Ahad, 11 Disember 2016

Pertandingan Video Sempena Kempen Integriti DBP

Ketika surat pemakluman pertandingan swafoto dan video dari Unit Integriti, aku tidak mengambil endah.  Tetapi bila dah ramai menyertai swafoto dan suami pun menggalakkan, aku pun mencuba utk mengambil gambar secara selfie atau swafoto (istilah yg digunakan dalam Kamus Dewan Bahasa). Aku gunakan teknik menampal dsbnya utk menambahbaik gambar tersebut.  Malangnya itu merupakan perkara yg dilarang. Hmmm sia-sia sahaja apa yang aku hasilkan kerana foto tersebut tidak boleh dipertandingkan. Aku terpaksa akur apa yang ditetapkan dalam syarat pertandingan.

Suatu petang, seorang pegawai dari Unit Integriti mencadangkan supaya aku menyertai video pula kerana tidak ramai yang menyertainya sedangkan tarikh tutp pada keesokan harinya. Pada mulanya aku malas untuk terlibat tetapi setelah diberi peransang dan semangat aku terus memikirkan jalan cerita dan dialog yang sesuai.  Kebetulan ada dua orang rakanku yang bersetuju untuk turut serta dalam pembikinan videoku nanti.  Akhirnya terhadillah videoku itu walaupun dibuat dalam masa setengah jam. Aduhai sempat juga aku menyiapkannya dalam masa yang sebegitu singkat.
Kepada kawan-kawan yang membaca blogku ini mohon like videoku di laman Unit Integriti DBP sebelum pada 14/12/2016 di sini .

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1845625608983976&id=1684774208402451

Jumaat, 28 Oktober 2016

Merdeka Beach Resort

Malam itu kami bermalam di bandar Butterworth.  Memandangkan sudah hampir jam 9.00 malam, akhirnya kami menginap di sebuah hotel ________ dengan bayaran sewa RM180.00 semalam.   Bilik tersebut agak luas juga dan mempunyai 2 katil single dan katil queen size di satu bilik lagi.  Alhamdulillah lega rasanya, bolehlah kami melunjur kaki kerana kepenatan.  Selepas kami semua mandi kami keluar mencari makan malam kerana petang tadi cuma makan char kuew tiau sahaja.  Bila sahaja selesai makan, kami pun pulang kerana badan terasa amat letih.

Pagi esok kami menuju ke Pantai Merdeka.  Meurut suamiku tempat itu boleh dijadikan tempat riadah untuk Badan Kebajikan Bahagian Pengurusan Manusia cuma jaraknya agak jauh. Pantainya yang luas dan sesuai diadakan sukan rakyat.  

Irfan bergaya dengan cermin mata yang baru dibeli

Tempat menunggu di Kaunter Pendaftaran
Rumah kerabat diraja Negeri Kedah untuk beristirehat
Teman pun nak juga bergaye...


Pantai Merdeka




suamiku pergi ke bandar Ceruk Tok Kun kerana kawannya mengadakan majlis pernikahan anaknya.  Aku tidak keluar pun dari kereta kerana tidak membawa baju kurung walaupun suamiku menyuruh ikutnya sekali, segan pula rasanya kerana kebanyakan yang hadir semua berbaju kurung.

Jam menunjukkan pukul 3.00 petang. Perutku berbunyi menandakan perlu diisi kerana pagi tadi aku hanya memakan roti canai sahaja.  Suamiku dan anak-anakku masuk kereta setelah makan nasi kenduri.  Aku meminta suamiku singgah ke gerai yang menjual Mee rebus Ketam kerana perutku terasa lapar.  Rasanya tidaklah sehebat yang aku bayangkan cukuplah sekadar untuk mengisi perutku ini.
Jam menunjukkan pukul 5.00 petang.  Perasaanku risau jika kami meneruskan perjalanan boleh menyebabkan suamiku mengantuk.  Lantas aku mencadangkan untuk bermalam di mana hotel atau chalet yang sesuai.   Suamiku telah menghubungi Chalet Santuary resort Kuala Gula berdekatan dengan Taiping.  Kami munggunakan waze untuk dijadikan panduan dan tidak tersesat. Alhamdulillah akhirnya sampai jua kami di sana jam 6.30 petang.

Chalet tersebut sesuai untuk penginap yang suka memancing ikan.  Kebetulan pula suamiku membawa 3 batang joran yang sememangnya di bawa ke mana sahaja,  sebagai persediaan sekiranya menginap di tempat yang ada tempat memancing.

Memancing dari dalam rumah


Khamis, 6 Oktober 2016

Bercuti di Utara

Tarikh 16 September 2016 merupakan Hari Malaysia.   Bermakna mengikut kalender cuti di Wilayah Persekutuan, penjawat awam dapatlah cuti 3 hari termasuk hari Jumaat.  Aku  tidak bercadang untuk pergi ke mana-mana.  Bila suami mencetuskan idea untuk pergi bercuti sambil melawat ibuku di Perak, terus terbuka hatiku untuk bercuti.

Aku bertolak pada hari Khamis petang selepas waktu pejabat.  Kebetulan pula adikku yang bekerja di Telekom bersama keluarganya  turut berada di Perak untuk melawat ibuku, dia dan akan terus ke Pulau Pinang keesokan harinya untuk melawat anaknya pula di USM. Setelah bersalam-salaman dengan ibuku untuk memohon maaf, kami sekeluarga dan keluarga adikku meneruskan perjalanan ke utara.  Kami mengikut jalan pantai.  Sempat juga kami menyinggah di Lumut untuk membeli ikan bilis, belacan, sotong kering dsbnya.  Kemudian kami meneruskan perjalanan.  Memandangkan hari itu hari Jumaat, suamiku mencari masjid yang sesuai untuk berhenti solat jumaat.

Perut kami semua sudah berbunyi menandakan perut kami memerlukan makanan untuk diisi. Selepas solat, suamiku memaklumkan Mee Udang Kuala Sepetang berhampiran dengan masjid tempat kami berhenti solat.  Apabila melihat Mee Udang berharga RM13.00 semangkuk, kami berkira-kira juga memandangkan harganya yang agak mahal.  Sampai sahaja Mee Udang di hadapanku, terliur juga aku melihatnya kerana udangnya yang agak besar.  Patutlah mahal harganya, begitulah yang bermain di fikiranku. Syukur alhamdulillah, adikku belanja makan untuk kami pada hari itu.  Aku memanjatkan doa agar adikku dimurahkan rezeki dan sihat selalu diberi Allah S.W.T.

Mee Udang Kuala Sepetang Mak Jah

Adik iparku Harison



Adikku dengan anak bongsunya


Anak-Anakku Muhammad Idzham dan Muhammad Irfan

Selepas makan, kami meneruskan perjalanan.  Suamiku memaklumkan kepada adikku, kami akan meneruskan perjalanan ke Butteworth sebelum adikku mengambil laluan keluar ke USM.  Sampai di Butterworth, suamiku berhenti di Stesen Minyak yang berdekatan sebelum masuk ke Sungai Dua. Tiba-tiba aku terlihat, suhu keretaku panas. Selepas mengisi minyak suamiku terus berhenti di tempat letak kereta.

Aku menelefon adikku yang pernah bekerja di Butterworh suati ketika dahulu, mungkin dia ada kenalan yang boleh membantuku, sementara suamiku pula menelefon kawannya yang bekerja di DBP Butterworh.  Badanku rasa panas dan berpeluh, memandangkan cuaca ketika itu amat panas.  Sementara menunggu aku pun pergi solat di bilik solat yang disediakan di belakang stesen minyak.  Dalam solat aku berdoa kepada Allah semuga dipermudahkan segala urusan.  Selepas solat suamiku ternampak rakan kami Abdul Wahab Hamzah yang sama bekerja di DBP, sedang berjalan pergi menuju ke keretanya.  Lantas aku menyuruh suamiku memanggilnya.   Terkejut dia melihat kami berada di situ dan memaklumkan ada lagi kawan-kawan kami iaitu Aris Othman dan Rasdi Daud yang mengikutnya kerana terlibat dengan aktiviti DBP yang akan diadakan di sebelah Utara.





Sampai sahaja Aris melihat masalah yang kami alami, dia terus bertanya kepada staf di stesen minyak, mungkin mereka juga mempunyai kenalan yang boleh membantu.  Alhamdulillah pucuk dicita ulam mendatang,  mereka memaklumkan ada mekanik kereta yang akan datang membaiki kerosakan kereta kami.  Memandangkan punca kerosakan hanya perlu menggantikan alat ganti yang kecil dan mudah maka kami dapatlah meneruskan perjalanan.  Terima kasih Ya Allah, kerana Engkau memberi jalan dan memudahkan segala urusan kami. 




Rabu, 10 Ogos 2016

Majlis Hari Raya Aidil Fitri BAKEB17

Akhirnya Hari Raya Aidil Fitri BAKEB17 berjaya juga diadakan pada 29 Julai 2016.  Kad jemputan tahun ini telah dihantar  untuk menjemput tetamu kami termasuk mantan yang pernah bertugas di Bahagian Pengurusan Manusia dan Unit Integriti. Bagi menjimatkan kos kami menjemput melalui e-mel sahaja kepada para tetamu.

Kad jemputan


 Pelbagai juadah disediakan untuk para tetamu yang akan hadir nanti.   Seperti biasa pagi itu Puan Kalthom Yaacob memasak nasi beriyani sebanyak 5 kg Tidak lupa juga Kak Som membuat rojak sotong yang memang menjadi kesukaanku.

Chef BPSM Puan Kalthom Yaacob

Memandangkan tahun ini ramai yang tidak dapat memasak lauk pauk kerana masalah yang tidak dapat dielakkan maka kami tempah sahaja di kantin sahaja seperti ayam masak merah, daging masak kari, pulut kuning, laksa penang, rendah daging dan air minuman panas. Air Bandong Soda pula ditaja dan dibuat sendiri oleh  Izyan  Fatin Nur dan Iffah Atikah.

Lemang pula kami beli di luar.  Nasi impit sebanyak 4 kampit diagih-agih kepada ahli yang boleh merebus di rumah termasuklah aku untuk merebus nasi impit di rumah.  Ahli-ahli yang ingin memberi sumbangan dan pencuci mulut juga digalakkan untuk membawanya  pada hari tersebut.

Apabila aku sampai sahaja di pejabat, rakan-rakanku yang masuk pukul 7.30 pagi dan 8.00 pagi telahpun beroperasi dengan membuat pelbagai tugas di dapur.  Setelah semuanya siap,  semua judah dibawa ke ruang tamu kerana jam 10.00 pagi, akan diadakan bacaan doa dan bergambar bersama ahli BAKEB sebelum tetamu datang.
Mee Hoon goreng disumbangkan oleh pelatih industri BPSM Farisha Fasya

Kuah Spaggeti yanag disumbangkan oleh Pn. Faizah Hashim



Nasi Impit untuk dimakan bersama kuah kacang dan rendang daging








Buah-buahan yang akan dijamu kepada tetamu 

















Setelah dihias semua  juadah di ruang tamu, terliur aku dibuatnya melihatkan pelbagai manisan yang dibawa oleh rakan-rakanku.  Terasa ingin aku merasa semua juadah yang ada, tetapi biasalah...bila makanan banyak aku tidak tahu nak jamah mana satu..akhirnya aku mengambil mana yang aku suka sahaja...




Bacaan doa
lambaian Farisya Fisha yang comel lote pelatih industri BPSM
Bacaan doa dipimpin oleh Mohd Syafiq bin Ismail

Puan Maizatul Adni dan Puan Sarinah yang rajin


Anngor Hijau dengan Kurma salut coklat

Antara manisan dan juadah yang sempat kurakam di sini:


Kek sumbangan dari ahli BAKEP17





Kek Brownies


Tetamu yang hadir yang sempat ku rakamkan di sini...













Photobooth kami menjadi rebutan tetamu untuk memotretkan gambar masing-masing memadangkan photobooth kami amat cantik bagaikan pelamin pulak setelah dihias dengan lampu dan bunga-bungaan.  Kami juga masing-masing dengan gaya tersendiri merakamkan gaya masing-masing di photobooth yang indah ...
TKP (Operasi) En. Kamarul Zaman pun turut serta bergambar bersama-sama

Iffa yang berbadan dua pun masih bergaya

Encik Azman Tahir bersama staf Unit Integriti dan BPSM


Suruh bergaya perkara biasa ...
Encik Azman yang sporting bersama bergambar di Photobooth
Pantang Lepa Bergaya sakan
Ketua Pengarah Hj Abdul Adzis pun sudi bergambar 
Bersama KB PSM Pn. Rossilawaty Sheriff

Kita pun nak juga bergambar...















