Rabu, 18 Disember 2013

Misi Kemanusiaan di Sekolah Tahfiz Muhammadi, Sungai Isap, Kuantan.

Cuti sekolah akhir tahun ini aku bercadang untuk membawa anak-anakku ke Pulau Pinang.  Setelah  berbincang dengan suamiku, ia mencadangkan agar kami bercuti  ke Negeri Terengganu.  Setelah dibuat kata sepakat, aku bersetuju untuk bercuti di sana.  Akupun memohon cuti  pada hari Isnin 16/12/2013.
Pada 10 Disember 2013, suamiku  memaklumkan ia dan beberapa orang pegawai DBP akan pergi ke Kuantan untuk membuat tinjauan, kerana  Kumpulan Kembara Bahasa DBP bercadang untuk memberi bantuan  kemanusiaan kerana ketika ini beberapa negeri di sebelah Timur telah ditimpa musibah banjir besar.  Banyak tempat yang  telah ditenggelami air sehingga paras bumbung. 
Balik sahaja dari sana, suamiku memaklumkan misi kemanusiaan dari DBP akan bertolak dengan menggunakan bas korporat DBP  pada hari Ahad bertarikh  15/12/2013.  Lokasi yang telah dipilih iaitu Sekolah Agama Tahfiz Muhammadi di Sungai Isap, Kuantan.  Suamiku mengajakku pergi ke Kuantan pada hari Sabtu dan bolehlah ia berjumpa dengan Pengetua Sekolah tersebut untuk memaklumkan rombongan dari DBP akan sampai pada pagi Ahad.
Pagi Sabtu, aku bangun lebih awal daripada biasa.  Aku memasak nasi dan dan beberapa jenis lauk pada hari itu.  Jika tiidak habis, bolehlah aku bawa makanan tersebut ke sana.  Alhamdulillah, nasib baik aku masak banyak  kerana kebetulan pula adikku akan datang ke rumah pada hari itu..  Adikku telah membeli ikan Siakap Tiga Rasa di  Restoran Tupai-Tupai untuk kami makan bersama.  Syukur Alhamdulillah....

.
Sambal Tumis Ikan Bilis Petai
Tom Yam Campur
Ikan Tongkol Goreng

Ikan Siakap 3 Rasa dari Restoran Tupai-Tupai

Tujuan kedatangan adikku datang ke rumahku pada petang itu adalah kerana ia telah berjanji akan memberi hadiah kepada anakku Idzham yang telah mendapat 3A dalam UPSR dan membawa minyak hitam yang aku kirim melaluinya.  Adikku seorang pegawai di PETRONAS, maka dapatlah harga staf untuk minyak hitam tersebut.  Sebelum itu adikku telah berjanji kepada anakku,jika anakku mendapat satu A dalam peperiksaan UPSR ia akan beri RM30.00.  Tapi adikku memberi kepada anakku RM100.00.  Bukan main suka lagi anakku Idzham semasa terima hadiah tersebut.

Idzham terima hadiah dari adikku yang dikenali dengan Pak Tam

Setelah adikku pulang, aku cepat-cepat mengambil baju kami sekluarga dan memasukkan ke dalam beg besar.  Semasa hendak keluar rumah, ketika itu hujan sudah pun turut dengan lebatnya.  Ketika iatu jam sudah pun menunjukkan pukul 3.30 petang.  Semasa dalam perjalanan tersebut hujan turun dengan lebatnya dan kadang kala tidak hujang langsung.  Kami sampai di tol menuju ke pekan Kuantan jam 10.30 malam.  Perutnya terasa lapar kerana kami tidak berhenti untuk makan sejak dari tadi.  

Rabu, 11 Disember 2013

Akukah Yang Bersalah?

Tiba-tiba aku teringat tentang kisah Hang Tuah iaitu seorang pahlawan Melayu yang tersohor di negeri Melaka. Hang Tuah telah hidup semasa zaman pemerintahan Sultan Mansor Shah dalam abad yang ke 15.  Beliau seorang yang berani dan begitu taat setia terhadap rajanya sehinggakan beliau sanggup membunuh kawan baiknya sedari kecil iaitu Hang Jebat disebabkan Hang Jebat telah derhaka kepada Sultan. Hang Jebat  menderhaka kepada sultan adalah kerana membantah tindakan sultan yang telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hang Tuah tanpa usul periksa atas alasan telah membuat hubungan sulit dengan gundik raja, walhal gundik itu adalah kekasih hatinya yang telah ditangkap oleh Pembesar-pembesar Raja yang tidak senang dan cemburu terhadap Hang Tuah kerana amat disayangi raja. Pembesar telah menggunakan tipu helah dan muslihat untuk menjerat kekasih Hang Tuah dan telah menyerahkannya kepada sultan untuk dijadikan gundik raja. 

Satu lagi pengorbanan besar Hang Tuah dan kesetian tidak berbelah terhadap Sultan dapat dilihat ketika Hang Tuah sanggup menyerahkan Tun Teja, seorang puteri raja negeri Pahang yang jelita kepada Sultan Melaka.  Hang Tuah telah melarikan Tun Teja dari istana negeri Pahang.  Apabila aku melihat kembali filem Hang Tuah yang dibintangi oleh P. Ramlee, menitik juga air mataku kerana Hang Tuah telah mengorbankan cintanya demi sultannya dan lagu yang didendangkan itu bertajuk Berkorban Apa Saja yang begitu syahdu dan menyentuh perasaan.  Adakah anda sanggup mengorbankan cinta anda seperti Hang Tuah?  Satu dialog akhir yang membuatkan aku begitu terharu ialah Hang Tuah telah berkata kepada dirinya sendiri yang sekali lagi menyebabkan air mataku jatuh berderai iaitu "Akukah yang bersalah atau Hang Jebat kah yang benar?" semasa orang kampung berarak membawa mayat Hang Jebat keliling kampung.....






Slim Gold Detox

11/12/2013 (Rabu)

Sejak sebulan dua ini, tapak kakiku rasa sakit apabila aku bangun pagi.  Takut juga jika aku menghidapi sakit gaut.  Makanan laut memang jadi kegemaranku terutama ketam, sotong, udang, lala dsbnya..Ataiupun mungkin banyak toksik di dalam badanku kerana kurang senaman.
Suatu hari, aku membuka facebook, dan terlihat adik iparku yang sentiasa dan rajin menjual pelbagai produk kesihatan yang dikenali dengan nama Junn Outlet.  Aku terus bertanyakan samada ia ada menjual lapik kaki yang boleh membuang toksik.  Ia memberitahuku, ia menjual lapik kaki tersebut dengan nama Slim Gold Detox.  Sebelum ini aku pernah juga memakai lapik kaki tersebut yang aku pun tidak ingat apakah produknya.  Setelah bertanya lebih kurang tentang harga, aku pun mengambil keputusan untuk membelinya.
Memandangkan aku memindahkan wang pada hari Ahad, adik iparku memaklumkan ia akan poskan barangan tersebut pada hari Isnin.   Ketika ini oula musim tengkujuh, aku juga memikirkan bolehkah ia menguruskan penghantaran barangan tersebut pada hari Isnin.  Mungkin rumahnya tidak dinaiki air seperti yang kulihat di media dan juga di televisyen.
Hari ini aku menaerima bungkusan pos laju dari seorang rakan sepejabat yang mengambilnya di  Bahagian Pentadbiran Am, Tingkat 14.  Aku terus membukanya dan melihat barangan yang aku terima itu.  Rupanya banyak kelebihan menggunakan produk tersebut. Terima kasih Jun, Kak Lang sudah terima barangan tersebut, dan bolehlah menggunakannya selepas ini.

Bungkusan Pos Laju

Slim Gold Detox




Isnin, 9 Disember 2013

Suamiku Si Tukang Kayu..

8/12/2013 (Ahad)

Pagi itu aku cuma buat jemput pisang dengan goreng keropok saja untuk sarapan pagi.  Memandangkan tengah hari nanti, ada majlis perkahwinan anak Ketua Editor Buku Bahasa, Hj. Arshad Rawian di Club Mewah, Kajang, aku tidak perlu untuk ke pasar.  Selepas habis bersarapan, aku mengemas rumah, menjemur kain dan melipat kain yang telah kering.  
Tepat jam 12.00 tengah hari, kami pun bertolak menuju ke bandar Kajang.  Mudah sahaja kami mencarinya, kerana kami tinggal di Balakong, dan aku juga sering ke bandar Kajang untuk mebeli belah dan kadang kala jalan-jalan cari makan di situ.
Sampai sahaja di sana, mataku terpandang deretan rumah yang seakan-akan mini istana.  Rumah yang besar dan tersergam indah.  Terdetik di dalam hatiku, siapakah pemilik rumah-rumah tersebut, Dato Menteri kah,  Ahli Perniagaan kah sehingga mampu untuk memiliki rumah yang sebesar itu.  Itulah yang dinamakan rezeki dan maut di tangan tuhan.  Tuhan telah menganugerahkan rezeki yang melimpah ruah kepada pemilik rumah tersebut.   Semua itu,  kita kena akur dengan takdir dan suratan dari Allah s.w.t...
Sampai di dalam dewan, keluarga pengantin memakai baju dengan warna tema kuning  pinang masak.  Berseri-seri wajah Tn. Hj. Arshad Rawian dengan pakaian baju melayu warna kuning pinang masak.  Melihat warna nasi minyak yang menarik, membuat perutnya lapar dan tak sabar untuk menikmatinya.  Hmmmm memang sedap sungguh nasi minyaknya  yang lembut dan masakan dagingnya yang enak juga lembut.  Malu pula hendak tambah lauknya, kerana aku ini memang pemalu orangnya...hehehehhe...
Sebelum balik sempat juga anakku mengambil gambar pelamin warna putih yang sangat indah untuk tatapan kawan-kawan yang sedang mencari idea untuk membuat pelamin...



Pelamin Pengantin

Sebelum keluar dewan, sempat juga anak-anakku bergambar di lukisan dinding yang berbentuk tiga dimensi...Cuba lihat, seolah-olah ada lorong di belakang gambar tersebut..sungguh unik..


Irfan membuat posing ke belakang ..(Irfan buat posing ke belakang seolah-olah dia sedang menuju ke hadapan)

Semasa pulang sebelum keluar jalan besar, suami mengajakku ke satu kedai landskap, katanya untuk mencari idea di kedai tersebut.  Pelbagai barangan ada di kedai tersebut.  Sempat juga aku melihat air pancur yang kecil boleh diletakkan di balconi rumahku.  Suamiku telah membuat lantai papan di balconi rumahku dan ia membuat satu ruang untuk dibuat air pancur.


Sebelum

Lantai telah siap dibarnis



Pelbagai air pancur sedia ada di situ..cantik juga jika diletakkan di sudut balkoniku nanti...Aku mula  membayangkan suasana di balconiku yang tak berapa luas itu  jika ada air pancur itu nanti...Anggaran kosnya lebih kuranga RM350.00 hingga RM400.00







Dalam aku dok membayangkan suasana di balconiku dengan air pancur, rupanya suamiku bercadang untuk membuat air pancur sendiri..iaitu air mengalir dari dinding ...tak apelah..ikut sajalah seleranya dahulu..jika dah muak..bolehlah tukar macam ni pulak...Dia telahpun membeli 6 keping simen bercorak tempat air mengalir di atasnya...

Sempat juga aku mengambil gambar barang-barang di kedai tersebut.  Jika ada duit semua boleh jadi..tapi apa kan daya..Aku hanya  mampu menengok sajalah..

Kerusi dan meja marmar yang sesuai diletakkan di ruang luar rumah  untuk bersantai



Buaian kayu
Setelah selesai semuanya kami pun bergerak pulang.  Tapi sebelum sampai ke rumah, suamiku menunjukkan kepadaku yang ia sedang membuat tangga kayu.  Aku sempat mengambil gambar tangga tersebut, tapi malangnya tangga itu masih lagi belum siap sepenuhnya..

Pandangan dari depan


Pandangan dari belakang







Jika berkesempatan, aku akan memaparkan tangga tersebut jika siap sepenuhnya. Insyaallah..

Khamis, 5 Disember 2013

Random Giveaway RM50 Tunai oleh HASRULHASSAN.COM

5/11/2013 (Khamis)

Hari ini dok lawat blog kawan-kawan, tiba-tiba terjumpa satu blog yang mengatakan jika hendak  RM50.00 kena buat satu tugasan.  Saya belum pernah lagi sertai sebarang pertandingan macam ni, sebab ilmu IT pun tak tinggi...memandangkan caranya agak senang dan mudah difahami saya pun hendak cuba juga..Manalah tahu dapat duit RM50.00 tu...boleh gak tunjuk pada kawan-kawan, gunanya berkawan di blogger ni...Nak ttunggu duit  8share Malaysia lambat lagi,  kerana baru capai setengah untuk cash out.  Jika anda berminat untuk menyertainya, sila klik banner di bawah untuk info selanjutnya...Selamat mencuba..
http://www.hasrulhassan.com/2013/12/random-giveaway-rm50-tunai.html
Random Giveaway RM50 Tunai

Jumaat, 8 November 2013

Anugerah Perkhidmatan ke-25 Tahun

7/11/2013 (Khamis)
Majlis Anugerah Perkhidmatan dan Hari Invoasi akan diadakan pada 7/11/2013 di Dewan Bankuet, Aras 1, Podium DBP.  Malam itu Irfan tiba-tiba mengadu gigi taringnya goyang dan ia berasa amat sakit.  Aku memberitahu anakku, bolehkah ia bertahan sehingga ke petang, kerana aku ingin menghadiri majlis tersebut kerana aku salah seorang yang akan menerima Anugerah Perkhidmatan 25 Tahun.  Bermakna aku telah berkhidmat dengan Dewan Bahasa dan Pustaka selama 25 tahun sehingga tahun 2012.  Sebenarnya aku sudah berkhidmat 29 tahun, tetapi perkhidmatan sebagai staf sambilan selama 3 tahun lebih tidak diambil dikira perkhidmatannya.  Sebab itu, pada tahun lepas apabila ada kawan-kawanku yang menerima anugerah 25 tahun perkhidmatan, mereka semua itu adalah junior aku.  Tapi aku terpaksa redha keputusan itu kerana itu adalah peratauran dari JPA sendiri.  Itulah yang dinamakan rezeki, jodoh dan maut telah ditentukan oleh Allah s.w.t.

