Badan Kebajikan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia merancang untuk membuat lawatan ke DBP Wilayah Timur di Kota Bharu pada 25 April 2014. Memandangkan aku baru sahaja balik bercuti di Terengganu pada bulan Januari 2014, rasa malas nak menyertainya. Ada pula sseorang kawanku yang bernama Eatikah asyik mengajak aku pergi saban hari, akhirnya aku tergoda juga untuk menyertainya lebih-lebih lagi kenderaan korporat DBP yang akan membawa kami ke sana. Di samping itu bolehlah mengeratkan tali silaturrahim antara kami, kerana aku pun baru sahaja bertukar ke bahagian ini.
Pada tarikh itu, Ketua Bahagian kami telah memberi kebenaran untuk balik awal, Sampai sahaja di rumah, aku mula memilih pakaianku dan anak-anak untuk aku bawa ke sana. Selepas itu, aku mengambil anakku Irfan di sekolah agama. Sebelum sampai di rumah, aku menyuruh Irfan makan nasi di Restoran Impian Maju, di sebelah sekolah agamanya. Aku terus pulang ke rumah untuk menyiapkan tugas lain yang belum selesai, sementara menunggu anakku yang sulung yang bersekolah petang. Sempat juga aku mengosok baju sekolah anak-anakku untuk dipakai pada hari Isnin nati. Mana tahu sekiranya balik lewat dan aku keletihan taku tak sempat pula untuk menggosok baju sekolah anakku nanti.
Tepat jam 8.30 malam, kami pun bertolak menuju ke Dewan Bahasa dan Pustaka, kerana semua kawan-kawanku akam berkumpul di sana. Di pertengahan jalan, suamiku menyinggah di suatu kedai makan untuk makan malam. Memandangkan aku dan anakku Irfan masih lagi kenyang, hanya suamiku dan anakku Idzham yang makan malam.
Jam hampir menunjukkan jam 9.30 malam. Aku menyuruh suamiku agar cepat sedikit kerana tidak suka orang menunggu kami pula. Sampai sahaja di sana, semuanya sudah ada, dan betul jangkaanku, mereka hanya menunggu aku sahaja. Cepat-cepat aku menyuruh anak-anakku naik ke atas bas, dan aku serta suamiku mengangkat beg pakain ke dalam tempat letak barangan di bawah bas.
Tepat jam 9.45 malam, bas mula bergerak dan suamiku diamanahkan untuk membaca doa memohon kepada Allah Yang Esa agar dipermudahkan segala urusan dan selamat dari sebarang kecelakaan. Amin....
Bas yang kami naiki melalui bandar Benta. Jalannya pula agak sempit dan sedang dibuat untuk naiktaraf. Sudah lama aku tidak menaiki bas, terasa seolah-olah bas tersebut bergoyang-goyang ketika dipandu dan mudah terbalik. Sepanjang perjalanan di malam itu, aku tidak lena tidur dan dalam hatiku sentiasa berdoa kepada Allah agar perjalanan kami selamat. Kebetulan pula pada minggu itu berita kemalangan bas keluar di akhbar menjadi-jadi pula. Tiba-tiba terdengar bunyi yang agak kuat, rupanya bas yang kami naiki terbabas sedikit kerana mengelak daripada lori yang berselisih dengan bas. Aduhhh...lagi sekali aku tak boleh tidur sehinggalah bas kami berhenti di sebuah masjid Gua Musang untuki bersembahyang subuh.
Selesai sembahyang subuh, kami meneruskan perjalanan. Jam sudah menunjukkan pukul 7.00 pagi. Mata kami melilau mencari gerai yang menarik untuk sarapan pagi. Sampai di satu gerai, aku dan suami mula mencari nasi kerabu untuk sarapan pagi. Anakku pula yang sememangnya tidak suka makan nasi cuma mengambil kuih sahaja. Kami teruskan perjalanan sehingga sampai di Masjid Beijing berdekatan dengan Rantau Panjang untuk membersihkan diri sebelum ke Rantau Panjang. Aku mengambil keputusan untuk mandi kerana rasa yang amat letih lebih-lebih lagi kerana tidak cukup tidur.
Sememangnya aku tidak berniat untuk membeli-belah kerana aku tidak mahu menyempitkan lagi rumahku dengan barang yang tidak dipakai. Narita di rumahku pun sudah ada 3 helai tidak berpakai. Semasa di Rantau Panjang aku cuma membeli periuk 5 tingkat yang boleh aku gunakan nanti. Harganya cuma RM50.00 selepas dibuat tawar menawar.
|
Bergambar sebelum meronda di Rantau Panjang |
Sementara menunggu kawan-kawanku shopping sakan, aku dan keluarga masuk ke sebuah gerai kerana cuaca ketika itu amat panas. Setelah semuanya selesai, kami pun berangkat menuju ke Pasar Siti Khatijah pula. Sampai sahaja di Pasar Siti Khatijah, suamiku terus mengajakku makan nasi di Tingkat 1. Rupanya dia memang berhasrat untuk makan udang besar dan sotong besar yang dijual di situ. Harga makanan kami RM78.00. Selepas itu aku membeli telekong kerana telekong yang aku bawa kotor terkena buah pisang yang telah benyek. Kemudian aku membeli serunding daging dan keropok untuk keluargaku.
Setelah semuanya selesai, kami sempat singgah di kilang roti mantan DBP En. Amin Abdullah. Terpegun juga kami melihat proses bagaimana roti dibuat. Sebelum capai kejayaannya sehingga kini sebagai usahawan pembuat roti, En. Amin bercerita tentang kesusahannya sehingga beliau terpaksa membuat dua kerja dalam satu masa untuk menyara hidupnya.
|
Tekun mendengar penerangan |
|
Bergambar depan kilang roti sebelum pulang (masing-masing srat dengan roti bila melihat bagaimana roti dibuat) |
Ke Rantau Panjang dah pergi, ke Pasar Siti Khatijah pun dah sudah, ke kilang Roti dah sudah juga, hanya ke tempat penginapan sahaja yang belum. Badan sudah melekit-lekit, kepala juga dah semakin sakit. Nasib baik Zulaini Yahya yang turut serta dalam rombongan kami membawa ubat tahan sakit. Syukur kepadamu Allah kerana dipermudahkan segala urusan.
Tepat jam 6.00 petang, kami sampai di tempat penginapan. Nama tempatnya pun unik. Apabila masuk sahaja ke tempat penginapan, gembiranya hatiku bukan kepalang. Rumahnya yang agak besar dan nyaman, sudah tentu aku dapat merehatkan tubuhku yang semakin lesu. Aku ditempatkan di satu bilik bersama dengan kawanku Kalthom Yaacob dan Kak Rahmah Abang. Sementara di bilik belakang pula Sarina dengan Siti Hawa. dan di bilik hujung untuk anak dara Laila dengan Nurul.
|
Nama tempat penginapan kami |
|
Ruang tengah |
Setelah puas berehat, kami ingin mencari makan malam sambil pergi ke Wakaf Che Yeh yang terkenal juga tempat membeli belah di Negeri Kelantan. Malangnya gerai yang kami makan tidaklah sesedap mana pun. Selepas selesai makan, kami pun mula meronda di sekitar Wakaf Che Yeh. Sebelum kami pergi ke Wakaf Che Yeh sempat juga kami bergambar bersama kerana untuk berkumpul dalam satu kumpulan di waktu sebegini tidak akan ada lagi, maka inilah peluang kami untuk berposing sakan.
|
Posing jangan tak posing.. |
|
Posing depan rumah di bilik penginapan kami |
Memandangkan aku telah membeli selipar anakku Idzham di Rantau Panjang, Irfan mula meminta untuk membeli seliparnya pula. Kebetulan selipar kedua-dua anakku pun sudah uzur. Anakku lebih suka memakai selipar dari kasut. Kadang kala kasut yang dibeli hanya dipakai beberapa kali sahaja dalam setahun. Bila tidak muat, terpaksalah aku memberi kepada sesiapa sahaja yang boleh memakainya, kerana masih lagi baik dan baharu.
|
Sempat bergambar sebelum pergi ke DBP Wilayah Timur |
|
Ini aku punya!...kata Siti Hawa sambil berposing |
|
Bersama Pengarah DBP Timur En. Azmi bin Ibrahim yang memakai baju biru muda di tengah-tengah gambar |
|
Bergambar di tingkat atas DBP Wilayah Timur |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan