Isnin, 6 Jun 2016

Surat Pekeliling Perkhidmatan Billangan 1 Tahun 2016

Malam Jumaat aku mendapat wassup dari Pn. Rossilawaty Sheriff yang mengatakan kerajaan mengeluarkan pekeliling untuk balik awal di bulan ramadan.  Sememangnya tugas aku untuk menguruskan kelulusan pekeliling kerajaan untuk digunapakai pekeliling tersebut di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Keesokan harinya aku pun membuka laman web JPA untuk mencari pekeliling tersebut.  Sudah hampir setengah jam, tetapi gagal.  Mungkin disebabkan ramai yang ingin mendapatkan pekeliling tersebut.  Entah bagaiaman, aku cuba mencari melalui google dengan menggunakan perkataan "balik awal di bulan Ramadan".  Alhamdulillah dapat juga akhirnya pekeliling tersebut dimuat turun melalui blog seseorang.

Selepas aku membaca pekeliling tersebut, terus aku menyediakan memo kepada Ketua Pengarah untuk mendapatkan kelulusan secara pentadbiran, iaitu kelulusan awal untuk memaklumkan kepada semua staf dengan kadar yang segera kerana hari Isnin orang islam sudah berpuasa.  Malangnya Ketua Bahagianku menghadiri majlis yang diadakan di Dewan Bankuet termasuk juga Ketua Pengarah.  Terpaksalah aku menunggu sehingga majlis selesai.

Hari ini aku cuba lagi untuk memuat turun pekeliling tersebut di laman web JPA..  Tetapi pekeliling tersebut masih lagi tidak boleh dimuat turun melalui laman web tersebut.  Bagi memudahkan kawan-kawan yang lain untuk mencari surat pekeling tersebut, aku lampirkan di dalam blogku ini bagi membantu kepada yang memerlukan kelak.









Setiap bulan Ramadan, maka bermulalah pasar ramadan yang menjadi tumpuan orang ramai termasuklah aku sendiri.  Sehinggakan untuk masuk ke taman ke rumahku menjadi semakin sukar kerana satu lane menjadi kepada tiga lane.

Bersyukur  aku kepada Allah S.W.T. kerana digerakkan hati pihak keajaaan untuk mengeluarkan pekeliling ini, kerana setiap kali bulan ramadan aku dan keluarga tidak dapat berbuka di rumah kecuali hari cuti.

Jumaat, 3 Jun 2016

Menara Condong di Teluk Intan



Menara Condong, Teluk Intan, Perak


Ruangan di tengah Menara Condong

Tangga naik ke tingkat atas




Tingkat atas di tepi keliling menara condong

Sejarah Menara Condong Teluk Intan

Gambar yang terdapat di dalam Menara Condong










Jumaat, 27 Mei 2016

Majlis Sekalung Budi Seuntai Kasih

27/5/2016 (Jumaat)

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga Badan Kebajikan Aras 17, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia  (BAKEP17)  mengadakan majlis Sekalung Budi Seuntai Bahasa pada 27/5/2016 sempena penamatan perkhidmatan Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Encik Mohamed Suffian bin Abd Rahman di Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Majlis tersebut di adakan di Restoran Rebung di Jalan Tanglin, berdekatan dengan Masjid Bukit Aman.  Mereka memberitahu masakannya sedap dan aku sendiri tidak pernah pergi ke restoran tersebut.  Pengarah  Jabatan Khidmat Pengurusan, Encik Azman bin Mohamad Tahir juga berkesempatan turut hadir dalam majlis tersebut. Sebagai AJK, kami juga turut menjemput mantan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia yang pernah bertugas di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia suatu ketika dahulu.

Di majlis tersebut, KAKEP17 menyediakan cenderahati sebuah buku tentang perundangan Islam dan dibalas oleh Encik Suffian dengan memberikan kami tudung shawl untuk staf wanita dan kain pelikat untuk staf lelaki.

Puan Rosilawati Yusof sebagai pengacara majlis 


















Handsome boy 











Ketika sampai di sana, aku lihat masakannya amat menarik hati dan membuka seleraku.  Terasa semua aku ingin makan semua menu yang ada.  Tapi apakan daya, perutku ini tidak boleh makan banyak nanti senak perutku.






Puan Kalthom dan Puan Kasmah sempat juga bergambar dengan Chef Ismail 
Pihak kami mendoakan agar Encik Suffian akan lebih sihat dan bahagia selalu di bawah rahmat Allah selepas bersara nanti.   Aamiin.

Isnin, 29 Februari 2016

Serangan Jantung Bahagian 2

Keesokan paginya aku datang awal.  Malangnya tempat meletak kereta penuh.  Pengawal mengarahkan aku mencari parking di luar. Aku memaklumkan kepada pengawal tersebut yang aku tidak tahu selok belok kawasan hospital Ampang dan meminta ia mencarikan satu parking untukku kerana aku terpaksa naik ke atas dengan segera kerana suamiku sekarang berada di CCU.  Nasib baik pengawal itu faham di atas kesukaranku itu lalu dia memberikan satu tempat khas di tepi pagar di hospital tersebut.  Alhamdulillah terima kasih Ya Allah kerana memudahkan urusanku ini.

Sampai sahaja di sana, pengawal di CCU memaklumkan suamikuakan dikeluarkan ke wad biasa.  Sekali lagi aku bersyukur kepadaNya kerana ini menunjukkan kesihatan suamiku semakin pulh.  Aku mengiringi jururawat yang membawa suamiku ke wad 6B.  Tengahari itu ramai kawan-kawan sepejabat datang menziarah suamiku.  Apabila mereka melihat suamiku yang lemah dan tidak berdaya, ada yang kecut hati bila melihat kesan yang akan dihadapi kerana menjadi perokok tegar, tetapi ada juga yang mengatakan ada yang sudah berusia lanjutpun tetapi tidak berlaku apa-apa.

Keadaan di wad 6B agak sibuk.  keliahtan doktor dan jururawat membuat pemeriksaan kepada pesakit di kiri dan kanan katil suamiku. Sepanjang suamiku berada di wad itu, terdetik di dalam hatiku, kenapa tiada doktor ataupun jururawat yang menjenguk suamiku.  Mungkin kerana laporan kesihatannya belum tiba agaknya memandangkan namanya pun tidak tergantung di atas katil.   Aku menunggu suamiku di hospital sehingga senja baru kami pulang.  

Memandangkan suamiku pun sudah berada di wad biasa, aku berhasrat ingin pergi bekerja keesokan harinya kerana sudah dua hari aku cuti kecemasan.  Waktu tengahari aku keluar pejabat untuk melihat keadaan suamiku.  Dari jauh nampak ia tersenyum kerana aku membawa kawan-kawanku yang juga kawannya kerana kami bekerja satu pejabat.

Jumaat, 29 Januari 2016

Serangan Jantung

29/1/2016 (Jumaat)

Sejak akhir-akhir ini suamiku sering mengadu mengah dan kepenatan seolah-olah melakukan seperti mengangkat benda berat.   Memandangkan semakin hari semakin susah untuk bergerak aktif  kerana sering kepenatan dan sukar untuk tidur, aku menyuruhnya membuat pemeriksaan di Hospital Kajang.  Setibanya di sana, suamiku diberi gas kerana dadanya berbunyi seperti orang lelah.  Setelah dibuat pemeriksaan paru-paru, beliau dimaklumkan menghidap penyakit COPD yang membawa maksud chronic obstructive pulmonary (PULL-mun-ary) disease.  Kemudian suamiku disuruh buat pemeriksaan jantung.  Sekali lagi dia dimaklumkan jantungnya tidak stabil.  Suamiku disuruh hadir sekali lagi pada bulan Mac 2016 dan juga buat susulan di Klinik Kesihatan di Tang Ling kerana berdekatan dengan pejabat bagi pemeriksaan paru-paru kerana mempunyai penyakit COPD yang disebabkan beliau seorang perokok yang tegar.

"Penyakit kronik pulmonari obstruktif (COPD), juga dikenali sebagai penyakit kronik obstruktif paru-paru (SEJUK) dan penyakit saluran pernafasan obstruktif kronik (COAD), antara lain, adalah sejenis penyakit paru-paru obstruktif ciri-ciri aliran udara kronik miskin. Ia biasanya menjadi lebih teruk dari masa ke masa. Tanda-tanda utama termasuk sesak nafas, batuk dan berkahak. Kebanyakan orang dengan bronkitis kronik mempunyai COPD. 
Merokok adalah punca yang paling biasa COPD, dengan beberapa faktor lain seperti pencemaran udara dan genetik memainkan peranan yang lebih kecil. [3] Dalam dunia membangun,salah satu sumber yang sama pencemaran udara adalah kurang dibolong memasak dan kebakaran pemanas.  Pendedahan jangka panjang kepada perengsa ini menyebabkan tindak balas keradangan dalam paru-paru menyebabkan penyempitan saluran udara kecil dan pecahan tisu paru-paru, yang dikenali sebagai emphysema. [4] diagnosis ini adalah berdasarkan kepada aliran udara yang lemah seperti yang diukur oleh ujian fungsi paru-paru. [5 ] Berbeza dengan asma, pengurangan aliran udara tidak bertambah baik dengan ketara dengan pentadbiran sesuatu bronkodilator.
COPD boleh dicegah dengan mengurangkan pendedahan kepada faktor-faktor risiko yang diketahui alam sekitar. Ini termasuk mengurangkan kadar merokok dan meningkatkan kualiti udara dalaman dan luaran. Rawatan COPD termasuk berhenti merokok, vaksin, pemulihan, dan bronkodilator kerap dihidu dan steroid. Sesetengah orang boleh mendapat manfaat daripada terapi oksigen jangka panjang atau pemindahan paru-paru. [4] Pada mereka yang mempunyai tempoh akut semakin teruk, peningkatan penggunaan ubat-ubatan dan rawatan di hospital mungkin diperlukan."(sumber Wilkkedia)

Selepas itu, suamiku membuat pemeriksaan susulan di Klinik Kesihatan di Tang Ling berdekatan dengan Taman Bunga, Kuala Lumpur.  Sekali lagi disahkan beliau mempunyai COPD dan diberi ubat dan disuruh buat rawatan susulan.
Pada 17/1/2016 yang lalu, suamiku telah pergi memancing dengan bujangnya di Sungai Tekala, Ulu Langat.  Masing-masing membawa motor cross ke tempat yang dituju.  Setibanya di sana, suamiku berpatah balik kerana jalan mati.  Terpaksalah dia menolak motor dari belakang dan tempat pemegang dibawa oleh anak bujangnya itu;  Tiba-tiba terasa dadanya sakit dan ia meminta anaknya tunggu sebentar kerana ia ingin berehat dahulu.  Sepuluh minit kemudian, apabila terasa lega sedikit, mereka menolak motor tersebut sekali lagi  (biasalah jalannya berbukit-bukit).  Tidak semena-mena ia terasa tidak boleh untuk meneruskan kerja tersebut kerana sesak nafas dan terasa  sakit di bahagian dada.  Ia terus merangkak naik dan baring kerana pandangannya berpinar dan semakin kelam.
Lantas anaknya mengurut dada ayahnya dan memanggil orang-orang disekeliling yang sedang memancing di kawasan tersebut.  Setelah ayahnya sedar, anak bujangnya itu berlari ke kawasan lapang untuk membuat panggilan kecemasan supaya ayahnya dapat dihantar ke hospital dengan ambulan.  Sememangnya di kawasan situ telefon bimbit tidak dapat digunakan kerana tidak mempunyai line.  Dalam masa lebih kurang 45 minit, barulah ambulan dapat sampai ke lokasi suamiku yang sedang terbaring.  Semasa kejadian itu, anggaran waktu lebih kurang 11.00 pagi.
Sedang aku  melipat kain baju dan berura-ura untuk keluar makan,   tiba-tiba aku mendapat berita melalui wassup yang mengatakan suamiku berada di Wad kecemasan di Hospital Ampang.  Jam menunjukkan pukul 2.00 petang.   Badanku menggigil ditambah pula aku cuma bersarapan kuih jemput-jemput sahaja pagi itu.  Aku menyuruh anak-anakku bersiap-siap, sementara aku menunaikan solat dzohor.  Sempat juga dalam doaku kepada Allah, agar suamiku diberi kesihatan yang baik.  Aku berdoa dengan sepenuh hati kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Aku menyuurh anakku membuka waze untuk menunjukkan arah ke Hospital Ampang.  Sememangnya aku tidak pernah ke Hospital Ampang sendirian dan jalan ke situ pun aku tidak berapa mahir.  Tetapi Allah Maha Penyayang, dengan mudah aku diberi petunjuk dan aku terus menuju ke Bahagian Kecemasan.   Aku masuk ke dalam dan melihat suamiku terbaring di atas katil.  Seluruh badannya berselirat kabel dan mukanya memakai penutup hidung untuk dibekalkan oksigen.  Aku tahan air mataku agar tidak dilihat oleh suamiku.  Aku perlu menunjukkan kepadanya yang aku kuat.    Aku nasihat kepada suamiku berzikir kepada Allah di dalam hati.  Suamiku tidak boleh berkata apa-apa kerana ia terlalu lemah dan bacaan meternya menunjukkan jantungnya tidak stabil.  Sebelum jam 7.00 petang, suamiku dimasukkan di Wad CCU.

Di wad CCU, kami tidak dibenarkan masuk, kerana jantungnya masih lagi tidak stabil.   Jururawat memanggilku masuk ke dalam dan meminta maklumatku supaya senang dihubungi.  Sempatlah aku melihat suamiku yang masih lagi laju pernafasannya dengan bacaan meter yang menunjukkan jantungnya masih lagi tidak stabil.  Aku tidak dibenarkan masuk ke dalam untuk menunggu suamiku, tetapi dibenarkan tunggu di luar.  Pengawal menasihatkan aku supaya pulang berehat kerana jika di Wad CCU seorang pasakit dijaga rapi oleh seorang jururawat.  Apabila mendengar penjelasan itu, dapat mengurangkan kebimbanganku.  Aku membawa anakku pulang ke rumah yang masing-masing dalam keletihan.

Malam itu, aku solat hajat untuk suamiku.  Aku bermohon agar Allah makbulkan doaku ini.  Keesokan harinya aku mengambil cuti tidak dirancang (cuti kecemasan) untuk menjaga suamiku.  Ramai kawan-kawan sepejabat datang untuk melawat, tetapi hanya dua orang sahaja dibenarkan untuk memasuki bilik CCU dan yang lain menunggu giliran setelah dua orang tadi keluar.

Sebelum pulang, aku masuk ke bilik CCU untuk melihat keadaan suamiku.  Doktor memaklumkan jantung suamiku terlalu lemah, dan itu yang menyebabkan ia sukar untuk bernafas. Memandangkan keadaannya yang masih lemah, hatiku terasa kecut dan berdoa  agar Allah memberiku peluang  untuk hidup bersama.dengan suamiku lagi memandangkan aku masih memerlukannya dan anak-anakku pun masih bersekolah.  Aku membisikkan kata-kata kepada suamiku agar senttiasa berzikir dan buat solat menggunakan mata kerana badannya penuh dengan dawai dan hidungnya pula ada plastik yang membekalkan oksigen.  Sebelum senja aku pulang dengan hati yang suram.  Sebelah malam aku buat solat hajat  memohon kepada Allah agar suamiku kembali sihat seperti biasa.  Air mataku tumpah tanpa diminta....