Aku dimaklumkan majlis itu ditunda kepada sebelah petang.  Aku berhasrat untuk membawa anakku Irfan ke klinik gigi pada sebelah pagi, dan bolehlah aku hadir majlis itu di sebelah petang.  Selepas aku bersarapan di kedai mamak di pekan Balakong, aku terus pergi ke Klinik Pergigian Suhaiza, betul-betul depan dengan NSK Balakong.  Sampai di sana, aku terus bertanyakan kepada jururawat di situ, bolehkah anakku membuat rawatan cabutan gigi  di situ.  Jururawat itu memaklumkan doktor gigi akan datang jam 10.00 pagi, dah pada waktu itu pula ada pelanggan telah membuat temujanji dengan doktor.  Ini bermakna anak aku terpaksa menunggu selepas pelanggan itu membuat rawatan dengan doktor gigi tersebut.  Lantas aku terus pergi ke Cheras Perdana, kerana aku pernah terlihat ada satu klinik gigi di situ iaitu Klinik Perggigian Azizah.  Dalam aku duduk tunggu dari jam 8.45 pagi hingga 9.10 pagi, petugas mahupun doktor gigi tidak menampakkan wajah.  Aku semakin risau dan rimas jika ini berlarutan sehingga jam 10.00 pagi.  Terus aku pergi ke Suakasih, di Bandar Tun Hussein Onn, Klinik Pergigian Anis yang betul-betul bersebelahan dengan Restoran Ummi.  Aku menunggu sehingga jam 9.30 pagi dengan mengharapkan sekurang-kurangnya ada petugasnya membuka pintu klinik tersebut.  Dalam jam 9.45 pagi aku lihat ada seorang wanita sedang membuka pintu klinik tersebut, dan hatiku berasa amat lega.
Kemudian aku lihat ada seorang lagi seorang wanita muda masuk ke dalam klinik tersebut, lantas aku pun memaklumkan kepadanya yang aku ingin masuk ke dalam untuk membuat rawatan.  Memandangkan anakku tidak pernah pergi ke klinik tersebut, aku diarahkan untuk mengisi satu kad untuk mengisi maklumat anakku  ke dalam kad tersebut.  Setelah itu, petugas itu mengarahkan aku duduk kearna doktor akan datang sebentar lagi.  Dalam diam tak diam, aku sudah menunggu sehingga 10.30 pagi, tetapi doktor gigi tersebut tidak juga muncul.  Aku  semakin tidak selesa dan bertanya kepada petugas itu buat kali kedua, sama ada doktor itu datang ataupun tidak.  Petugas itu memberiritahuku bahawa doktor sudah maklum dan akan datang tidak lama lagi.   Aku menunggu dengan penuh sabar dan sekali lagi aku rasa kesabaranku tercabar dan aku terus bangun dan mengatakan kepada petugas itu, aku ingin membatalkan temujanji dengan doktor kerana terlalu lambat dan membuang masa aku menunggu begitu lama, sedangkan tiada pelanggan pun selepas aku ketika itu.  Aku mula berfikir apakah doktor tersebut tidak merasakan kelewatan yang sebegitu rupa akan menjejaskan nama baik kliniknya,  dan aku mula memikirkan mungkin kehidupan doktor itu sudah terlalu mewah dan hanya mengisi masa lapang untuk membuat klinik terusebut sebagai hobinya.
Ketika aku turun tanggan dan keluar dari bangunan tersebut, aku lihat seorang wanita sedanng menuju ke klinik tersebut, lantas aku bertanya sama ada ia doktor kepada klinik tersebut. Ia terus mengiayakan, dan aku berpatah balik masuk ke klinik tersebut dan memaklumkan aku sudah lama menunggunya.  Ia memaklumkan kepadaku ia asyik mengemas rumah dan petugasnya tidak memaklumkan kepadanya ada pelanggan sedang menunggu.  Rasa marah ada tapi aku tertap bersabar dan mengharapkan agar anakku dapat dibuat rawatan giginya.  Al;hamdulillah jam 11.00 pagi, akhirnya gigi anakku berjaya dicabut.  Aku memohon time slip untukku dan sijil cuti sakit untuk anakku.

Aku memandu dengan agak laju untuk sampai ke pejabat dan tepat jam 11.30 pagi aku sampai ke pejabat.  Aku membuat sedikit sebanyak kerja  yang sedia ada di atas meja.  Aku mahu cepat-cepat kerjaku beres kerana aku misti berada di majlis tersebut jam 2.00 petang.  Hari itu aku sembahyang zohor agak awal kerana aku ingin bersiap-siap..maklumkan perempuan kan...mistilah hendak berbedak mahupun bergincu.

