Khamis, 6 Oktober 2016

Bercuti di Utara

Tarikh 16 September 2016 merupakan Hari Malaysia.   Bermakna mengikut kalender cuti di Wilayah Persekutuan, penjawat awam dapatlah cuti 3 hari termasuk hari Jumaat.  Aku  tidak bercadang untuk pergi ke mana-mana.  Bila suami mencetuskan idea untuk pergi bercuti sambil melawat ibuku di Perak, terus terbuka hatiku untuk bercuti.

Aku bertolak pada hari Khamis petang selepas waktu pejabat.  Kebetulan pula adikku yang bekerja di Telekom bersama keluarganya  turut berada di Perak untuk melawat ibuku, dia dan akan terus ke Pulau Pinang keesokan harinya untuk melawat anaknya pula di USM. Setelah bersalam-salaman dengan ibuku untuk memohon maaf, kami sekeluarga dan keluarga adikku meneruskan perjalanan ke utara.  Kami mengikut jalan pantai.  Sempat juga kami menyinggah di Lumut untuk membeli ikan bilis, belacan, sotong kering dsbnya.  Kemudian kami meneruskan perjalanan.  Memandangkan hari itu hari Jumaat, suamiku mencari masjid yang sesuai untuk berhenti solat jumaat.

Perut kami semua sudah berbunyi menandakan perut kami memerlukan makanan untuk diisi. Selepas solat, suamiku memaklumkan Mee Udang Kuala Sepetang berhampiran dengan masjid tempat kami berhenti solat.  Apabila melihat Mee Udang berharga RM13.00 semangkuk, kami berkira-kira juga memandangkan harganya yang agak mahal.  Sampai sahaja Mee Udang di hadapanku, terliur juga aku melihatnya kerana udangnya yang agak besar.  Patutlah mahal harganya, begitulah yang bermain di fikiranku. Syukur alhamdulillah, adikku belanja makan untuk kami pada hari itu.  Aku memanjatkan doa agar adikku dimurahkan rezeki dan sihat selalu diberi Allah S.W.T.

Mee Udang Kuala Sepetang Mak Jah

Adik iparku Harison



Adikku dengan anak bongsunya


Anak-Anakku Muhammad Idzham dan Muhammad Irfan

Selepas makan, kami meneruskan perjalanan.  Suamiku memaklumkan kepada adikku, kami akan meneruskan perjalanan ke Butteworth sebelum adikku mengambil laluan keluar ke USM.  Sampai di Butterworth, suamiku berhenti di Stesen Minyak yang berdekatan sebelum masuk ke Sungai Dua. Tiba-tiba aku terlihat, suhu keretaku panas. Selepas mengisi minyak suamiku terus berhenti di tempat letak kereta.

Aku menelefon adikku yang pernah bekerja di Butterworh suati ketika dahulu, mungkin dia ada kenalan yang boleh membantuku, sementara suamiku pula menelefon kawannya yang bekerja di DBP Butterworh.  Badanku rasa panas dan berpeluh, memandangkan cuaca ketika itu amat panas.  Sementara menunggu aku pun pergi solat di bilik solat yang disediakan di belakang stesen minyak.  Dalam solat aku berdoa kepada Allah semuga dipermudahkan segala urusan.  Selepas solat suamiku ternampak rakan kami Abdul Wahab Hamzah yang sama bekerja di DBP, sedang berjalan pergi menuju ke keretanya.  Lantas aku menyuruh suamiku memanggilnya.   Terkejut dia melihat kami berada di situ dan memaklumkan ada lagi kawan-kawan kami iaitu Aris Othman dan Rasdi Daud yang mengikutnya kerana terlibat dengan aktiviti DBP yang akan diadakan di sebelah Utara.





Sampai sahaja Aris melihat masalah yang kami alami, dia terus bertanya kepada staf di stesen minyak, mungkin mereka juga mempunyai kenalan yang boleh membantu.  Alhamdulillah pucuk dicita ulam mendatang,  mereka memaklumkan ada mekanik kereta yang akan datang membaiki kerosakan kereta kami.  Memandangkan punca kerosakan hanya perlu menggantikan alat ganti yang kecil dan mudah maka kami dapatlah meneruskan perjalanan.  Terima kasih Ya Allah, kerana Engkau memberi jalan dan memudahkan segala urusan kami. 




Tiada ulasan: