Jumaat, 27 Februari 2015

Mataku ada Vitreous Floaters

27/2/2015 (Jumaat)

Suatu hari baru aku terperasan di dalam mataku terdapat kekotoran melekat dalam biji mataku. Terbentuk satu imej yang berbentuk garis halus yang melengkung dan di tengah-tengahnya ada satu titik kecil. Aku cuba meletakkan jariku pada mataku dan menggosoknya dengan perlahan bagi mengeluarkan kekotoran itu.  Malangnya imej tersebut tidak  hilang.  Kemudian aku membasuh mukaku dengan air dan sekali lagi aku cuba menggosok biji mataku dengan jari. Tapi imej itu masih juga tidak  hilang.  Aku semakin tidak selesa kerana setiap kali aku menggerakkan biji mataku imej tersebut akan bergerak-gerak sama.

Suatu hari sedang aku memandu kereta pada waktu malam, aku terperasan ada kelibat cahaya.  Setiap kali mataku bergerak aku akan nampak kelibat cahaya yang berbentuk seperti garis melengkung terpapar di mataku. Pada mulanya aku ingatkan cahaya dari motor atau kereta yang berselisih dengan keretaku.  Ketika aku sampai di rumah, aku perasan sekali lagi kelibat cahaya itu masih dapat aku lihat dan rasai.  Baru aku tahu ada yang tidak kena pada mataku.  Cahaya itu  aku boleh nampak apabila aku berada dalam gelap kerana ketika itu aku belum lagi membuka suis lampu.

Kebetulan pula seorang kawan pejabat di sebelahku, mengatakan ia sakit mata.  Kawanku telah pergi ke klinik biasa.  Doktor tersebut memaklumkan kepada kawanku ada kekotoran yang melekat di biji matanya.  Malangnya doktor tersebut tidak dapat mengeluarkan kekotoran tersebut kerana peralatan yang ada tidak sesuai.  Seorang kawanku yang lain telah mencadangkan agar kawanku itu pergi ke klinik pakar mata di Jalan Pudu bersebelahan Pudu Raya.  Kedua-dua mereka bergegas ke klinik tersebut setelah mendapat keizinan ketua kami.

Balik sahaja balik dari klinik mata tersebut, kawanku memberitahu ada kekotoran melekat di anak mata hitamnya.  Doktor mata telah meletakkan bius di anak matanya agar tidak sakit untuk membersihkan kekotoran itu.  Kekotoran itu telah melekat dengan kuat sebab itulah yang menyebabkan kawanku rasa sakit dalam matanya.  

Mendengar sahaja ceritanya, aku terus memberitahu suamiku untuk pergi ke klinik tersebut.  Pada 3 Julai 2014 aku dan suami pun pergi ke klini tersebut.  Sampai sahaja di sana aku mencari papan tanda yang bernama Wong Eye Specialist Clinic.  Klinik tersebut betul-betul berdepan dengan Pudu Raya. Memandangkan kesukaran tempat meletak kereta, suamiku menunggu di tepi jalan berdepan dengan klinik tersebut.  Klinik tersebut berada di tingkat 2.  Setelah aku memaklumkan penyakitku, jururawat itu meletakkan beberapa titik ubat air dalam mataku sebelum berjumpa doktor.

Apabila namaku dipanggil, aku melihat seorang doktor tua berbangsa Cina.  Dia menyuruh aku duduk dan meletakkan mukaku pada alat seperti di kedai cermin mata.  Kurasa aku sesuatu yang memasuki dalam anak mataku seperti berbentuk piring kecil. sebesar kanta sesentuh.  Benda itu berpusing-pusing di permukaan anak mataku.  Aku tidak berasa sakit tetapi air mataku keluar tanpa henti.  Kemudian mataku terasa silau yang amat sangat apabila cahaya yang kuat ditujukan ke dalam mataku.  Mungkin doktor itu memeriksa apakah yang terdapat di dalam mataku.

Setelah dibuat pemeriksaan, doktor tersebut menyuruhku keluar dan menyuruh jururawat itu mmeletakkan  sekali lagi beberapa titik ubat air,  untuknya melihat dalam mataku dengan lebih mendalam.

Setelah dibiarkan aku dalam 5 minit, aku dipanggil semula masuk ke dalam bilik rawatan.  Doktor menyuruh aku baring di katil.  Aku nampak di tangannya alat untuk memeriksa mataku.  Sekali lagi aku merasakan cahaya yang amat kuat masuk ke dalam mataku.  Aduhhh..memang silau dan menyakitkan mata.  Setelah dibuat pemeriksaan, dia menyuruh aku bangun.

Semasa aku bangun, aku merasakan duduk dalam bilik yang amat gelap.  Aku meraba mataku dan aku merasakan mataku terbuka, tetapi aku tidak nampak di sekelilingku.  Apakah aku sudah buta, takut dan menyesal pun ada kerana terlalu yakin dengan doktor Cina itu. Aku dipegang oleh jururawat untuk duduk di kerusi.  Lama kelamaan penglihatanku semakin jelas walaupun masih samar lagi.

Doktor tersebut memaklumkan aku mempunyai Vitreous Floaters di mataku.  Ini adalah disebabkan beberapa faktor.  Salah satu yang menyebabkan mataku mendapat penyakit Vetrous Floater adalah kerana faktor usia.  Doktor memaklumkan punca penyakit ini kerana gel dalam biji mata telah menjadi cair dan telah keluar yang berkemungkinan ada sedikit kebocoran.  Walau bagaimanpun ia memberitahuku, tidak perlu gusar kerana tiada kebocoran di belakang biji mataku.  Kerana sekiarnya ada keboconran, boleh menyebabkan mataku buta.   Ya Allah, sesungguhnya pelbagai cubaan yang kuterima dan aku memohon supaya penglihatanku tidak ditarik balik kerana penglihatan itu amat penting bagiku untuk melihat keindahan ciptaanMu lebih-lebih lagi untuk melihat wajah anak-anakku dan keluarga yang kusayang.  Aku menahan sebak dan turun ke bawah untuk memaklum cerita yang mendukacitakan itu.





Jumaat, 30 Januari 2015

Kari Kepala Ikan Kampung Atap

30/1/2015 (Jumaat)

Alhamdulillah berjaya juga aku menjual produk baranganku secara online, walaupun tidak seberapa.  Aku belajar melalui pemerhatianku di facebook.  Asyik aku je membeli, kalau boleh aku menjual pulak.  Baru ada give and take.  
Cuma aku belum lagi terima pm dan like sehingga berpuluh atau beratus seperti mereka.  Jika nak diikut, cara bukan online lagi banyak yang telah dapat aku jual baranganku, tapi aku ingin melakukan secara online.  Seronok tengok orang bank in duit ke dalam akaunku.  
Bila pertama kali aku hendak membuat pos laju, aku telah pergi ke City Link.  Sampai di sana, terkejut beruk aku, rupanya kosnya berlipat kali ganda.  Setahu aku, kos penghantaran cuma RM6.00 sahaja.  Barulah aku tahu, jika hendak dapat kurangkan kos penghantaran pos laju, gunakan pos laju di Pejabat Pos Malaysia.  Satu lagi ilmu yang baru aku ketahui.


Foundation Naked Urban Decay


Aku mengajak suamiku ke Pejabat Besar Pos di Bangunan Daya Bumi.  Di kaunter pos laju,  aku dimaklumkan boleh membeli plastik bungkusan dan slip penghantaran dengan kuantiti yang banyak dengan bayaran RM6.00 sahaja.  Apabila ada pesanan dari pelanggan secara dalam talian, aku hanya mengisi baranganku ke dalam plastik tersebut dan mengisi maklumat pelnggan ke dalam slip tersebut dan bawa sahaja ke pejabat pos.  Mudahnya! Bolehlah aku meningkatkan jualan baranganku secara dalam talian.

Balik sahaja dari Pejabat Pos, aku mengajak suamiku makan tengahari.  Pagi tadi aku cuma makan bubur nasi semangkuk kecil sahaja, dan pukul 10.00 aku tidak pergi ke kantin. 
Kami pergi ke Restsoran Nasi Kandar di Kampung Atap.  Pada mulanya aku cuma ingin makan nasi dan ayam goreng sahaja.  Tiba-tiba terpacul suara suamiku mengajakku makan Kari Kepala Ikan.  

"Besar kepala ikan tu, nanti tak habis pulak makan berdua" kataku.
"Kita mintak yang kecil je, boleh tu" jawab suamiku.
"Oklah..." aku terus menjawab kerana sudah lama juga aku tidak makan kari kepala ikan.  Terbayang di fikiranku kari kepala ikan yang dipenuhi dengan tahu lembut, buah  tomato, bende dll yang membangkitkan selera.

Mamak terus menyuruh kami duduk kerana ia akan menghantar nasi dan kepala ikan tu.  Aku terus pergi membasuh tangan dan sampai sahaja di meja sudah terhidang kari kepala ikan.  Amboi cepatnya mamak ni.  Itulah yang bagusnya jika ke kedai mamak.  Perkhidmatannya amat cepat dan tidak boleh ditandingi di kedai makan orang melayu.  Patutnya sikap itu yang patut dicontohi oleh kita semua.





Semasa balik ke pejabat, azan solat Jumaat berkumandang di radio.  Sempat suamiku pergi solat  Jumaat di pejabat kami di Masjid Al-Hukama, Dewan Bahasa dan Pustaka.  Alhamdulillah...terima kasih Allah kerana kau Maha Besar dan Maha Kaya. Kau permudahkan segala urusanku.

Jumaat, 23 Januari 2015

Tazkirah Untuk Ahli Bhg. Pengurusan Sumber Manusia

23/1/2014 (Jumat)

Pagi ini ada mesyuarat bahagian untuk staf Bhg. Pengurusan Sumber Manusia.  Ketua Bahagian merancang sebelum mesyuarat dimulakan, elok diadakan tazkirah selama 30 minit untuk semua staf.  Rancangan untuk membuat tazkirah akhirnya terlaksana apabila Ustaz Salahuddin bin Dato Mohamed hadir untuk memberi tazkirah kepada kami.
Dalam tazkirahnya yang diberi masa 30 minit seperti 10 minit rasanya.  Walau bagaimana pun amat bagus untuk kami memahami dan menghayatinya.

Antaranya yang dapat ku fahami apa yang disampaikan oleh Ustaz Salahuddin seperti berikut:

Nabi Muhammad dikenali sebagai pengembala kambing ketika kanak-kanak lagi.  Tugasnya sebagai pengembala kambing itu sebenarnya telah membentuknya dirinya sebagai seorang pemimpin. Begitulah perumpaan peranan kami sebagai pelaksana yang diarahkan  untuk memberi arahan dan peraturan kepada staf/pegawai agar mematuhi peraturan yang dikeluarkan oleh JPA, Perbendaharaan ataupun Agensi sendiri.  Secara tidak langsung, tugas sebagai pengembala kambing dapat  melatih diri dalam mengawal, memantau, menjaga keselamatan, menempatkan dan mencari  lokasi yang sesuai untuk staf dsbnya.

Dalam melaksanakan tugas, staf dikehendaki menjalankan tugas dengan baik dengan tidak melupakan tanggungjawab terhadap diri sendiri iaitu menurut perintah Allah dan meninggal segala yang dilarang Allah.

Disamping itu, setiap insan mempunyai 99 buah buku  rekod amalan, iaitu buku rekod amalan  yang telah dilakukan ketika hidup.  Setiap buku pula tebalnya dilihat seperti sayupnya saujana mata memandang jauhnya.  Bayangkan jika kita mempunyai 99 buah buku.   Sebab itulah, di Padang Masyar, semua manusia akan dibiarkan selama 50,00 tahun kerana segala amalan akan dibaca dan dibicarakan.  Segala perbuatan yan dilakukan akan dihisab.

Terdapat 4 bahagian manusia yang akan dihisab amalannya.

i)   Manusia yang akan masuk syurga tanpa hisab.
      Golongan manusia ini amat beruntung.  Antaranya adalah mereka
  • Tidak pernah meminta pertolongan bomoh
  • Tidak pernah pergi tukang tilek
  • Tidak pernah melakukan pemujaan
  • Berserah segalanya kepada Allah S.W.T
ii)   Manusia masuk syurga dengan keampunan Allah
      Golongan manusia ini dapat masuk syurga walaupun telah melakukan dosa di dunia, tetapi  diampunkan dan dihapuskan dosanya oleh Allah  S.W.T.

Sebab itu, kita digalakkan memohon doa ketika sujud akhir (akan dilampirkan)  yang membawa maksud  "Ya Allah ampunkanlah segala keselahanku, segala kejahatanku, dosaku yang melampau, setiap dosaku yang engkau ketahui:

iii) Manusia yang tidak masuk syurga - Walaupun berbuat baik tetapi pahalanya menjadi debu.
       Golongan manusia seperti ini adalah kerana melakukan perkara seperti berikut:

  • Dosa sesama manusia kerana:   i) Berhutang 2) Menjatuhkan maruah  3) Membuat fitnah  4)  Mengumpat 5) Menuduh orang lain sesat

       

Jumaat, 9 Januari 2015

Ubat Resdung

9/1/2015 (Jumaat)
Setiap pagi Idzham pasti bersin.  Bila sudah bersin tidak henti-henti pula.  Bila kerap bersin mula  hidungnya berair.   Bila jadi seperti itu, aku nak suruh dia bersihkan habuk di almari TV dan PC pun tidak sampai hati.   Bertambah pulak bersinnya nanti.

Pernah juga pergi ke klinik.  Paling tidak doktor akan bagi ubat alergi untuk pagi dan malam.   Tetapi bersinnya tidak pernah hilang.   Minggu depan sekolah akan dibuka semula.   Hari itu aku terbaca dalam facebook,  tentang ubat resdung.   Aku mula mencari maklumat tentang ubat tersebut.   Terasa ingin pula mencubanya.   Lantas aku cuba-cuba menghantar pesanan kepadanya.   Setelah dinyatakan harganya, aku pun bersetuju untuk membelinya.

Setelah dua hari, aku pun menerima panggilan dari bahagian Pentadbiran Am supaya mengambil bungkusan untukku.   Selalunya bungkusan peribadi, perlu diambil sendiri.  Tapi tidak kisahlah, asal aku terima barangan yang ku tunggu-tunggu.

Produk itu dibuat daripada herba.  Nama Ptoduk itu BF Sinus Cure.  Sebanyak 30 kapsul bagi satu botol.  Kebetulan ada promosi 10 kapsul, aku terima sebnyak 40 kapsul.  Alhamdulillah..

Ubat Resdung dari Bella Formula 

Aku berharap dengan pengambilan ubat resdung ini, penyakit resdung yang dihadapi oleh anakku akan bertambah baik atau jika tidak pun berkurangan.   Jika penyakitnya semakin bertambah baik, ingin juga aku menjualnya kepada rakan-rakanku yang mempunyai masalah yang sama.

Selepas sahaja aku mendapat ubat resdung ini, aku post gambar ini dalam akaun FB.  Rupanya ramai juga yang mengambil ubat resdung ini. dan bagus untuk pengidap penyakit resdung.   Jadi, jika ada kawan-kawan hendak mencuba ubat resdung ini, boleh hubungi saya..kerana saya sudah pun ada kawan yang boleh beri harga murah...Jumpa lagi.


Isnin, 3 November 2014

Produk Kecantikan dari Korea - Chriszen

3/11/2014 (Isnin)

Entah macam mana aku terserempak dengan kawan lama.  Sambil aku berbual-bual kosong, mataku melihat wajahnya yang bersih dan lembab  Lantas aku terus bertanya apakah produk kecantikan yang ia guna sekarang.  Ia terus memberitahuku nama produk tersebut dari negara Korea dan ia mengandungi gelatin yang membuatkan wajah tidak kering.  Dengan penerangannya yang ringkas, aku meminta dia belikan satu untuk aku mencubanya.  Sejak akhir-akhir ini wajahku agak kering dan kusam.  Lebih-lebih lagi apabila aku sentiasa berpeluh kerana kepanasa walaupun berada dalam hawa dingin.

Tiga hari selepas itu, aku terima produk tersebut dari kawanku.  Cantik warnanya dan aku pula memang amat suka dengan warna tersebut. Setelah memakainya dua tiga kali, aku rasa amat selesa dan sesuai dengan kulitku.  

Aku memang suka berniaga.  Tidak kira apa barangan yang aku suka, aku akan menjualnya kepada rakan di pejabat. Mungkin setelah beberapa kali ia melihatku membeli dan menjualnya, ia pun ingin mencubanya.  Sekurang-kurangnya dia akan mempunyai duit tambahan.  Katanya jika duitnya sudah cukup ia ingin membeli IPad.  Pada mulanya aku yang memberi modal, selepas ia mempunyai banyak keuntungan, ia pun memulakan modalnya sendiri.   

Ketika di hujung minggu, aku membawa anak-anakku ke Kenanga Whole Sale di Jalan San Peng.  Di sana semua barangan dibeli secara borong dan harganya sangat murah. Anakku ingin membeli Lego SWAT.  Malangnya lego itu sudah kehabisan stok.  Anakku rasa agak kecewa dan hampa kerana ia tidak dapat menjual lego kepada kawan-kawannya.  

Memandangkan waktu itu masih agak awal, aku mengajak anak-anakku ke GM Plaza di Jalan Chow Kit.  Mungkin di sana ada lego yang dicari.   Adushhh..sampai di sana, jem pulak untuk masuk ke bangunan GM Plaza.  Sedikit demi sedikit akhirnya keretaku sampai jua di pintu lift.  Untuk parking kereta di GM Plaza agak unik.  Aku terpaksa membawa keretaku ke dalam lift sehingga sampai ke aras 8 dan seterusnya barulah kereta kami boleh keluar dari lift untuk mencari parking di tingkat seterusnya. Sehingga aras 11 baru aku mendapat tempat untuk parking kereta.

Alhamdulillah akhirnya dapat juga lego yang dicari-cari oleh anakku itu.  Ia membeli 16 kotak dengan  harga seunit cuma RM2.50 sahaja.  Selepas itu aku pun merayau-rayau di kedai produk kecantikan.  Tiba-tiba aku terpandang produk kecantikan dari Korea iaitu Chriszen yang aku sedang aku pakai diwajahku ini.  Aku bertanyakan harganya dan ia memberitahuku sekian sekian harga dan akan mendapat satu serum.  Rasa pelik pulak aku apabila jurujual itu mengatakan ada serum, walhal kawanku tidak ada memberikan aku sebarang serum pun.

Aku terus berjalan sehinggalah sampai ke aras 2.  Apabila sampai di sana, aku sekali lagi terpana melihat sebuah kedai yang hanya menjual  produk kecantikan Chriszen sahaja. Ada pemcuci muka, pemerah pipi, eye liner dsbnya.  Setelah berbincang dengan penjual, aku terus membelinya dan ingin menjual kepada rakan-rakanku agar mereka juga akan dapat manfaat supaya wajah sentiasa sihat dan jelita. 

Chriszen Moist Cake dan Ampoulse (Serum)   





Produk ini mempunyai 3 jenis warna kulit. Nombor 1 sesuai untuk kulit yang berwarna putih kuning dan cerah, Nombor 2 sesuai untuk kulit yang putih dan cerah, dan nombor 3 untuk kulit sawo matang.  Kepada rakan yang ingin mencubanya, saya bagi harga istimewa RM55.00 sahaja dengan percuma penghantaran pos.

       

Jumaat, 25 Julai 2014

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan, DBP di Kelantan (3)

Jam 5.30 pagi aku sudah bangun untuk mengemas pakaian kerana malam tadi aku terlalu letih selepas balik dari Rantau Panjanag.  Jam 7.30 pagi kami semua pergi ke dewan makan untuk mengambil sarapan pagi. Selepas sarapan kami semua berkumpul dan memasukkan beg ke dalam perut bas.  Bas tidak dapat bertolak awal kerana terdapat dua peserta dari kami bangun lambat.  Geram juga dihati ini sebab aku dan anak-anakku boleh bangun awal.  Hampir jam 9.30 pagi baru bas dapat bergerak pulang.  Sampai di satu bandar, bas terpaksa berpatah balik kerana jambatan roboh.  Kami meneruskan perjalanan pulang ke arah jalan yang lain dan berhenti di Seberang Takeh untuk menikmati masakan celup tepung.  Memandangkan hari itu hari Jumaat, kedai yang kami sering kunjungi tutup pula. Nasib baik ada kedai yang lain buka dapatlah kami menikmati masakan celup tepung yang telah menjadi kegemaranku.  Kami meneruskan perjalanan menuju ke Pasar Payang, Kuala Terengganu.  Di Pasar Payang aku cuma membeli serunding daging, buah salak dan key chain sebagai cenderahati buat kawan-kawan di pejabatku nanti.
Jam 4.00 petang kami meneruskan perjalanan dan berhenti di satu tempat untuk membeli satar.  Ada di antara kami yang belum pernah merasainya.  Kami meneruskan perjalanan lagi dan sekali lagi kami berhenti di Kuala Kemaman untuk membeli keropok lekor. Jam sudah menunjukkan 7.30 malam.  Kami meneruskan perjalanan dan bercadang untuk berhenti di Cherating, Pahang untuk makan malam.  Sebelum sampai di Cherating
Selepas makan malam di Cherating, Pahang, kami meneruskan perjalanan dan berhenti di hentian rehat untuk menunaikan solat.  Badanku semakin letih, tetapi aku tahan juga mataku untuk berjaga kerana bas yang dipandu agak laju.  Akhirnya aku tertidur juga dan apabila aku tersedar bas sudah sampai di perkarangan Dewan Bahasa dan Pustaka.  Apabila aku melihat jam sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi.  Sampai di rumah jam sudah menunjukkan jam2.30 pagi.  Alhamdulillah selamat juga kami sampai semula di Kuala Lumpur.  Terima kasih Ya Allah.

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan, DBP di Kelantan (2)

Hotel Perdana di Kota Bharu, Kelantan tempat kami menginap selama dua hari itu merupakan hotel yang cantik juga.  Ia dilengkapi dengan kemudahan alat pengering rambut, seterika dan tidak perlu lagi untuk menelefon staf hotel tersebut untuk keperluan kami.  Pada malam pertama, kami makan di gerai yang bersebelahan dengan hotel tempat kami menginap.  Terdapat banyak gerai makanan dari negara Thailand juga dijual bersebelahan dengan stadium.
Jam 7.00 pagi kami telah bersiap untuk pergi ke dewan makan di hotel tersebut.  Selepas itu kami menaiki bas korporat DBP untuk pergi ke DBP Wilayah Timur kerana Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di adakan jam 9.00pagi yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Encik Kamarul Zaman Shahruddin.  Selain itu Pengarah Khidmat Pengurusan Encik Azman Tahir dan juga Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Tn. Hj. Abd. Halim bin Hj. Harun juga turut hadir dalam mesyuarat tersebut.  Sebelum mesyuarat dimulakan, Encik Azmi bin Ibrahim selaku Pengarah DBP Wilayah Timur memberi taklimat awal kepada semua peserta dari DBP Ibu Pejabat Kuala Lumpur tentang  fungsi jabatannya. Selepas habis sahaja taklimat tersebut aku dan Iffa Atiqah pergi ke aras 2 untuk membuat tugas Audit Personel.  Aku ditugaskan untuk memantau dan mengenal pasti fail tutup yang melebihi lima tahun untuk dibuat pelupusan fail.  Sebanyak 98 fail telah dapat disusun mengikut nombor fail.   Senarai fail tersebut perlu disenaraikan dalam borang Arkib 5/08.  Walau bagaimanapun aku memaklumkan kepada pegawai di situ supaya menyemak semula dan membuat imbasan sekiranya dalam fail tersebut ada dokumen yang mempunyai nilai sejarah, kebahasaan dan sastera untuk disimpan oleh pihak DBP wilayah Timur mahupun DBP Ibu Pejabat sebelum dilupuskan. Kawanku Iffa Atiqah pula ditugaskan untuk menukar kad perakam waktu staf dengan imej yang terkini yang mempunyai nombor kad pengenalan dan nombor staf seperti yang disarankan oleh pihak Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan  Kerajaan Malaysia di Kuala Lumpur pada tahun lepas.
Jam 1.00 petang Mesyuarat MBJ dan tugasku telah dapat diselesaikan dengan jayanya.  Sebelum pulang ke hotel kami telah diberi makan nasi kerabu oleh pihak DBP Wilayah Timur.   Ramai yang tidak sabar untuk pergi ke Rantau Panjang untuk membeli belah.  Tetapi kami pulang dahulu ke hotel untuk menunaikan solat dan menukar baju yang lebih selesa sebelum ke Rantau Panjang.  Aku cuma membeli tempat untuk menyimpan ikan di bonet kereta atau menyimpan makanan kering kerana sebelum ini aku baru sahaja balik dari Rantau Panjang semasa rombongan Badan Kebajikan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.  Aku juga sempat membeli buah mangga dan buah laici untuk dibawa pulang  Jam 5.00 petang bas bertolak balik ke menuju ke tempat penginapan kami.  
Sempat juga kami menyinggah di kilang roti Encik Amin Abdullah tetapi malangnya beliau tidak ada di situ.  Selepas kami membeli sedikit sebanyak roti yang disukai, kami pun meneruskan perjalanan pulang ke hotel.  Semasa dalam perjalanan pulang, Encik Amin menghubungi suamiku kerana untuk berjumpa dengan kami semua.  Akhirnya kami berjumpa di hotel sahaja.  Ia mengajak kami minum-minum di gerai yang  berdekatan dengan hotel kami.  Selepas ini kami  tidak perlu lagi keluar untuk mencari makan malan kerana telah makan bersama Encik Amin.  Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberi kami menikmati makanan untuk meneruskan kehidupan yang seterusnya.