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Pendidikan II iaitu Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh,  Alhamdulillah sempena anugerah itu, aku diberi sekeping sijil dan Sijil Primium sebanyak RM500.00.   Terima kasih Ya Allah, kerana engkau telah mengurniakanku kesihatan yang baik sehingga kini, semoga aku dapat mencapai perkhdmatan yang ke-30 bagi tempoh 5 tahun lagi dan ganjarannya sehingga kini Sijil Primium sebanyak RM750.00  Bagi penerima Anugerah Perkhidmatan yang mencapai 37 tahun akan diberi Pakej Umrah bernilai RM5,000.00, tapi aku tidak akan dapat mencapai kepada 35 tahun apatah lagi 37 tahun....Apapun aku reda, itu adalah ketentuan Allah s.w.t....Amiin...



Sijil Anugearh Perkhidmatan ke-25 Tahun


Rabu, 6 November 2013

8SHARE MALAYSIA

Baru-baru ini entah macam mana aku terbaca satu iklan dan jari ini pun terklik url itu...mengenai bagaimana hendak cari duit tambahan dengan mempromosikan iklan mereka melalui  facebook, twitter, blog ataupun networking kita sendiri.. Kadang-kala rasa dah serik daftar macam-macam tapi tidak juga mendatangkan hasil malah buang masa...tapi kali ini dikuatkan hati untuk mendaftarnya...Baru nak fahami apa yang disyaratkan kepada yang berminat..

Memandangkan modal tidak diperlukan, aku rasa teruja kembali untuk mencubanya. Stelah berdaftar dengan 8Share ini aku  telah diberi link untuk memperkenalkan web ini kepada rakan-rakan yang lain..  Jika ada sesiapa yang berhajat jom ikut saya dalam di sini .8Share Malaysia.

Dengan adanya video ini, mungkin lebih mudah anda memahaminya bagaimana anda boleh menambahkan pendapatan dengan lebih berkesan..



Saya juga tertarik untuk menjadi ahli 8Share  ini apabila saya melihat video ini.  Jika anda anda masa jom lihat kejayaan seorang pemuda yang boleh membeli cincin pertunangan dengan menggunakan wang yang diperoleh daripada 8Share ini.






Macam mana?  Rasa ingin meucubanya?? Jangan tunggu lagi..jom jadi ahli  di sini .
Jadi Ahli 8Share.

Pada awalnya, a
nda akan  diberi RM1.00 kerana telah berdaftar dengan 8Share dan setelah anda aktifkan akaun anda melalui emel yang diterima. Setiap kali pelanggan klik di iklan anda, anda akan dibayar sebanyak 20 sen. Anda boleh mengeluarkan wang dalam akaun anda sekiranya akaun anda telah mencapai RM50.00.  Wang tersebut akan dibayar terus ke dalam akaun anda.   Untuk melihat perkembangan penyata akaun anda klik sahaja di Dashboard.  Anda juga akan diberi point jika anda mengemaskini profile anda.

Sekiranya ada kawan-kawan anda yang ingin join 8Share ini di bawah link anda, mereka akan diberi RM1.00 sebagai bonus dan anda akan diberi RM1.00 jika  pendapatan mereka bertambah kepada RM2.00. Secara tidak langsung, kita juga akan mendapat ganjarannya jiika pendapatan mereka bertambah. Menarik bukan?




Jika anda bermurah hati untuk saya dapat wang saku itu, mohon klik iklan di bawah ini.  Saya juga akan buat yang sama jika anda ada link iklan seumpama ini.










hhttp://www.linkedin.com/redirect?url=http%3A%2F%2Fcurium-cr%2Ecom%2Fmy-4921562&urlhash=mSQA






Wang anda akan terus masuk ke dalam akaun bank anda..


Pengguna Yang Telah Berjaya dalam 8Share


Kenapa mesti buang masa lagi?  Jom ikut saya sekarang..Daftar Sini



Isnin, 4 November 2013

Doa Akhir Tahun Islam dan Awal Tahun Islam

Hari ini terasa  sunyi sahaja.  Cuaca di luar juga tidak panas dan  sejuk.  Maklumlah hari ini  ramai yang sambung cuti kerana esok cuti Hari Muharram.  Ini bermakna hari ini merupakan hari akhir tahun bulan Islam bagi 1434H dan akan melangkau kepada tahun 1435H.  Dalam pada itu, ramai rakan-rakan saling ingat mengingatkan supaya maembaca doa akhir tahun.

