Isnin, 3 November 2014

Produk Kecantikan dari Korea - Chriszen

3/11/2014 (Isnin)

Entah macam mana aku terserempak dengan kawan lama.  Sambil aku berbual-bual kosong, mataku melihat wajahnya yang bersih dan lembab  Lantas aku terus bertanya apakah produk kecantikan yang ia guna sekarang.  Ia terus memberitahuku nama produk tersebut dari negara Korea dan ia mengandungi gelatin yang membuatkan wajah tidak kering.  Dengan penerangannya yang ringkas, aku meminta dia belikan satu untuk aku mencubanya.  Sejak akhir-akhir ini wajahku agak kering dan kusam.  Lebih-lebih lagi apabila aku sentiasa berpeluh kerana kepanasa walaupun berada dalam hawa dingin.

Tiga hari selepas itu, aku terima produk tersebut dari kawanku.  Cantik warnanya dan aku pula memang amat suka dengan warna tersebut. Setelah memakainya dua tiga kali, aku rasa amat selesa dan sesuai dengan kulitku.  

Aku memang suka berniaga.  Tidak kira apa barangan yang aku suka, aku akan menjualnya kepada rakan di pejabat. Mungkin setelah beberapa kali ia melihatku membeli dan menjualnya, ia pun ingin mencubanya.  Sekurang-kurangnya dia akan mempunyai duit tambahan.  Katanya jika duitnya sudah cukup ia ingin membeli IPad.  Pada mulanya aku yang memberi modal, selepas ia mempunyai banyak keuntungan, ia pun memulakan modalnya sendiri.   

Ketika di hujung minggu, aku membawa anak-anakku ke Kenanga Whole Sale di Jalan San Peng.  Di sana semua barangan dibeli secara borong dan harganya sangat murah. Anakku ingin membeli Lego SWAT.  Malangnya lego itu sudah kehabisan stok.  Anakku rasa agak kecewa dan hampa kerana ia tidak dapat menjual lego kepada kawan-kawannya.  

Memandangkan waktu itu masih agak awal, aku mengajak anak-anakku ke GM Plaza di Jalan Chow Kit.  Mungkin di sana ada lego yang dicari.   Adushhh..sampai di sana, jem pulak untuk masuk ke bangunan GM Plaza.  Sedikit demi sedikit akhirnya keretaku sampai jua di pintu lift.  Untuk parking kereta di GM Plaza agak unik.  Aku terpaksa membawa keretaku ke dalam lift sehingga sampai ke aras 8 dan seterusnya barulah kereta kami boleh keluar dari lift untuk mencari parking di tingkat seterusnya. Sehingga aras 11 baru aku mendapat tempat untuk parking kereta.

Alhamdulillah akhirnya dapat juga lego yang dicari-cari oleh anakku itu.  Ia membeli 16 kotak dengan  harga seunit cuma RM2.50 sahaja.  Selepas itu aku pun merayau-rayau di kedai produk kecantikan.  Tiba-tiba aku terpandang produk kecantikan dari Korea iaitu Chriszen yang aku sedang aku pakai diwajahku ini.  Aku bertanyakan harganya dan ia memberitahuku sekian sekian harga dan akan mendapat satu serum.  Rasa pelik pulak aku apabila jurujual itu mengatakan ada serum, walhal kawanku tidak ada memberikan aku sebarang serum pun.

Aku terus berjalan sehinggalah sampai ke aras 2.  Apabila sampai di sana, aku sekali lagi terpana melihat sebuah kedai yang hanya menjual  produk kecantikan Chriszen sahaja. Ada pemcuci muka, pemerah pipi, eye liner dsbnya.  Setelah berbincang dengan penjual, aku terus membelinya dan ingin menjual kepada rakan-rakanku agar mereka juga akan dapat manfaat supaya wajah sentiasa sihat dan jelita. 

Chriszen Moist Cake dan Ampoulse (Serum)   





Produk ini mempunyai 3 jenis warna kulit. Nombor 1 sesuai untuk kulit yang berwarna putih kuning dan cerah, Nombor 2 sesuai untuk kulit yang putih dan cerah, dan nombor 3 untuk kulit sawo matang.  Kepada rakan yang ingin mencubanya, saya bagi harga istimewa RM55.00 sahaja dengan percuma penghantaran pos.

       

Jumaat, 25 Julai 2014

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan, DBP di Kelantan (3)

Jam 5.30 pagi aku sudah bangun untuk mengemas pakaian kerana malam tadi aku terlalu letih selepas balik dari Rantau Panjanag.  Jam 7.30 pagi kami semua pergi ke dewan makan untuk mengambil sarapan pagi. Selepas sarapan kami semua berkumpul dan memasukkan beg ke dalam perut bas.  Bas tidak dapat bertolak awal kerana terdapat dua peserta dari kami bangun lambat.  Geram juga dihati ini sebab aku dan anak-anakku boleh bangun awal.  Hampir jam 9.30 pagi baru bas dapat bergerak pulang.  Sampai di satu bandar, bas terpaksa berpatah balik kerana jambatan roboh.  Kami meneruskan perjalanan pulang ke arah jalan yang lain dan berhenti di Seberang Takeh untuk menikmati masakan celup tepung.  Memandangkan hari itu hari Jumaat, kedai yang kami sering kunjungi tutup pula. Nasib baik ada kedai yang lain buka dapatlah kami menikmati masakan celup tepung yang telah menjadi kegemaranku.  Kami meneruskan perjalanan menuju ke Pasar Payang, Kuala Terengganu.  Di Pasar Payang aku cuma membeli serunding daging, buah salak dan key chain sebagai cenderahati buat kawan-kawan di pejabatku nanti.
Jam 4.00 petang kami meneruskan perjalanan dan berhenti di satu tempat untuk membeli satar.  Ada di antara kami yang belum pernah merasainya.  Kami meneruskan perjalanan lagi dan sekali lagi kami berhenti di Kuala Kemaman untuk membeli keropok lekor. Jam sudah menunjukkan 7.30 malam.  Kami meneruskan perjalanan dan bercadang untuk berhenti di Cherating, Pahang untuk makan malam.  Sebelum sampai di Cherating
Selepas makan malam di Cherating, Pahang, kami meneruskan perjalanan dan berhenti di hentian rehat untuk menunaikan solat.  Badanku semakin letih, tetapi aku tahan juga mataku untuk berjaga kerana bas yang dipandu agak laju.  Akhirnya aku tertidur juga dan apabila aku tersedar bas sudah sampai di perkarangan Dewan Bahasa dan Pustaka.  Apabila aku melihat jam sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi.  Sampai di rumah jam sudah menunjukkan jam2.30 pagi.  Alhamdulillah selamat juga kami sampai semula di Kuala Lumpur.  Terima kasih Ya Allah.