Rabu, 26 Ogos 2015

Kempen Hari Kesihatan DBP

26/8/2015 (Rabu)

Hari ini Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, DBP menganjurkan kempen Hari Kesihatan. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti pemeriksaan kanser payu dara, pemeriksaan darah, pemeriksaan rahim dsbnya.

Pada sebelah pagi diadakan senamrobik (zumba).  Setiap staf yang ingin turut serta disyaratkan  supaya memakai pakaian yang sesuai disamping tidak menjolok mata.  Teruja pula aku ingin turut serta kerana sudah lama aku tidak turut serta dalam acara sedemikian.  Kalau dulu memang aku tidak pernah ketinggalan, lebih-lebih lagi dulu aku aktif dalam bidang kebudayaan seperti tarian tradisional melayu.

Seperti biasa, pagi-pagi lagi aku sudah kalut dengan mana nak bersiap urus diri sendiri, mana nak siap kemas dapur yang tak abiss2 pinggan mangkuk yang haendak dicuci dan juga anak-anak yang sudah mandi tapi masih nak tidur balik.  Selesai semuanya untuk menghanatar anakku ke sekolah tibalah pulak rasa malasku untuk .menyertai aktiviti senamrobik (zumba).  

Sampai sahaja di pejabat, aku terus ke kantin.  Kelihatan sebahagian kawan-kawanku memakai pakaian sukan.  Walaupun ada sedikit kekesalan tapi aku gembira sekurang-kurangnya aku boleh menghabiskan kerja pejabat yang tak abis-abis.  Sedang aku membuat kerja, kawan-kawanku mengajakku ke Dewan Seminar untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma.  Mereka mengatakan satu kerugian jika aku tidak membuatnya. Lantas aku pun setuju untuk membuat pemeriksaan kesihatan tersebut.

Sampai sahaja di sana, tekanan darah dan kandungan gula dibuat ke atas kami.  Alhamdulillah kandungan gulaku cuma 8 sahaja, itupun kerana aku sudah mengambil bubur nasi sebagai sarapan.  Tekanan darahku juga normal.  Kemudian di dalam bilik tetamu VIP sebelah dewan seminar, diadakan pemeriksaan rahim.  Yang bagusnya pesakit boleh melihat sendiri dalam rahim masing-masing jika ada sebarang permasalahan.  Sekali lagi alhamdulillah, aku juga bersih dari sebarang penyakit.  Terima kasih Allah di atas kurniamu memberikan aku kesihatan yang baik.

Di Dewan Seminar telah bermula seminar kesihatan yang disampaikan oleh Dr. Syid Ayob bertajuk _________________. Rupanya penceramah kesihatan itu ada mengeluarkan produk kesihatan jenama Eskayvie.  Dengan pengalamannya yang banyak, ceramahnya menarik perhatian kami semua.  Secara bersahaja dan lucu penyampaiannya.  Banyak maklumat yang aku peroleh tentang kesan gangguan hormon jika umur semakin meningkat.  Pelbagai keburukan akan berlaku jika kita tidak cuba untuk mengambil suplement yang sepatutnya.  Yang aku ketahui dan berlaku kepada diriku sendiri ialah badanku sentiasa dalam keadaan panas dan berpeluh walaupun berada dalam ber bilik yang berhawa dingin.

Setelah selesai ceramah kesihatan tersebut, aku terus keluar dan dapati produk yang disampaikan dalam ceramah ada dijual.  Setelah aku mencongak dan menilai apa keperluan yang sesuai dengan diriku, lantas aku memilih untuk membeli Reverse yang sesuai untuk pelanggan yang bermasalah tentang gangguan hormon. Aku dimaklumkan bahawa terdapat huru T yang membawa maksud ormulasinya  dibuat kandungannnya adalah bahan traditional.

Aku berharap dengan Reverse ini, dapat memberikan aku keselesaan dan tidak lagi menghadapi kepanasan yang datangnya tidak menentu waktunya.  Amin.


Reverse