Doa Akhir Tahun ini dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.  Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat perlindungan daripada Allah S.W.T. dari fitnah dan tipu daya Syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.

Doa Akhir Tahun

Maksudnya:

Allah S.W.T berselawat ke atas penghulu kami Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan Wahai Yang Maha Mulia agar engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan menguraniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib.
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.
Doa Awal Tahun
Maksudnya:
Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad S.A.W ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkau yang kekal abadi, yang qadim, yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.   Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dan syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diari yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Sabtu, 2 November 2013

Kerja Lebih Masa

Hari ini aku bercadang untuk membuat kerja lebih masa di pejabat bagi menguruskan fail tutup yang perlu disbuat senarai seteruskan membuat senarai pelupusan fail bagi fail-fail yang telah ditutup lebih dari 5 tahun ke atas.  Malam tadi aku telahpun membasuh kain dan cuma untuk menyidainya sahaja.   Pagi itu aku sempat membuat nasi lemak untuk anak-anakku dan boleh juga dibawa ke pejabat untuk makan tengah hari.  Kadang kala bila dah buat kerja malas nak keluar makan.  

Aku menyuruh anak-anakku bangun awal.  Tapi biasalah bila hari cuti, liat sungguh nak bangun.  Dari pukul 8.00 pagi hingga 8.30 pagi tak tentu bangun lagi...angin satu badan aku dibuatnya.  Sementara menungguh anak-anakku bangun, aku buat apa yang patut untuk membuat nasi lemak.  Tepat jam 9.15 pagi, siap masakan nasi lemakku.  Aku memasukkan kesemuanya ke dalam bekas tupperware agar mudah untuk dibawa ke pejabat.  

Set nasi lemak

Sambal Tumis Ikan Bilis


Sambal Sadin 

Telur rebus dan timun
Nasi Lemak


Anak-anakku juga telah mandi dan aku menyuruh mereka membasuh kasut sekolah sekali kerana sekarang ini hujan turun tidak menentu.  Sementara anak-anakku bersarapan, aku menyidai kain yang telah dibasuh malam tadi.  Semasa mereka bersarapan, mata mereka asyik-asyik menjeling ke arah  TV yang menyiarkan cerita Ghost Buster. Sekali lagi naik angin satu badan aku dibuatnya, kerana mereka tidak fokus untuk bersarapan. Selepas bersarapan pula mereka tidak mengemas meja dan menutup makanan. Apa lagi pagi-pagi lagi mulutku asyik membebel sahaja kepada mereka.  Sakit dada kerana asyik batuk dari minggu lepas pun belum baik lagi, terasa sakit kembali....
Aku cuba memberi motivasi kepada anak-anakku bagaimana untuk menjadi anak yang soleh.  Tapi biasalah kan....lagi banyak kita bercakap, lagi sakit dada dibuatnya, kerana  mata dan telinga mereka sekarang  lebih  fokus ke arah TV tentang cerita Ghost Buster itu...jam sudah menunjukkan pukul 11.00 pagi, tapi anak-anakku masih lagi tidak bergerak dari TV.  Terus aku ambil penyangkut baju, baru cepat-cepat mereka bangun.  Aduhh...anak..anak...
Selepas membuat kerja, lebih kurang jam 2.00 petang kami pun makan tengah hari..Bila suruh makan lagi sekali macam kena paksa saje...Sempat juga offer kawan-kawan yang ada di pejabat untuk merasai nasi lemakku, bila habis mudah untuk aku membasuh tupperware itu nanti...Alhamdulillah habis semua bekalanku itu...Amin..

Anak-anakku makan macam kena paksa je

Add caption

Makan Tengahaari