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan, DBP di Kelantan (2)

Hotel Perdana di Kota Bharu, Kelantan tempat kami menginap selama dua hari itu merupakan hotel yang cantik juga.  Ia dilengkapi dengan kemudahan alat pengering rambut, seterika dan tidak perlu lagi untuk menelefon staf hotel tersebut untuk keperluan kami.  Pada malam pertama, kami makan di gerai yang bersebelahan dengan hotel tempat kami menginap.  Terdapat banyak gerai makanan dari negara Thailand juga dijual bersebelahan dengan stadium.
Jam 7.00 pagi kami telah bersiap untuk pergi ke dewan makan di hotel tersebut.  Selepas itu kami menaiki bas korporat DBP untuk pergi ke DBP Wilayah Timur kerana Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di adakan jam 9.00pagi yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Encik Kamarul Zaman Shahruddin.  Selain itu Pengarah Khidmat Pengurusan Encik Azman Tahir dan juga Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Tn. Hj. Abd. Halim bin Hj. Harun juga turut hadir dalam mesyuarat tersebut.  Sebelum mesyuarat dimulakan, Encik Azmi bin Ibrahim selaku Pengarah DBP Wilayah Timur memberi taklimat awal kepada semua peserta dari DBP Ibu Pejabat Kuala Lumpur tentang  fungsi jabatannya. Selepas habis sahaja taklimat tersebut aku dan Iffa Atiqah pergi ke aras 2 untuk membuat tugas Audit Personel.  Aku ditugaskan untuk memantau dan mengenal pasti fail tutup yang melebihi lima tahun untuk dibuat pelupusan fail.  Sebanyak 98 fail telah dapat disusun mengikut nombor fail.   Senarai fail tersebut perlu disenaraikan dalam borang Arkib 5/08.  Walau bagaimanapun aku memaklumkan kepada pegawai di situ supaya menyemak semula dan membuat imbasan sekiranya dalam fail tersebut ada dokumen yang mempunyai nilai sejarah, kebahasaan dan sastera untuk disimpan oleh pihak DBP wilayah Timur mahupun DBP Ibu Pejabat sebelum dilupuskan. Kawanku Iffa Atiqah pula ditugaskan untuk menukar kad perakam waktu staf dengan imej yang terkini yang mempunyai nombor kad pengenalan dan nombor staf seperti yang disarankan oleh pihak Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan  Kerajaan Malaysia di Kuala Lumpur pada tahun lepas.
Jam 1.00 petang Mesyuarat MBJ dan tugasku telah dapat diselesaikan dengan jayanya.  Sebelum pulang ke hotel kami telah diberi makan nasi kerabu oleh pihak DBP Wilayah Timur.   Ramai yang tidak sabar untuk pergi ke Rantau Panjang untuk membeli belah.  Tetapi kami pulang dahulu ke hotel untuk menunaikan solat dan menukar baju yang lebih selesa sebelum ke Rantau Panjang.  Aku cuma membeli tempat untuk menyimpan ikan di bonet kereta atau menyimpan makanan kering kerana sebelum ini aku baru sahaja balik dari Rantau Panjang semasa rombongan Badan Kebajikan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.  Aku juga sempat membeli buah mangga dan buah laici untuk dibawa pulang  Jam 5.00 petang bas bertolak balik ke menuju ke tempat penginapan kami.  
Sempat juga kami menyinggah di kilang roti Encik Amin Abdullah tetapi malangnya beliau tidak ada di situ.  Selepas kami membeli sedikit sebanyak roti yang disukai, kami pun meneruskan perjalanan pulang ke hotel.  Semasa dalam perjalanan pulang, Encik Amin menghubungi suamiku kerana untuk berjumpa dengan kami semua.  Akhirnya kami berjumpa di hotel sahaja.  Ia mengajak kami minum-minum di gerai yang  berdekatan dengan hotel kami.  Selepas ini kami  tidak perlu lagi keluar untuk mencari makan malan kerana telah makan bersama Encik Amin.  Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberi kami menikmati makanan untuk meneruskan kehidupan yang seterusnya.

Jumaat, 27 Jun 2014

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan, DBP di Kelantan (1)

19/6/2014 (Rabu)
Mesyuarat Bersama Jabatan, Dewan Bahasa dan Pustaka telah dirancang untuk dibuat di Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur.  Memandangkan perjalanannya agak jauh dan untuk menjimatkan kos, semua ahli mesyuarat menaiki bas korporat DBP.  Ada juga beberapa ahli mesyuarat MBJ yang berhalangan untuk pergi.  Memandangkan ada beberapa lagi kekosongan tempat kerana ada yang terpaksa membatalkan dalam waktu yang terakhir, Ketua Bahagian PSM memberi cadangan supaya Program Audit Personel bolehlah dibuat dan beberapa staf yang terlibat boleh ikut serta.  Antara Audit Personel yang dibuat ialah membuat pelupusan fail bagi fail tutup yang telah berusia melebihi 5 tahun.
Bas korporat akan bertolak jam 8.00 pagi pada 19/6/2014 dan dijangka pulang pada 21/6/2014.  Oleh kerana suamiku juga terlibat dalam Mesyuarat Bersama Jabatan dan aku pun terlibat dalam Program Audit Personel, terpaksalah anak-anakku bercuti sekolah selama 3 hari, dan aku telah menyediakan surat keizinan untuk memberitahu guru kelasnya kerana mereka terpaksa bercuti untuk mengikuti kami ke sana.
Tepat jam 9.00 pagi bas mula bergerak meninggalkan bangunan DBP Kuala Lumpur.  Tuan Syed Mashoor telah diberi amanah untuk membaca doa selamat agar perjalanan kami diberkati Allah dan selamat dalam perjalanan.  Dalam perjalanan, bas berhenti di hentian sebelah di Bekam kerana ada yang ingin membuang air. Kemudian kami meneruskan perjalanan dan singgah di R & R Tapah untuk makan tengahari. Bagi yang belum bersarapan, kawan-kawanku terus mengambil makanan berat tetapi ada yang berhajat untuk makan tengahari di R & R, Sungai Perak, Kuala Kangsar. Pukul 12.00 tengahari kami semua meneruskan perjalanan. 


Staf BPSM 
Bersama praktikal Nabihah
Tepat jam 1.00 petang, kami sudah sampai di R& R Sungai Perak, Kuala Kangsar.  Kami diberi arahan untuk makan dan bersembahyang jika sesiapa yang hendak sembahyang dzohor.   Ikan Patin masak tempoyak merupakan ikan yang agak digemari di situ.  Teringin pula aku untuk menjamahnya, dan aku pun mengambil ikan patin yang berharga RM6.00 seketul.  Jam 2.00 petang kami meneruskan perjalanan.  Bas terus masuk ke laluan Kuala Kangsar untuk mengambil laluan melalui Tasik Banding untuk pergi ke Kota Bharu, Kelantan.  


Pemandangan Tasik Banding


Jalannya agak berliku-liku, sekejap naik bukit dan sekejap lagi turun bukit.  Sekali lagi bas berhenti di sebuah masjid kerana ada beberapa penumpang yang hendak membuang air.  Biasalah itu kata salah seorang daripada kami, kerana antara kami ada penghidap kencing manis, darah tinggi dsbnya, lagipun  usia kami dalam bas semuanya sudah berumur. Itu yang kadang kala mencari bahan lucu bila ada penumpang yang menyuruh pemandu berhenti untuk membuang air kecil.kesekian kalinya.  Sebelah masjid itu ada kedai makan yang menjual air herba dan akar kayu yang terkenal untuk pelbagai penyakit.
Aku menyarankan agar suamiku mengambil air herba tersebut baik untuk penghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi..  Apabila aku memberitahu pada suamiku, ramai pun yang berminat untuk mencubanya. Ada air herba untuk darah tinggi, mengurangkan kolesterol dll.  Aku juga mengambil air herba untuk menghilangkan letih-letih dalam badan.


Herba Mata  Pelanduk


Ikan Pekasam



Akar kayu kacip fatimah

Setelah selesai semuanya, kami meneruskan perjalanan.  Jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang. Perjalanan kami masih jauh lagi.  Bas meneruskan perjalanan dan jalan yang kami lalui masih lagi berliku-liku dan menuruni bukit yang disekelilingnya ada gaung yang dalam.  Hatiku tidak merasa tenang melihatkan jalan yang berliku-liku dan menuruni bukit.  Dalam hati aku asyik membaca doa naik kenderaan dan surah-surah quran yang aku tahu agar perjalanan kami selamat. Amin....



Kelihatan hutan Belum di kiri kanan jalan yang kami lalui.  Aku terlihat ada tempat papan tanda untuk beriadah.  Mungkin ada air terjun agaknya.  Bas meluncur lagu dan kadang kala berselisih dengan lori dan bas.  Sekali lagi kami berhenti di hentian Banjaran Titiwangsa.  Memandangkan aku belum bersembahyang lagi, aku dan keluargaku terus pergi ke masjid untuk sembahyang jamak. Sempat juga aku dan anak-anak bergambar yang berlatarkan Banjaran Titiwangsa.


Bergambar dengan Idzham

Idzham dan Irfan
Masam muka Irfan sebab merajuk

Perjalanan yang sudah lebih 7 jam menyebabkan kami semua lebih banyak memandang kawasan pemandangan di kiri dan kanan jalan.  Jalan yang kami lalui masih lagi dalam keadaan berliku-liku. Dari papan tanda yang tertera jalan menuju ke Jeli, kemudian Tanah Merah menandakan kami sudahpun memasuki kawatan negeri Kelantan.  Terasa sakit pinggang dan badanku kerana terlalu lama duduk di dalam bas. Alhamdulillah tepat jam 8.00 malam kami pun sampai di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan.  Sampai di sana, kelihatan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Encik Kamarul Zaman Shaharuddin sudah pun sampai lebih awal dari kami.  Mana tidaknya dia naik kapal terbang hanya mengambil masa 45 minit sahaja. Sampai sahaja di dalam bilik, terasa lapang dan ingin baring sahaja.  Tetapi kami terpaksa keluar mengisi perut yang terasa sudah lapar.


Hotel Perdana


Selasa, 27 Mei 2014

Guna Spshops sambil shopping dapat duit..

Dah malas nak cuba cari duit melalui internet...tiba-tiba kawan hantar masagge pula di FB.  Menurut katanya ini cara yang paling mudah..ajak kawan join dan dapat duit.  Lepas dapat duit boleh shopping kat situ juga..Oh! mudahnya...tak apalah aku cuba ajalah...lokasinya di www.spshops.com
Sebenarnya aku minat juga, kerana aku ingin menjual dapur elektrik yang tidak pernah digunakan pun.  Sekurang-kurangnya aku boleh iklankan di situ..Jika ada yang berminat jom ikut saya di sini

Jom Join di sini

Bagaimana ia berfungsi:

Aliran Bis spshops.com
  1. Daftar FREE ahli https://www.spshops.com/norahanum
  • Klik Register, Register dan Log In
  • Membeli Belah di spshops dan Kumpulkan RP ( Redeem Point ) untuk tebus barangan kesukaan di redeem shops
  • Klik like FB, share FB, Send email di Produk Desription dan Klik LIKE Produk untuk dapat bonus PPC ( pay per Klik ) Potensi MAX RM30/bulan
  • Perkenalkan kepada kawan kawan supaya dapat bonus PPC pada Level 1 . Setiap ahli tajaan klik berpotensi dapat sehingga RM30/bulan (30 ahli x RM30=RM900).

.

  1. Menjadi Merchant  (Promosi:  FREEE selama 3 bulan dari tarikh menjadi merchant )
  • Log In
  • Activate Merchant FREE di Menu Member dan masukkan nama merchant anda seperti norahanum
  • Merchant Setup (DIY )
  • Produk Setup (DIY)
  • Beli Kredit SP: RM100 dan RP: RM100 ( Jumlah Bayaran = RM220 ) , Jikalau tiada pembelian kredit selepas 7 hari akaun merchant active , akan di blok dari di paparkan.
  • Kredit di gunakan untuk PPC ( Pengiklanan oleh ahli  )dan SP dan RP Produk Merchant sendiri .
  • Perkenal kepada pelanggan untuk mereka membeli belah dan klik PPC
  • Dapat RM5 bila Merchant  baru yang di kenalkan beli Kredit RM200

  1. Menjadi  Ahli Gold dan Marketer
  • Marketer adalah Jurujual barangan Merchant, Marketer boleh pilih apa sahaja produk yang menjadi pilihan untuk di promotekan
  • Marketer akan dapat komision/Bonus apabila berlaku pembelian barangan merchant melalui Plan Infinity Shopping.
  • Untuk menjadi Marketer mesti buat pembayaran Marketer mengikut Pakage  yang di pilih. RM100, RM300. RM700dan RM1,500
  • Mendapat Bonus PPC sehingga Level 2, sponsor Bonus , Team Bonus , Infinity shopping dan Merchant Bonus

  1. Selepas 3 bulan (Tempoh Free Merchant Tamat )
  • Mesti menjadi ahli Gold Sebelum Upgrade ke Merchant (jikalau belum menjadi ahli Gold), min pakage  RM100.
  • Pilih Pakage Merchant ( RM100 – 10 item display & tempoh 6 bulan , RM500- 50 item display & tempoh 6 bulan, RM2000- 200 item display , Full System & tempoh 1 tahun )
  • Dapat bonus Merchant apabila downline juga upgrade ke Merchant.

Selamat mencuba

Khamis, 8 Mei 2014

MELAWAT DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA WILAYAH TIMUR

Badan Kebajikan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia merancang untuk membuat lawatan ke DBP Wilayah Timur di Kota Bharu pada 25 April 2014.  Memandangkan aku baru sahaja balik bercuti di Terengganu pada bulan Januari 2014, rasa malas nak menyertainya.  Ada pula sseorang kawanku yang bernama Eatikah asyik mengajak aku pergi saban hari, akhirnya aku tergoda juga untuk menyertainya lebih-lebih lagi kenderaan korporat DBP yang akan membawa kami ke sana.  Di samping itu bolehlah mengeratkan tali silaturrahim antara kami, kerana aku pun baru sahaja bertukar ke bahagian ini.
Pada tarikh itu, Ketua Bahagian kami telah memberi kebenaran untuk  balik awal, Sampai sahaja di rumah, aku mula memilih pakaianku dan anak-anak untuk aku bawa ke sana.  Selepas itu, aku mengambil anakku Irfan di sekolah agama.  Sebelum sampai di rumah, aku menyuruh Irfan makan nasi di Restoran Impian Maju, di sebelah sekolah agamanya. Aku terus pulang ke rumah untuk menyiapkan tugas lain yang belum selesai, sementara menunggu anakku yang sulung yang bersekolah petang. Sempat juga aku mengosok baju sekolah anak-anakku untuk dipakai pada hari Isnin nati.  Mana tahu sekiranya balik lewat dan aku keletihan taku tak sempat pula untuk menggosok baju sekolah anakku nanti.
Tepat jam 8.30 malam, kami pun bertolak menuju ke Dewan Bahasa dan Pustaka, kerana semua kawan-kawanku akam berkumpul di sana.  Di pertengahan jalan, suamiku menyinggah di suatu kedai makan untuk makan malam.  Memandangkan aku dan anakku Irfan masih lagi kenyang, hanya suamiku dan anakku Idzham yang makan malam.
Jam hampir menunjukkan jam 9.30 malam.  Aku menyuruh suamiku agar cepat sedikit kerana tidak suka orang  menunggu kami pula.  Sampai sahaja di sana, semuanya sudah ada, dan betul jangkaanku, mereka hanya menunggu aku sahaja.  Cepat-cepat aku menyuruh anak-anakku naik ke atas bas, dan aku serta suamiku mengangkat beg pakain ke dalam tempat letak barangan di bawah bas.
Tepat jam 9.45 malam, bas mula bergerak dan suamiku diamanahkan untuk membaca doa memohon kepada Allah Yang Esa agar dipermudahkan segala urusan dan selamat dari sebarang kecelakaan.  Amin....
Bas yang kami naiki melalui bandar Benta.  Jalannya pula agak sempit dan sedang dibuat untuk naiktaraf. Sudah lama aku tidak menaiki bas, terasa seolah-olah bas tersebut bergoyang-goyang ketika dipandu dan mudah terbalik.  Sepanjang perjalanan di malam itu,  aku tidak lena tidur dan dalam hatiku sentiasa berdoa kepada Allah agar perjalanan kami selamat.  Kebetulan pula pada minggu itu berita kemalangan bas keluar di akhbar menjadi-jadi pula.  Tiba-tiba terdengar bunyi yang agak kuat, rupanya bas yang kami naiki terbabas sedikit kerana mengelak daripada lori yang berselisih dengan bas.  Aduhhh...lagi sekali aku tak boleh tidur sehinggalah bas kami berhenti di sebuah masjid  Gua Musang untuki bersembahyang subuh.
Selesai sembahyang subuh, kami meneruskan perjalanan.  Jam sudah menunjukkan pukul 7.00 pagi.  Mata kami melilau mencari gerai yang menarik untuk sarapan pagi. Sampai di satu gerai, aku dan suami mula mencari nasi kerabu untuk sarapan pagi.  Anakku pula yang sememangnya tidak suka makan nasi cuma mengambil kuih sahaja.   Kami teruskan perjalanan sehingga sampai di Masjid Beijing berdekatan dengan Rantau Panjang untuk membersihkan diri sebelum ke Rantau Panjang.   Aku mengambil keputusan untuk mandi kerana rasa yang amat letih lebih-lebih lagi kerana tidak cukup tidur.
Sememangnya aku tidak berniat untuk membeli-belah kerana aku tidak mahu menyempitkan lagi rumahku dengan barang yang tidak dipakai.  Narita di rumahku pun sudah ada 3 helai tidak berpakai.  Semasa di Rantau Panjang aku cuma membeli periuk 5 tingkat yang boleh aku gunakan nanti.  Harganya cuma RM50.00 selepas dibuat tawar menawar.

Bergambar sebelum meronda di Rantau Panjang

Sementara menunggu kawan-kawanku shopping sakan, aku dan keluarga masuk ke sebuah gerai kerana cuaca ketika itu amat panas.  Setelah semuanya selesai, kami pun berangkat menuju ke Pasar Siti Khatijah pula.  Sampai sahaja di Pasar Siti Khatijah, suamiku terus mengajakku makan nasi di Tingkat 1.  Rupanya dia memang berhasrat untuk makan udang besar dan sotong besar yang dijual di situ.  Harga makanan kami RM78.00.  Selepas itu aku membeli telekong kerana telekong yang aku bawa  kotor  terkena buah pisang yang telah benyek.  Kemudian aku membeli serunding daging dan keropok untuk keluargaku.

Setelah semuanya selesai, kami sempat  singgah di kilang roti mantan DBP En. Amin Abdullah. Terpegun juga kami melihat proses bagaimana roti dibuat.  Sebelum capai kejayaannya sehingga kini sebagai usahawan pembuat roti, En. Amin bercerita tentang kesusahannya sehingga beliau terpaksa membuat dua kerja dalam satu masa untuk menyara hidupnya.

Tekun mendengar penerangan 
                                                                       Bergambar depan kilang roti sebelum pulang                                                       (masing-masing srat dengan roti bila melihat bagaimana roti dibuat)

Ke Rantau Panjang dah pergi, ke Pasar Siti Khatijah pun dah sudah, ke kilang Roti dah sudah juga, hanya ke tempat penginapan sahaja yang belum.  Badan sudah melekit-lekit, kepala juga dah semakin sakit.  Nasib baik Zulaini Yahya yang turut serta dalam rombongan kami membawa ubat tahan sakit.  Syukur kepadamu Allah kerana dipermudahkan segala urusan.

Tepat jam 6.00 petang, kami sampai di tempat penginapan.  Nama tempatnya pun unik.  Apabila masuk sahaja ke tempat penginapan, gembiranya hatiku bukan kepalang.  Rumahnya yang agak besar dan nyaman, sudah tentu aku dapat merehatkan tubuhku yang semakin lesu.  Aku ditempatkan di satu bilik bersama dengan kawanku Kalthom Yaacob dan Kak Rahmah Abang. Sementara di bilik belakang pula Sarina dengan Siti Hawa. dan di bilik hujung untuk anak dara Laila dengan Nurul.

Nama tempat penginapan kami
Ruang tengah


Setelah puas berehat, kami ingin mencari makan malam sambil pergi ke Wakaf Che Yeh yang terkenal juga tempat membeli belah di Negeri Kelantan.  Malangnya gerai yang kami makan tidaklah sesedap mana pun. Selepas selesai makan, kami pun mula meronda di sekitar Wakaf Che Yeh. Sebelum kami pergi ke Wakaf Che Yeh sempat juga kami bergambar bersama kerana untuk berkumpul dalam satu kumpulan di waktu sebegini tidak akan ada lagi, maka inilah peluang kami untuk berposing sakan.

Posing jangan tak posing..

Posing depan rumah di bilik penginapan kami

Memandangkan aku telah membeli selipar anakku  Idzham di Rantau Panjang, Irfan mula meminta untuk membeli seliparnya pula. Kebetulan selipar kedua-dua anakku pun sudah uzur.  Anakku lebih suka memakai selipar dari kasut. Kadang kala kasut yang dibeli hanya dipakai beberapa kali sahaja dalam setahun.  Bila tidak muat, terpaksalah aku memberi kepada sesiapa sahaja yang boleh memakainya, kerana masih lagi baik dan baharu.

Sempat bergambar sebelum pergi ke DBP Wilayah Timur
Ini aku punya!...kata Siti Hawa sambil berposing

Bersama Pengarah DBP Timur En. Azmi bin Ibrahim yang memakai baju biru muda
di tengah-tengah gambar
Bergambar di tingkat atas DBP Wilayah Timur

Jumaat, 11 April 2014

Adikku Lily Manja

11/4/2014 (Jumaat)
Badan Kebajikan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengadakan majlis bacaan Surah Yassin pada 11/4/214.  Disamping itu diadakan sekali untuk ahli-ahli yang menyambut hari ulang tahun bagi bulan Januari - Mac.  Kebetulan pula ada pula seorang pelajar yang sedang menjalani praktikal di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia akan berakhir praktikalnya pada hari yang sama.  Namanya agak unik iaitu Norlili Manja.  Sebelum ini ia dipanggil Manja.  Memandangkan panggilan tersebut tidak sesuai dan akan mengundang perkara yang tidak disenangi, Tn. Hj. Abd. Halim bin Harun, ketua kami mencadangkan agar diberi nama Lili sahaja. Dengan perwatakan yang cantik dan tingkah laku yang baik, ia amat disenangi oleh kami semua.  Selepas dua bulan ia menjalani praktikal di bahagian kami, kami terharu kerana ia telah memakai tudung.  Mungkin setelah ia melihat kami semua memakai tudung, terbuka hatinya untuk memakai tudung.  Alhamdulillah...
Memandangkan aku baharu sahaja ditukarkan ke Bahagian Pengurusan Personel, banyak data yang perlu aku kumpul untuk rujukanku.  Aku mula membuat sistem rekod untuk diriku sendiri.  Banyak sistem rekod yang aku buat untuk diriku sendiri seperti Sistem Rekod Pekeliling/Surat Pekelling yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengelola, Sistem Rekod Pelupusan Fail, Sistem Rekod Fail Aktif, Sistem Rekod Senarai Pembantu Operasi (untuk Mesyuarat Pembantu Operasi dengan Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusa yang diadakan 4 kali setahun), Sistem Rekod Senarai Pentadbir Jabatan/Bahagian (untuk Mesyuarat Pentadbir Jabatan/Bahagian dengan Pengarah Khidmat Pengurusan yang diadakan 4 kali setahun), Sistem Rekod Pegawai Pengelas Dokumen, Sistem Rekod Staf yang pernah menjawab borang soal selidik Audit Nilai dari KPM dsbnya.
Aku juga membantu kawan-kawanku yang lain dengan membina sistem rekod pegawai yang membuat pinjaman bank, pegawai ke luar negara, pengesahan diripPegawai dll.  Aku suka membuat sistem rekod ini sekurang-kurangnya dapat membantu kawan-kawanku yang lain untuk dapat mengeluarkan laporan yang tepat dan cepat disamping mengasah bakatku dalam membina sistem perekodan.
Memandangkan banyak sistem rekod yang telah aku bina, banyak data yang perlu aku masukkan dalam sistem tersebut.  Dengan adanya Lily di sini, banyak perkara dapat membantuku.  Ia pula amat peka dan rajin dalam menjalankan tugasan yang kuberikan.  Semua sistem yang aku gunakan Mirosoft Office Access 2007. Tugas Lily hanya memasukkan data yang aku berikan untuk dimasukkan ke dalam sistem tersebut.  Rupanya dalam dia memasukkan data tersebut, dia juga belajar bagaimana aku membuat sistem tersebut.  Dulu aku pernah cuba juga buat sistem rekod tanpa guru, tapi akhirnya gagal.  Tahniah Lily kerana tanpa tunjuk ajarku, dia dapat bina sistem rekod bil perubatan untuk unit lain....Alhamdulillah.  
Sebelum ia berakhir praktikalnya di bahagianku, semua tugasanku telah selesai dibuat oleh Lily.  Terima kasih adikku Lily kerana banyak pertolonganku terhadapku...Hanya Allah jua yang akan membalas jasa baikmu. Diharap dengan berakhirnya anda disini, tetapi diharapkan silaturrahim antara kami denganmu tidak berakhir....Amin.



Lily Manja denganku














Khamis, 13 Februari 2014

Setiap Satu Ada Hikmahnya....

Hari ini Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengadakan Majlis Maulidur Rasul walaupun  Rabiulawal telahpun kebelakangan dan Rabiulakhir telah menjelma.  Walau bagaimanapun, itu bukan persoalannya kerana sebagai umat Islam bukan pada bulan Rabiulawal saja kita perlu mengingati jasa Rasullullah s.a.w tetapi setiap masa kerana terlalu banyak pengorbanannya dan jasanya dalam menegak dan menyebarkan ugama Islam kepada semua umat manusia.  
Di awal majlis kami dihidangkan bacaan selawat ke atas Nabi Junjungan oleh Kumpulan __________,  Kumpulan ini terdiri daripada .... orang... . Selepas itu seorang penceramah yang telah diundang bernama Ustaz Habib Naqjamudin bin Syed..... telah memberi ceramah yang bertajuk __________________ kepada kami.  Beliau telah memberikan kami tips, untuk menyangi Nabi Muhammad S.A.W hendaklah kita mengenal dahulu Nabi Muhammada S.A.W.   Terharu juga aku mendengar ceramahnya bagaimana Rasullullah sanggup bersusah payah  dan tidak jemu-jemu menyebarkan agama Islam agar ajarannya dapat sampai kepada semua manusia walaupun yang belum lagi dilahirkan sekiarnya baginda telah wafat tetap dapat menerima ajarannya.
Yang menarik sekali ialah ceritanya yang bertajuk Setiap Satu Ada Hikmahnya.  Ia menceritakan seorang raja yang suka berburu di hutan.   Setiap kali baginda pegi berburu,  baginda akan membawa pembesarnya.  Yang melucukan sekali, setiap kali baginda menceritakan permsalahannya, pembesarnya pula sering berkata "Oh, ada hikmahnya".
Suatu hari semasa hari buruan, baginda telah menembak seekor burung.   Baginda pun hendak menyembelih burung yang hampir mati itu.   Memandangkankan dalam keadaan terburu-buru, baginda telah terpotong ibu jarinya sendiri.  Baginda telah menunjukkan jarinya yang terputus itu kepada pembesarnya.  Pembesarnya hanya berkata "Oh, ada hikmahnya, Tuanku"  Mendengar kata-kata pembesarnya, baginda terlalu marah kepada pembesarnya dan balik sahaja dari perburuan, baginda telah mengarahkan supaya pembesarnya dipenjara kerana tidak membantunya.
Setelah sekian lama tidak berburu, terasa keinginan baginda untuk pergi berburu lagi.  Kebetulan pula, baginda telah pergi berburu di hutan yang dihuni oleh orang asli.  Baginda tidak sedar sehingga telah memasuki kawasan orang Asli di hutan itu.   Kumpulan baginda telah diserang hendap o dan baginda telah ditangkap oleh puak orang Asli itu.   Tangan dan kaki banginda telah diikat di sebatang kayu.   Kelihatan beberapa orang Asli sibuk mengumpulkan kayu api.   Rupanya mereka hendak membakar baginda untuk dijadikan korban dan makanan besar di hari pemujaan mereka.  Sebelum baginda dibakar, seorang ketua dari puak orang Asli itu memeriksa badan baginda.   Tiba-tiba ia menempik dengan kuatnya kepada puak orang Asli itu.   Rupanya baginda tidak boleh dibuat korban kerana tangannya yang cacat.  Baginda terpaksa dilepaskan oleh puak orang Asli itu.   Dengam rasa syukur kepada Allah dan gembira baginda  terus berlari hingga sampai ke istana.

Khamis, 30 Januari 2014

Mana Satu Pilihan Hati? Tepuk Dada Tanya Selera...

Alhamdulillah tahun ini aku dinaikkan pangkat setakuk lagi.  Aku ditukarkan di Bahgaian Pengurusan Personel di bawah Unit Pengurusan Maklumat.  Salah satu tugasku ialah menguruskan Pelupusan Rekod dan Fail di DBP.  Selain itu aku ditugaskan untuk menguruskan kelulusan semua Pekeliling Kerajaan untuk digunapakai oleh organisasiku.  Disamping itu aku juga ditugaskan untuk mengadakan mesyuarat dengan semua Pembantu Tadbir dan juga semua Pembantu Operasi yang dulu dikenali dengan nama Pembantu Am Pejabat (PAP) di semua Jabatan/Bahagian.  Kedua-dua mesyuarat  itu perlu dibuat sebanyak empat kali setahun.  Aku juga ditugaskan menguruskan Pemantauan dan Penaziran Sistem Pelaksaan Fail dilaksanakan mengikut tatacara yang betul disamping tugas-tugas yang lain lagi.   

Aku tidak menjangkakan yang aku dapat jawatan  tersebut, kerana aku menjangkakan yang staf yang paling senior akan dapat jawatan itu.  Mungkin aku diberi rezeki oleh Allah, kerana setiap kali selepas sembahyang aku tidak pernah lupa untuk berdoa agar Allah murahkan rezekiku dan membuka pintu rezeki seluas-luasnya untuk aku membantu keluargaku.  Atau ini juga merupakan ujian Allah, kerana sejak aku ditempatkan di bahagian tersebut, aku tidak ada masa langsung untuk menulis blog pada waktu makan, kerana Ketua Bahagianku sering memaklumkan kepada stafnya dalam mesyuarat, tatkala jarum jam menunjukkan pukul 2.00 petang, kami semua sepatutnya sudah  berada di meja dan sudah pun memegang pen untuk meneruskan kerja.  Maka dalam masa satu jam, aku terpaksa menggunakan waktu itu untuk makan dan sembahyang dzohor.  Kadang kala rasa mengah pula apabila kita mengejar masa.  Di  waktu bekerja pula, aku sibuk untuk mengemaskini semua maklumat ke dalam sistem rekod yang aku buat sendiri agar mudah untuk aku mencari maklumat di kemudian hari disamping meneruskan kerja-kerja harian.  Tugas barulah katakan!!... 

Salah satu sistem  perekodan yang aku buat sendiri


Ada kalanya aku merasakan ingin berpatah balik sahaja, kerana sebelum ini berada dalam zon selesa, tapi kawan-kawan yang lain memberi semangat kerana alah bisa tegal biasa.   Tapi aku rasa amat kehilangan dalam hidupku sseperti masa untuk menulis blog, mencari maklumat baru, kawan-kawan di blog dll lagi.   Untuk menulis di sebelah malam pula, aku sudah pun keletihan selepas menyediakan makan malam disamping mengemas rumah mana yang patut.

Setiap pagi, aku terpaksa menguruskan sarapan dan keperluan anakku  Irfan yang bersekolah di waktu pagi dan menghantarnya dahulu, kemudian menghantar beg sekolah dan baju melayu di sekolah agama, selepas itu menghantar anakku yang sulung pula di Cheras Jaya di rumah saudaraku, kerana anakku bersekolah menengah di sana.  Anak-anakku pula susah untuk bangun dari  tidur di waktu pagi, kadang kala mengambil masa 10 -15 minit baru bangun setelah dikejutkan.. Ini menambahkan lagi stress aku di waktu pagi, lebih-lebih lagi jalan pula terlalu sesak yang kadang kala mengambil masa satu jam baru sampai ke pejabat. Sebab itulah aku tetap mengambil waktu ketiga iaitu jam 8.30 pagi untuk masuk ke pejabat. Setiap kali aku memandu kereta ke pejabat, aku selalu berdoa agar dipermudahkan segala urusan dengan membaca membaca surah Al-fatihah dan surah Alam Nasyrah yang dikenali dengan nama Surah An-Nasr. Aku harap ini cuma sementara sahaja setelah aku sudah pakar dalam tugasku nanti. Insyaallah, Amin...


Surah Ash-Sharh
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)? (1) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam); (2) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? (3) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? (4) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (7) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). / (8)


Surah Alam Nasyrah atau Surah An-Nasr


Nota:

Ingin tahu kelebihan surah Alam Nasyrah..jom lawat di blog ini.

Kelebihan Surah Alam Nasyrah

Ahad, 12 Januari 2014

Kayu Itu Menawan

Suamiku memang suka betul jika perabot atau apa juga yang diperbuat daripada kayu.  Katanya buatan kayu ini amat seni dan ia diperturunkan dari nenek moyang hinggalah kepada generasi sekarang.  Cuma generasi sekarang lebih suka kepada yang lebih mudah dan ringkas.
Pagi itu kami telah pergi minum di kedai mamak di Jalan Semenyih.  Suamiku suka pergi ke situ kerana di kedai itu ada kari telur ikan tenggiri.  Dengan dua keping roti canai yang masih panas dan dicicah pula dengan kari telur ikan tenggiri sudah cukup untuk mengenyangkan perut hingga ke tengahari.
Selesai sarapan  suamiku mengajakku ke kedai kayu terpakai di kawasan Semenyih.  Kebanyakan kayunya adalah kayu lama dan terpakai.  Tetapi menurut suamiku, kayu yang ada di situ, amat baik kerana kayu tersebut sudah cukup kering dan tahan lama kerana jenis kayunya yang baik.  Harga kayu tersebut sama mahalnya dengan harga kayu baru.
Apabila kami pulang, suamiku ternampak kedai yang menjual dan mempamerkan semua barangan buatan kayu.  Mungkin dengan melihat perabot dan lanskaping di situ, boleh menimbulkan idea baru kata suamiku. Aku juga amat berminat dengan perabot dan hiasan yang diperbuat daripada kayu, tetapi keadaan rumahku yang tidak sesuai selain tidak mampu untuk memilikinya.  Diharap dengan adanya gambar yang dipaparkan ini, kawan-kawan bolehlah mendapat idea dan merancang untuk membuat dirumah sendiri nanti. Insyaalllah...

Kedai yang menjual barangan yang diperbuat daripada kayu
Pintu Gerbangnya pun diperbuat daripada kayu



Apabila kamu memasuki ke dalam kawasan tersebut, kelihatan kolam ikan yang agak besar terletak di sebelah kiri kami. Anak-anakku terus menuju ke sana.  Kelihatan banyak ikan yang terdapat di kolam tersebut dan saiznya pula besar-besar belaka.


Saiz ikan yang besar terdapat dalam kolam ini.

Kura-kura menyambut kedatangan kami


Kepada kawan-kawan yang mempunyai kawasan yang besar dan luas di rumah, bolehlah membuat kolam ikan yang boleh menyejukkan mata memandang.

Pondok untuk berehat yang terletak di sebelah kolam ikan


Meja dan kerusi kayu yang boleh digunakan untuk makan seramai 6 orang.


Mini Bar

Mini Bar

Rumah Kecil yang amat diminati oleh suamiku untuk membuatnya di suatu hari nanti.  Haega rumah tersebut lebih kurang RM19,000.

Jemu duduk di dalam rumah, bolehlah duduk di rumah kecil ini pula...



Burung Kakak Tua berwarna putih yang dibela oleh tuan punya kedai 
Kerusi Untuk Bersantai

Buaian Kayu yang lebih selamat untuk anak-anak kecil  bermain berbanding daripada buaian buatan besi
Meja makan yang amat besar dan selesa untuk digunapakai semasa makan bersama keluarga yang besar
Meja kecil sesuai untuk anak-anak bersantai di luar rumah
Tempat bersantai yang sesuai di buat di kawasan luar rumah yang luas
Semasa kami keluar dari kedai tersebut, kelihatan seorang pekerjanya sedang membuat rumah kecil.  Saiz rumah tersebut lebih besar daripada yang kami lawati  di dalam tadi.  Amat selesa untuk berehat di dalamnya.  Menurut pekerjanya, semua reka bentuk rumah dan perabot di dalam kedai itu adalah ciptaan tuan punya kedai.  

Rumah yang agak besar sedikit yang sedang dibina di kawasan luar kedai tersebut