Jumaat, 29 Mei 2015

Air Panas Sungai Klah, Sungkai

Pada 16 Mei 2015, aku bercadang membuat kerja lebih masa iaitu melupuskan fail-fail yang telah diluluskan Arkib Negara Malaysia.  Sebanyak 86 buah fail yang perlu dilupuskan.  Kaedah yang digunakan untuk pelupusan hanya menggunakan mesin rincih.  Dengan adanya 2 mesin rincih, rasanya dapatlah diselesaikan dalam satu hari sahaja.
Pagi itu, aku bercadang ingin memberitahu suamiku, yang aku akan membuat kerja lebih masa.  Belum lagi aku membuka mulut, tiba-tiba suamiku berkata ia teringin hendak pergi ke Sungai Klah, air panas.  Apabila aku mendengar berita itu, hatiku rasa berbelah bagi.  Seronok rasanya bila dapat berjalan-jalan ke tempat yang belum pernah aku pergi lagi.  Yang tak seronoknya ialah aku terpaksa menangguhkan kerja yang sepatutnya aku boleh selesaikan pada hari itu.
Aku terus bersetuju untuk pergi ke tempat yang dicadangkan oleh suamiku, tetapi aku terpaksa pergi ke kedai dobi layan diri dahulu supaya keesokan harinya bolehlah aku membuat kerja lain pula. Sebelum pergi kedai dobi, aku membuat sarapan pagi dan mengemas rumah.  Setelah selesai buah kerja rumah, badanku mula berasa letih dan lesu.  Baju belum lagi dibawa ke kedai dobi.  Aduhai...mula terasa malas nak pergi.  Suamiku pula ke kedai mamak berjumpa kawannya yang menghantar kereta di bengkel kereta yang bersebelahan dengan kedai mamak.  Lagi menaikan perasaan anginku padanya.
Terus aku menghantar wassup  dan memintanya untuk menolongku mengangkat kain ke kedai dobi.  Tapi biasalah, orang lelaki ni mana tahu kita ni letih atau tidak, mengomel juga mulutnya bila minta tolong.
Tepat jam 11.30 pagi, barulah kami dapat bertolak ke Sungai Klah.  Aku bertanya kepada suamiku sama ada dia pernah ke sana.  Rupanya suamiku juga tidak pernah pergi ke sana.  Bagimemudahkan perjalanan kami,, aku membuka waze.  Alhamdulillah, hari tu  waze aku ada suara, hhihihi...sebab kadang kala waze aku ni suara tidak ada..pandai-pandai aku ler untuk mencari maklumat lokasi sesuatu tempat itu.
Sampai sahaja di sana, kami dikenakan bayaran masuk.  Tiket untuk dewasa dikenakan sebanyak RM15.00 seorang dan kanak-kanak pula  RM12.00 seorang. Bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak dikenakan sebarang bayaran.

Kenderaan persaorangan tidak dibenarkan masuk ke dalam.  Kami akan dibawa ke dalam kawasannya dengan menggunakan keretapi terbuka.

Keretapi

Sampai sahaja di sana, terdapat tempat untuk treatment tapak kaki.  Suamiku berjalan di atas batu-batu kecil itu.  Tak sampai berapa langkah, dia naik ke atas.  Rupanya air yang mengalir adalah air panas.


Treatment Tapak Kaki
                                                                                                  Kolam Air Panas


Setelah meninjau kawasan tersebut, kami dimaklumkan oleh pekedai yang menjual seluar mandi aa sebuah kolam besar untuk kami berendam.  Air tersebut juga agak panas.  Aku cuba untuk masuk ke dalam kolam tersebut.  Tetapi naik semula kerana tidak tahan kepanasan air tersebut.  Tapi ku cuba bearulang kali akhirnya boleh juga aku beaendam dalam kolam tersebut.  Bila terasa agak panas aku naik ke atas dan membilas badanku dengan air sejuk dalam tempayan besar.  Kerana memikirkan mungkin dengan berendam dalam kolam panas boleh memecahkan lemak, sekali lagi aku masuk ke dalam kolam panas itu.



Anak-anakku pula merengek untuk mandi di kolam besar yang airnya tidak panas.  Risau juga aku untuk melepaskan kerana aku dan suami masih lagi berendam di kolam panas.  Akhirnya aku mengalah dan membenarkan anakku pergi ke kolam yang penuh dengan budak-budak kecil sambil mandi dan bearmain air.










Selepas itu, aku dan suami pergi ke kolam besar tempat anak-anakku bermandi mandi.  Di pertengahan jalan, terdapat beberapa orang membeli telur dan memasak telur tersebut ke dalam mata air yang mengeluarkan air yang sangat panas.  Bau telur masak semerbak baunya menusuk hidung kami.  Aku dan suami juga tidak mahu melepaskan peluang untuk menikmati telur rebus dengan menggunakan air panas yang keluar dari tanah. Terdapat papan tanda yang membeari maklumat berapa lama masa yang diambil untuk merebus  telur masak atau setengah masak.