Khamis, 28 Julai 2016

Persiapan Majlis Hari Raya Aidil Fitri Tahun 2016

28/7/2016 (Khamis)

Tahun ini Badan Kebajikan Staf Aras 17 yang dikenali dengan BAKEB17 akan mengadakan Majlis Hari Raya Aidil Fitri 2016.  Memandangkan aku salah seorang AJK, maka kami bermesyuarat beberapa kali untuk menjadikan Majlis Hari Raya Aidil Fitri 2016 dapat diadakan.  Setelah bermesyuarat dan bermuafakat akhirnya tarikh yang dipilih pada 29 Julai 2016 (Jumaat).  Waktu untuk jemputan dibuka jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang. Antara menu yang telah dipersetujui seperti Nasi Beriyani, Rendang Daging, Ayam Masak Merah, Laksa Penang, Mee Sup, Rojak Sotong, Nasi Impit, Kuah Kacang, Lemang  yang menggunakan peruntukan tabung BAKEB17.  Manakala menu yang lain seperti Kek Marble Moist, Kek Brownies, Martabak Raja, Spaggeti, Sandwich, Yong Tau Foo pula disumbangkan oleh ahli yang bermurah hati.

Beberapa ahli yang lain ditugaskan untuk persiapan seperti menyediakan bahan mentah untuk memasak nasi beriyani, sup tulang, jelatah, rojak sotong dan keperluan pinggan mangkuk.  Sememangnya setiap tahun BAKEB17, nasi beriyani selalu dimasak sendiri dan ia merupakan menu utama.   Bagi lauk lain seperti rendang daging, ayam masak merah, kari daging, kuah kacang, laksa kami menempah di kantin sahaja kerana masing-masing mempunyai masalah tersendiri.  

Tahun ini aku tidak membuat sebarang menu kerana kelas  anakku juga mempunyai majlis hari raya dan aku akan memasakkan makaroni goreng untuknya pagi itu pada tarikh yang sama.  Cukuplah sekadar aku dan suami menaja lemang 5 batang pada hari tersebut.

Sepanjang minggu di bahagian yang lain yang membuat Majlis Hari Raya, kulihat mereka membuat photobooth.  Sehubungan itu, Ketua Bahagian kami juga meminta diadakan photobooth juga dalam majlis kami nanti.  Nasib baik rakanku Puan Rosilawati Yusof memang minat perkara yang sedemikian, ditambah pula rakan kami Encik Alias Hazelah mempunyai perniagaan pakaian pengantin maka dapatlah kami menyediakannya dengan lebih cantik seolah-olah seperti pelamin pula jadinya.





Alias Hazelah - tokey biz pengantin


Teman pun nak juga bergaya..nanti orang ada segan pulak...
Sementara ahli yang lain membeli bahan mentah yang diketuai oleh Puan Kalthom Yaacob, Puan Syila and the gang menyiapkan pula ruang tamu untuk tempat menu yang akan disajikan nanti.  Setelah mereka membuat perhiasan dan sebagainya, sekali lagi ruang tamu kami bagaikan di ruang hotel.   Kreatif betul kawan-kawan ku ini.






Apabila melihat ruang tamu yang cantik, kami semua yang sememangnya pantang disuruh bergaya semuanya hendak bergambar...bila lagi, orang pun tak ada...bergaya sakanlah kami...hihihihi.




Encik Azhar Dora pun sporting 

Aku dan suami pun tidak ketinggalan...

Alias yang segak bergaya
Syila pun teringin nak ambil gambar bersama Alias..Mentang-mentanglah Alias masih solo tiada siapa nak marah...
Puan Faizah pun bukan main lagi...

Sementara menunggu ketibaan Puan Kalthom, sempat jugalah aku bereskan apa jua tugas yang lebih mendesak agar tidak menimbulkan persoalan kelak.