 50,00 tahun kerana segala amalan akan dibaca dan dibicarakan.  Segala perbuatan yan dilakukan akan dihisab.

Terdapat 4 bahagian manusia yang akan dihisab amalannya.

i)   Manusia yang akan masuk syurga tanpa hisab.
      Golongan manusia ini amat beruntung.  Antaranya adalah mereka
  • Tidak pernah meminta pertolongan bomoh
  • Tidak pernah pergi tukang tilek
  • Tidak pernah melakukan pemujaan
  • Berserah segalanya kepada Allah S.W.T
ii)   Manusia masuk syurga dengan keampunan Allah
      Golongan manusia ini dapat masuk syurga walaupun telah melakukan dosa di dunia, tetapi  diampunkan dan dihapuskan dosanya oleh Allah  S.W.T.

Sebab itu, kita digalakkan memohon doa ketika sujud akhir (akan dilampirkan)  yang membawa maksud  "Ya Allah ampunkanlah segala keselahanku, segala kejahatanku, dosaku yang melampau, setiap dosaku yang engkau ketahui:

iii) Manusia yang tidak masuk syurga - Walaupun berbuat baik tetapi pahalanya menjadi debu.
       Golongan manusia seperti ini adalah kerana melakukan perkara seperti berikut:

  • Dosa sesama manusia kerana:   i) Berhutang 2) Menjatuhkan maruah  3) Membuat fitnah  4)  Mengumpat 5) Menuduh orang lain sesat

       

Jumaat, 9 Januari 2015

Ubat Resdung

9/1/2015 (Jumaat)
Setiap pagi Idzham pasti bersin.  Bila sudah bersin tidak henti-henti pula.  Bila kerap bersin mula  hidungnya berair.   Bila jadi seperti itu, aku nak suruh dia bersihkan habuk di almari TV dan PC pun tidak sampai hati.   Bertambah pulak bersinnya nanti.

Pernah juga pergi ke klinik.  Paling tidak doktor akan bagi ubat alergi untuk pagi dan malam.   Tetapi bersinnya tidak pernah hilang.   Minggu depan sekolah akan dibuka semula.   Hari itu aku terbaca dalam facebook,  tentang ubat resdung.   Aku mula mencari maklumat tentang ubat tersebut.   Terasa ingin pula mencubanya.   Lantas aku cuba-cuba menghantar pesanan kepadanya.   Setelah dinyatakan harganya, aku pun bersetuju untuk membelinya.

Setelah dua hari, aku pun menerima panggilan dari bahagian Pentadbiran Am supaya mengambil bungkusan untukku.   Selalunya bungkusan peribadi, perlu diambil sendiri.  Tapi tidak kisahlah, asal aku terima barangan yang ku tunggu-tunggu.

Produk itu dibuat daripada herba.  Nama Ptoduk itu BF Sinus Cure.  Sebanyak 30 kapsul bagi satu botol.  Kebetulan ada promosi 10 kapsul, aku terima sebnyak 40 kapsul.  Alhamdulillah..

Ubat Resdung dari Bella Formula 

Aku berharap dengan pengambilan ubat resdung ini, penyakit resdung yang dihadapi oleh anakku akan bertambah baik atau jika tidak pun berkurangan.   Jika penyakitnya semakin bertambah baik, ingin juga aku menjualnya kepada rakan-rakanku yang mempunyai masalah yang sama.

Selepas sahaja aku mendapat ubat resdung ini, aku post gambar ini dalam akaun FB.  Rupanya ramai juga yang mengambil ubat resdung ini. dan bagus untuk pengidap penyakit resdung.   Jadi, jika ada kawan-kawan hendak mencuba ubat resdung ini, boleh hubungi saya..kerana saya sudah pun ada kawan yang boleh beri harga murah...Jumpa lagi.