Hotel Perdana di Kota Bharu, Kelantan tempat kami menginap selama dua hari itu merupakan hotel yang cantik juga. Ia dilengkapi dengan kemudahan alat pengering rambut, seterika dan tidak perlu lagi untuk menelefon staf hotel tersebut untuk keperluan kami. Pada malam pertama, kami makan di gerai yang bersebelahan dengan hotel tempat kami menginap. Terdapat banyak gerai makanan dari negara Thailand juga dijual bersebelahan dengan stadium.
Jam 7.00 pagi kami telah bersiap untuk pergi ke dewan makan di hotel tersebut. Selepas itu kami menaiki bas korporat DBP untuk pergi ke DBP Wilayah Timur kerana Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di adakan jam 9.00pagi yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Encik Kamarul Zaman Shahruddin. Selain itu Pengarah Khidmat Pengurusan Encik Azman Tahir dan juga Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Tn. Hj. Abd. Halim bin Hj. Harun juga turut hadir dalam mesyuarat tersebut. Sebelum mesyuarat dimulakan, Encik Azmi bin Ibrahim selaku Pengarah DBP Wilayah Timur memberi taklimat awal kepada semua peserta dari DBP Ibu Pejabat Kuala Lumpur tentang fungsi jabatannya. Selepas habis sahaja taklimat tersebut aku dan Iffa Atiqah pergi ke aras 2 untuk membuat tugas Audit Personel. Aku ditugaskan untuk memantau dan mengenal pasti fail tutup yang melebihi lima tahun untuk dibuat pelupusan fail. Sebanyak 98 fail telah dapat disusun mengikut nombor fail. Senarai fail tersebut perlu disenaraikan dalam borang Arkib 5/08. Walau bagaimanapun aku memaklumkan kepada pegawai di situ supaya menyemak semula dan membuat imbasan sekiranya dalam fail tersebut ada dokumen yang mempunyai nilai sejarah, kebahasaan dan sastera untuk disimpan oleh pihak DBP wilayah Timur mahupun DBP Ibu Pejabat sebelum dilupuskan. Kawanku Iffa Atiqah pula ditugaskan untuk menukar kad perakam waktu staf dengan imej yang terkini yang mempunyai nombor kad pengenalan dan nombor staf seperti yang disarankan oleh pihak Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia di Kuala Lumpur pada tahun lepas.
Jam 1.00 petang Mesyuarat MBJ dan tugasku telah dapat diselesaikan dengan jayanya. Sebelum pulang ke hotel kami telah diberi makan nasi kerabu oleh pihak DBP Wilayah Timur. Ramai yang tidak sabar untuk pergi ke Rantau Panjang untuk membeli belah. Tetapi kami pulang dahulu ke hotel untuk menunaikan solat dan menukar baju yang lebih selesa sebelum ke Rantau Panjang. Aku cuma membeli tempat untuk menyimpan ikan di bonet kereta atau menyimpan makanan kering kerana sebelum ini aku baru sahaja balik dari Rantau Panjang semasa rombongan Badan Kebajikan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Aku juga sempat membeli buah mangga dan buah laici untuk dibawa pulang Jam 5.00 petang bas bertolak balik ke menuju ke tempat penginapan kami.
Sempat juga kami menyinggah di kilang roti Encik Amin Abdullah tetapi malangnya beliau tidak ada di situ. Selepas kami membeli sedikit sebanyak roti yang disukai, kami pun meneruskan perjalanan pulang ke hotel. Semasa dalam perjalanan pulang, Encik Amin menghubungi suamiku kerana untuk berjumpa dengan kami semua. Akhirnya kami berjumpa di hotel sahaja. Ia mengajak kami minum-minum di gerai yang berdekatan dengan hotel kami. Selepas ini kami tidak perlu lagi keluar untuk mencari makan malan kerana telah makan bersama Encik Amin. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberi kami menikmati makanan untuk meneruskan kehidupan yang seterusnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan