Keesokan paginya aku datang awal. Malangnya tempat meletak kereta penuh. Pengawal mengarahkan aku mencari parking di luar. Aku memaklumkan kepada pengawal tersebut yang aku tidak tahu selok belok kawasan hospital Ampang dan meminta ia mencarikan satu parking untukku kerana aku terpaksa naik ke atas dengan segera kerana suamiku sekarang berada di CCU. Nasib baik pengawal itu faham di atas kesukaranku itu lalu dia memberikan satu tempat khas di tepi pagar di hospital tersebut. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah kerana memudahkan urusanku ini.
Sampai sahaja di sana, pengawal di CCU memaklumkan suamikuakan dikeluarkan ke wad biasa. Sekali lagi aku bersyukur kepadaNya kerana ini menunjukkan kesihatan suamiku semakin pulh. Aku mengiringi jururawat yang membawa suamiku ke wad 6B. Tengahari itu ramai kawan-kawan sepejabat datang menziarah suamiku. Apabila mereka melihat suamiku yang lemah dan tidak berdaya, ada yang kecut hati bila melihat kesan yang akan dihadapi kerana menjadi perokok tegar, tetapi ada juga yang mengatakan ada yang sudah berusia lanjutpun tetapi tidak berlaku apa-apa.
Keadaan di wad 6B agak sibuk. keliahtan doktor dan jururawat membuat pemeriksaan kepada pesakit di kiri dan kanan katil suamiku. Sepanjang suamiku berada di wad itu, terdetik di dalam hatiku, kenapa tiada doktor ataupun jururawat yang menjenguk suamiku. Mungkin kerana laporan kesihatannya belum tiba agaknya memandangkan namanya pun tidak tergantung di atas katil. Aku menunggu suamiku di hospital sehingga senja baru kami pulang.
Memandangkan suamiku pun sudah berada di wad biasa, aku berhasrat ingin pergi bekerja keesokan harinya kerana sudah dua hari aku cuti kecemasan. Waktu tengahari aku keluar pejabat untuk melihat keadaan suamiku. Dari jauh nampak ia tersenyum kerana aku membawa kawan-kawanku yang juga kawannya kerana kami bekerja satu pejabat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan